Tuesday, October 27, 2009

Futsal tingkatan 3..

Salam..

Isnin 26/10/09

kali ni aku saja nak masukkan cerita pasal futsal ting.3
aku dan cikgu Maradona memang ditugaskan utk handle futsal budak2 ting3 sbbnya dorg dah abes PMR..
rupa2nya ada 3 team je yg dtg..
so lagi memudahkan keje aku..
aku dan Maradona jadi pengadil..
kami habis program dalam jam 9.40 pagi..

lepas program ni, aku tgk skala kulit aku smakin gelap sebab aku jadi pengadil menghadap matahari.. adeiii deiii deiiii panasnya.. silau lak tu.. hehehehe..

tu je cerita aku..
xde dahhhhhhhhhhh!!

Monday, October 26, 2009

Makan2 Nasi Ayam

Salam..

Sabtu (24 Dis 2009) sama dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang..

Aku dan Dayah membuat keputusan membuat nasi ayam.. khas untuk menjemput Ambran dan Ustaz serta pasangan masing2 ke rumah aku.. selama aku dok umah ni, berapa sgt pun yg penah masuk umah aku hehehe.. dan kali pertama menjamu orang makan selain mula2 dulu datang sini bila aku jemput Ambran dan Sizear makan malam..

awal pagi lagi, Dayah dah mula memasak.. ayam yg telah dipotong2 malam tadi, dan diperap pagi2 lagi utk menyedapkan lagi ayamnya.. aku dengan tugas membersihkan umah.. kemas2.. buang sawang.. nak senang, aku gi sekolah amik vacuum sedut segala benda kat karpet dan sawang kat siling.. hehehe.. dalam kul 12tghri, suma makanan dah sedia utk di makan selain menunggu aku menggoreng keropok dan papadom.. hehehe.. ni la senarai makan aritu secara detail:
nasi ayam
sambal nasi ayam
ulam2 mcm salad, tomato, timun
sup ayam
keropok
papadom
air roselle
puding sagu (mcm umah paklong zul)

tu je la senarainya hehehe..


ni la umah yg dah pun aku kemas.. hehehe.. welcome welcome..


makanan yg dah siap terhidang.. menunggu dorang datang je.. janji kul 1ptg..


ooooo.. ni dah nak abes makan pun.. tinggal nak makan puding sagu je ni.. sagu mata ikan kot.. aku pun x pasti.. ayam suma dah licin Ambran bedal..


pencuci mulut..


tgh khusyuk makan puding Dayah.. huhuhu..


unta Ambran yg kepanasan di luar.. panas tul ari tu.. nasib baik angin kuat.. yg x bestnya, air dan dan xde dari pagi.. masa nak basuh pinggan baru ada.. nasib baik juga ada tangki..


"time to balik umah", kata ustaz pada Ambran hehehe.. dorang balik kekenyangan pada jam 3.40 petang..


Dayah tu amat berharap dorang berpuas hati dgn masakannya pada hari tu.. lepas je dorang balik, dayah pun leh terlelap kat depan laptop.. letih sgt agaknya.. sian dia..


sekian.. dah abes cerita.. xdak dahhhh..

Tuesday, October 20, 2009

Konsert Jiwa Luka..

Salam..

kali ni entry pengambaran aku kat court tenis.. cikgu2 sekolah gi main tenis hehehe..
tgk je la kami yg amatur ni.. tapi tu blum lagi aku yg main tu.. sampai putus tali raket hahaha..
lepas tu pembaca leh tgk lak konsert aku dalam Karaoke Bus namanya.. hehehe.. kali ni aku bawa lagu yg syahdu dan ada yg kena guna suara sebenar kuikuikui..


video


dan saksikan lah persembahan aku..

video


video


video


video

dan kami berduet buat julung kalinya aku paparkan tanpa pengetahuan Dayah.. kalo dia tau ni, sure kena marah punya la.. hahaha..

...(kami bkn profesional, jadi terima je la sumbang mambang kami ni)...

video

dah.. xde apa dah....

