Walaupun aku masih bertugas dalam tender2 tu, aku juga terlibat dengan kursus ni dalam masa yg bertindih.. jadi aku rasa serba salah.. kursus ni aku dah lama nak.. dan aku sendiri yg pohon.. bukan pohon kayu ataupun pohon ampun dan maaf ye hehehe..
Dan dengan susah payah, dapat juga aku mencari pengganti untuk menggantikan aku sebagai petugas dalam membuka tender tu..
Aku dapat hadir pada hari kedua kursus.. itupun pada sesi petang.. hari pertama aku dah minta pelepasan daripada coach sebab nak setelkan tugas2 aku sebelum boleh diganti dengan cikgu lain.. semua peserta dah kenal antara mereka sebab hari pertama dah ada sesi suai kenal.. aku je yg masih lagi tak dapat membiasakan diri.. para peserta terdiri daripada cikgu2, atlet dan bekas atlet yg berprestasi tinggi..
Perlunya hadir kursus ini bukan semata2 sijil jurulatih tu.. aku sendiri memang perlukan ilmu ni untuk pelajar2 di sekolah.. selama ni aku jalankan latihan mengikut pengalaman yg tak seberapa ni.. jadi, bila dah tau selok belok yg betul, maka aku lebih berkeyakinan untuk melatih.. lebih bersemangat.. harap2 bukan la konon2.. kennnn..
Peserta didedahkan dengan semua 44 acara di dalam olahraga.. lebih kepada sebagai seorang jurulatih daripada memanaskan badan, teknik2 larian pecut, berganti, lari berpagar, lompatan dan juga balingan.. sebelum ni aku dah ada sijil kepegawaian olahraga gred 3.. tapi aku tak guna sangat sijil tu.. beku macam tu je dalam fail..
Kursus ini ada lulus gagal.. peserta dinilai disiplin, praktikal sebagai jurulatih dan juga peperiksaan.. baru je petang tadi aku exam.. susah juga soalannya.. semuanya dalam bahasa inggeris.. istilah2 tu kekadang buat aku confuse.. hehe.. harap2 lulus la ye.. masa praktikal di padang, aku diundi untuk mengajar dalam acara rejam lembing.. aku kena siapkan rancangan mengajar sebelum mengajar.. murid2 aku terdiri daripada peserta2 tu sendiri.. leboh kurang macam kerja aku sekarang ni la ajar pjk kat sekolah.. takde masalah sangat.. yang penting kita titikberatkan keselamatan peralatan dan keselamatan semasa menggunakan lembing.. maklum saja la benda tajam kan..
Moh la belek2 gambar aktiviti sepanjang kursus.. kebanyakannya aku pilih yang ada gambar aku je.. rajin diorang amik gambar.. aku copy dari wasap je hehehe..
Dan.. aku bukan atlet olahraga.. paham2 la kalau nampak pelik je cara aku melakukan aktiviti2 dalam gambar tu hahaha..
latihan reaction
latihan lari berpagar.. salah lagi cara tu..
latihan lompat jauh.. coach yg cangkul, aku sebagai mando hehe..
berjalan dengan melangkah pagar2.. proses untuk membiasakan diri.. ini bukan kursus untuk menjadikan kami atlet.. latihan ini yang akan kami lakukan untuk atlet muda nanti..
lontar peluru.. ansur maju..
masuk bab rejam lembing
yeahhh.. warming up..
masih lagi warming up
burnnnnnn kulit aku..
taklimat sebelum memulakan latihan teknikal..
bersama semua peserta kursus..
coach menunjukkan apa yg perlu kami buat sekejap lagi..
ini la asas untuk acara lompat bergalah.. cara pegang galah..
yeahhhh lompat2.. lompat setinggi mana tetap akan ke bawah juga.. kan...
6 comments:
Err...sape yg rajin snap gambar ni?? huhu...
byk gambar lain.. ada bberapa org yg mmg bw hp dlm poket.. hehe..
Tahniah dellas! Teringat mr k. yogeswaran tu... pokcik tu still ada d mana2 kursus kejurulatihan noh... keep it up! Gud!๐๐๐๐
Salam cikgu..mcm mana nak mohon kursus ni..sy minat sgt..
Yalah..macam mana mahu mohon kursus ini?
Assalamualaikum Coach, macam mana memohon kursus ini? Ada apa-apa kelayakan yang diperlukan?
Post a Comment