Monday, October 19, 2009

Hantaran Al-Quran..

Salam

Sila baca untuk renungan bersama..


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak
Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.
Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil
menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum
Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya
kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan
pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata
seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan
indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal
disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah
tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya
berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang
berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan
antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap
hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah
masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak
benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL...MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar
suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar
lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran..
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli
ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya
sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai
memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya
tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang
yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan
dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya
orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia
bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang
mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif
setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz
Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis...



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Wednesday, October 14, 2009

Jalan Pulang ke Tempat Mencari Rezeki..

Salam..

27/9/2009.. masa ni aku dah berangkat ke KLIA.. alahai.. meninggalkan kenangan raya di tempat kelahiran pada tahun 2009..

tapi sblm tu aku, Dayah, mak & ayah ke umah busu Timah dulu.. kecik ati org tua tu bila raya ke2 x gi umah dia.. so aku pun penuhi hajat mak nak ke sana.. sampai kat sana dlm kul10 pagi, kami dihidangkan laksa.. masa tu busu kata kebetulan yanti nak makan laksa, jadi dibuatnya lebih.. hehehe.. rezeki kami la tu.. jam dah nak dekat kul1, jadi kami smua minta diri dulu sbb takut tlewat lak nanti ke KL Sentral.. hehehe..

x lama je lepas tu sampai la kat KL Sentral.. kat sana mcm airport gak ada laluan tempat ketibaan dan perlepasan.. jadi xleh la parking kete lama2.. so aku dan dayah bsalaman dengan mak dan ayah.. ayah dan mak pun terus balik ke Bentong..


blues je rasa ms ni hahahaha.. klaka je.. xde la.. aku tgk keindahan KL dalam hujan renyai2.. baru la kurg jerebunya..


Dayah pun buat2 memandang keputihan bangunan KL.. hehehe.. tgh laju ERL ni..


aku lak bmesej dgn Gee anak pak itam.. pasal x dpt nk dtg ke umah mak itam sebab aritu plak mak itam buat mee kari.. alahai.. hehehe.. xde rezeki la.. aku wakilkan mak dan ayah je ke sana..

sampainya aku kat KLIA, aku pun lepak dekat McD, pastu KFC, pastu McD smula.. hahaha.. tapi aku cuma makan kat McD je.. hehehe.. tapi sekejap je kami kat KFC tu sbb xde selera nak mkn.. menu dia boring la..


tapi masa kami kat KFC tu, kami tnampak sseorang yg mcm kami kenal.. sapa ek? hehehe.. moh kita zoom dekat sikit.. baru clear..


kenal x kalo tgk dr sisi? hahaha.. ni la artis tu kan.. malas aku nak taip nama dia.. kang takut bila org search nama dia, tetiba masuk blog aku lak.. hahahaha.. tapi ala biasa la artis, jalan pgg tangan.. ntah nak gi mana agaknya.. tu aku xnak komen la ye.. kang kena saman lak..


lepas kami x jadi nak oder makanan, kami gi McD.. kat situ baru jadi makan.. leh gak dpt gelas free hehehehe.. kat situ gak aku sempat la online.. menampal masa2 yg boring masa mnunggu flight.. hehehehe..


oooooo.. baru aku perasan, baju aku sama je masa nak balik Pahang dan masa nak balik Lawas.. ada sesapa perasan x? hahaha..


ketika mula nak meninggalkan Tanah Melayu..


hohoho.. dapat juga aku menghilangkan rasa pening dgn membaca paper.. alahai.. bkn ke lagi pening kalo baca paper ek? sebenarnya aku nak ilangkan rasa bimbang kalo x sempat nak ke Lawas ni kang.. maklum la aku ni kena lalu imigresen.. takut pagar dah tutup kat sempadan Sabah Sarawak..


Dayah mengabadikan gambar dengan aku suaminya hihihihi..


hoooooo.. dah sampai KK ni.. cepat2 turun.. kang nak kejar teksi lak..


tgk tu.. dengan gegar2 Dayah kejar aku dari belakang.. hahaha.. cian dia..

tu la kisah aku untuk pjalanan sampai ke KK.. lepas tu x sempat tangkap gambar dah.. stiap saat amat bmakna malam tu..

akhirnya aku selamat sampai di Lawas dalam jam 12malam.. kami x cop pun paspot cuma lalu je.. kami cop lain hari sebab org imigresen dah balik tido.. hehehe..

Open House 2 org cikgu..

Salam..

3/10/2009
ari sabtu tarikh tu, kami ada 2jemputan rumah terbuka.. 2org cikgu yg mjemput kami.. sama2 ngajar kat SMK Lawas.. mula2 umah cikgu Junaidah.. dia ni org Melaka.. tapi kawin dengan org Bintulu.. so ikut laki dia keje kat Lawas.. aku gi umah dia ni dalam kul 1ptg.. pagi tu aku gi ngurut kaki aku yg dah lama cedera ni.. payah tul nak elok..


ni la gambar kluarga cikgu Junaidah.. kat umah dia ada 3 sate.. ada ayam, daging dan kambing.. ada nasi impit, ada nasi ujan panas serta durian merah yg memang xde kat smenanjung.. tapi aku x makan la durian tu.. x brapa nak masyukkkk dlm mulut aku ni hehehe..


ini la antara tetamu yg tinggal.. mula kul11 pagi.. mungkin ms tu ramai la kan.. aku ni sbb gi urut, bratur punya lama, so gi lambat la sikit.. nampak x durian merah dlm bekas tu? hehehe..


muka sama2 mengantok.. yg dekat ni cikgu Tabeta.. org Lawas..


skejap je aku kat sana pasal saja nak ngaco org tgh masak lemang untuk umah terbukanya malam ni.. tgh2 panas kul2 tu dorg bakar lemang.. punya la panas.. tapi dengan menggunakan perabot2 skolah yg tpakai, api dorg marak menyala.. hahaha.. panas panas..


dua org ni la pembakarnya.. cikgu Ambran dan ustaz Yazid.. pandai lak dok tempat teduh huhuhuhu.. sambil minum milo aisss fuhhhh!!!.. best tu.. aku pun join la skali.. Dayah ada kat dalam umah ntah buat apa dgn bini2 2org ni..


bila api dah kurang, dorg tambah lagi kayu.. free beb.. tambah brapa byk pun xpe.. heheheh.


bila dah masak lemang tu, Ambran ajak lak makan kat umah dia.. mkn ketupat dan rendang serta kuah kacang ke apa ke.. byk la.. aku jamah je.. sbb baru lepas makan sate kambing 4cocok serta nasi ujan panas kat umah cikgu Junaidah tu tadi..


pada waktu malamnya, ni la tokey umah terbuka dah pakai kain mcm org baru lepas berkhatan hehehe.. tuan umah yg slalu sengih je..


sterusnya gambar2 tetamu yg sudi hadir slain aku dan Dayah.. slain lemang dan sebagainya, kami juga dihidangkan rambutan dan durian.. kenyang geng!!!!


Jumat dan Danson.. x lepas dari henpon si Jumat tu.. banyak btul skandalnya (gurau je) hehehe..


ni la juadah kat umah Ambran.. kira byk dah tu.. ambik sepinggan pun aku dah kenyang hehehe.. sbb nak layan durian bagai..


ni keadaan dalam umah lak.. ada la beberapa org ppuan yang dibawa oleh suami2nya..


ni ustaz Sizear(oren).. tuan moto yang aku beli tu.. dia ni asik dok jual beli moto dan kreta je.. byk duit la katakan.. Dr Hassan (biru) dah gi ke Miri jadi pengetua kat sana.. naik pangkat beb.. hehehe..


Ziem (kiri skali) dah naik PK Koko.. dah ada kuasa la tu.. hehehe.. ingat org takut la tu.. tapi xpe, aku akan bagi kerjasama kalo ko x buat hal dgn aku hahahaha..


Thamo.. ko menguap ke atau ambik udara sbb x cukup oksigen dalam badan ko tu? hahaha.. dan dan je dia mguap bila aku snap gambar dia.. nasib la..


ni bukan ada anugerah atau pingat atau apapun.. cuma lah cenderahati dari pihak tuan rumah.. dia ada la bekalkan makan2 yg lebih untuk santapan kluarga kat umah lepas tu.. TQ Ambran.. tahun depan leh buat lagi.. hehehe..

Tu je.. xde dahhhhh..

Open House Central F.C

Salam..

2/10/2009
spatutnya entry ni dulu sblm umah tbuka cikgu2 tu hahaha.. tp ok je layan..

Central FC ni adalah 1 pasukan bola sepak antara yg tkuat la kat Lawas ni hahaha.. perasan sendiri o apa ke, korang je yg menentukan.. jadi aku adalah salah seorang drp ahli team ni.. jadi secara otomatiknya aku dijemput oleh manager (baju putih tu) cikgu Maidan untuk menghadiri majlis makan2 jumaat malam sabtu.. tempatnya di Puncak Pusat..


aku gi sorang je sbb xde pompuan pun yg datang.. so aku x ajak le Dayah.. hehehe.. sampai2 je aku tbau ayam bakar.. hehehe.. so betul la aku agak.. ada sayap bakar.. (org sana panggil kepak ye x).. sayap ni memang femes kat sini.. kalo beli rm1.70 satu.. kat sini leh amik byk2 pun free..
yg mbakar tu cikgu Bahrin dan cikgu Sirat..


smua pun sedang mnunggu sayap yg dah masak.. hehehe.. tapi xpe.. byk tu..


cikgu Maidan mbuka majlis dengan ucapan alu-aluannya dan juga mendendangkan sebuah lagu.. lepas tu cikgu Maidan panggil aku utk meneruskan nyanyian.. so dgn sepantas kilat aku memilih lagu cincin mas.. hehehe.. lagu selamat..


ni dia cikgu Iskandar dan cikgu Azizi..


makan-makan malam tu selain sayap ayam, ada udang, ikan tongkol masak kicap, sayur kobis dan nasi putih.. kami makan2 je malam tu sambil ada yg nak karaoke selagi aku x abes makan, korang enjoy la dulu.. kalo aku dah boring makan kang, siap la mic tu aku yg punyaaaa.. hahaha..

malam tu ada cabutan bertuah bagai.. semua pun dapat.. yg bezanya kecik n besar je.. aku lak dapat grand prize bila menang ptandingan teka gol (jumlah gol pasukan kami dr januari sampai oktober).. aku teka 84.. tapi bkn tepat.. paling hampir je.. hehehe.. grand prize dia jersi adidas.. btambah la adidas kat umah aku hehehe..


gambar aku xde langsung sbb aku je yg pegang kamera.. ni masa dah xde org.. tinggal lagi 5-6 org sbb jam pun dah kul 12mlm.. hehehe.. kami je yg mlalak lagi dgn mcm2 lagu kami tibai.. Dayah pun dah mula anta msg suh balik hahahaha.. aku sampai umah dalam 12.45pagi.. aku disuruh oleh manager utk tapau udang2 dan ikan2 utk dibawa pada Dayah.. ngeh ngeh ngeh..

takdak crita lagi.. abess dahhh!!!

Pengawas PMR

Salam..

kali ni aku entry gambar je la ek dan sedikit je cerita.. ngeh ngeh ngeh..
aku dapat menjaga PMR di SMK Merapok.. 33km dari bandar Lawas.. aku dapat bsama Dayah, Ambran, Ngilo dan 7org cikgu dari SMK Trusan.. kebanyakan mereka adalah kwn kami gak..


pagi2 ari pertama, kami kena la tampal slip calon PMR kat meja2 dorg tu.. dan pasangkan kipas2, buka pintu2 dewan dan memastikan tiada ketidakselesaan mereka ketika menjawab soalan nanti..

sehari sebelum ni kami dah diberi taklimat ditempat yg sama, jadi xde masalah tentang kerja masing2..


gini la aku.. dulu masa kita sendiri nak PMR, punya la berdebar.. tapi masa nak mengawas PMR, relek je.. x kisah apa soalan yg bakal keluar.. sbb kita dah lepas PMR ye x.. hahahaha..


Dayah juga nak bergambar blatar belakangkan calon yg sedang menduduki peperiksaan..


jika ada masa, kami gilir2 menjamu sarapan pagi yg disediakan pihak sekolah.. TQ.. sedap sungguh sarapan hari pertama.. cekodok sotong, cempedak goreng, mee goreng dan air panas (teh, neskepe).. tgk la Ambran tu.. senyum menandakan puas hati..


ni yg penting.. perbincangan claim.. claim mesti dibuat.. kalo x rugi je jaga PMR ni.. dan mesti dibuat berhati2 hehehe..


masa terluang ketika menunggu sesi PMR yg lain bermula, ni la keje2 cikgu ni.. farmville la, fb la, buat kertas soalan la.. huhuhuhu.. tgk movie pun adaaa..


masa ni subjek Pendidikan Islam sedang berlangsung.. tu yg x ramai tu.. lagi senang jaga.. susah nak meniru sbb jauh2 jaraknya hehehe..


wahhhhh.. dah petang.. time nak balik dah ni.. hahaha..



tiba utk ari berikutnya.. gini la gayanya kalo letih mundar mandir jalan2.. hehehe.. amik nafas jap..


suasana PMR..


ini cikgu Ngilo.. penternak ngoik ngoik di kampungnya.. apa dia ngoik ngoik? babi la hehehe.. pantang ada makanan, di situ la dia..


baju putih tu cikgu Ling dan yang buat pistol tu cikgu Sultan Musa (adik kpd Sultan Mahmud kot) ..


ni gayanya mcm tgk movie je ni.. Dayah guna laptop sapa tu?


hahahaha.. ni la sarapan yg paling x syok.. nasib baik ada rambutan dan durian.. baru la ilang rasa x selera.. bihun masin, kuih x sedap.. hehehe.. apapun, makan je la..


aku dah stanby nak balik.. so buka smua pintu agar sejuk la kat salam kete tu nanti.. panas tul aritu.. lagipun kejap lagi last paper iaitu bahasa arab..


ni la satu2nya calon menumpang yg mengambil bahasa arab.. siap jam diletak betul2 di depannya.. hehehe.. nampak gaya dia pun mati kutu nak menjawab paper yg 2jam stengah tu..


disebabkan calon sorg je, yg pihak ppuan ni sebok la tgk movie ntah apapa..


aku lak suh Ambran masukkan gambar aku dgn budak tu hehehehe.. saja boring2..


masa dah smakin hampir, tapi budak tu dah x mjawab la.. alahai.. cmna nak jawab kalo x blajar pun bahasa arab sejak pindah skolah ni.. ciannn dia..



dalam tupperware tu adalah durian yg dibawa oleh cikgu Ngilo.. yg telah dikopek.. hahaha.. x slera aku dan Ambran nak makan.. apa lagi cikgu2 ppuan tu.. so Ling la yg makan dgn Sultan..


hahaha.. ni makan tengahari kat dewan makan sekolah tu.. ok la makanan dia.. puas ati.. ni ada lagi lauk yg x sampai lagi hehehe.. kami mmg mnunggu saat ni.. lapa la jaga budak exam..


Dayah dah santai di meja mnunggu aku lak siap ambil makanan..


Ngilo dengan bawang putihnya.. mcm ulam je dia makan bawang putih.. hahaha.. ok la.. tu je cerita n gambar utk Pengawas PMR..

dah abes.. xde dah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...