bila dah pagi, nyaman juga suasana kat sini.. tak perlu kipas..
tak perlu pendingin hawa.. semuanya ok..
bila dah mandi, kami semua bersarapan di cafe.. ada nasi goreng kicap.. hahaha.. berserta telur dadar yang telah dihiris2 nipis.. apapun tak boleh.. masin semacam je.. lepas tu abang Rif terjumpa nyamuk di dalam telur dadar tu hahaha..
setelah selesai sarapan,
pagi hari di Tasik Danau |
serba biru |
pagi2 lagi pakcik bot itik tu dah tunggu pelanggan.. hehehe.. kami bukan taknak naik.. kami memang tak terliur pun nak naik.. entah kenapa.. hahaha..
mandi-manda waktu pagi |
ini dia pengunjung yang mandi di tasik ni.. agaknya memang bangun pagi terus bedebushhhh terjun tasik..
seronok tengok dorang mandi.. teringin pulak.. hahaha
si kecik pun teringin |
gambar terakhir di tepian Tasik Toba |
kami yang dah lama bersiap ni pun mengangkut la barang2 seperti beg dan apa2 saja bungkusan yang ada..
tapi seperti yang dapat diagak, geng2 lain belum juga muncul2.. lambat betul la.. ini la pengalaman yang menyesakkan fikiran aku.. menunggu dan menunggu.. pembaziran masa begitu je berlalu..
Dayah nak naik van dah! |
entah jam berapa baru la kami bertolak.. 3 biji van yang dah penuh pun bergerak dulu..
tata titi tutu |
maka dengan tidak rasminya kami meninggalkan Toba Hotel.. ada la juga meninggalkan kenangan di hati aku walaupun cuma semalaman di sana..
kecik je jalan kat sini |
di Malaysia, jika tempat perlancongan, kebanyakannya mempunyai jalan yang cantik dan selesa..
lagi2 tempat tumpuan utama pelancong..
mungkin negara yang mempunyai ramai penduduk serta ekonomi yang tidak menentu dengan kawasan yang sangat luas, kerajaan sana tak mampu nak menyediakan peruntukan mencantikkan jalan..
dalam proses pembaikan jalan kot |
cyber cafe |
kat sini cyber cafe nya jarang yang ber'aircond'.. macam kedai biasa je.. siap motorsikal boleh parking kat betul depan kedai tu hehehe..
sampai di 1 tempat, kami berhenti di masjid (kat mana entah).. mula2 berhenti untuk buang air..
lepas tu jadi lama pulak tak jalan2 van ni.. kenapa ek?
lama tau.. nak dekat 2jam.. ingatkan tunggu van lain.. tapi van semua dah sampai..
adoiiiii tunggu ketua rombongan ke.. ketua rombongan naik innova dengan familinya di sana..
so taktau la apa cerita sampai sekarang pun aku maish lagi tertanya2..
sudah la tak jadi ke Berastagi disebabkan masalah tanah runtuh.. nak bershopping di Medan pun macam tak sempat.. sempat la kami solat Zohor di masjid tu..
lama juga perjalanan kami ni.. dah petang nak dekat pukul 2 baru la sampai di pekan Tebing Tinggi..
kat sini kami akan berhenti makan dulu..
di seberang jalan ada shopping mall |
lapar bila tengok gambar2 makanan |
apa yang spesel di sini? |
Iga-iga Bakso, Tebing Tinggi |
kat sini makanan macam mahal la juga.. ada kelas la kot kedai ni.. hahaha..
pelayan yang pakai seragam gini serta tempat duduk boleh pilih sama ada nak bersila ataupun duduk..
pilih2 |
kalau tengok dengan menunya memang menakutkan la.. hahaha semua ribu2.. mana ada yang ringgit2..
pehhhhh kat sini pokai la kalau guna RM.. hahaha..
menunya |
ni lagi menunya.. hahahaha.. kalau makan seorang agak2nya berapa bajet? boleh guna visa kad la macam ni kan..
Dayah memilih menu kesukaannya iaitu Nasi Ayam Penyet.. |
aku dan Dayah memilih merasa nasi ayam penyet.. biasa makan kat Malaysia.. sekarang nak rasa nasi ori dari sini hahaha.. yang lain memilih makanan lain sebab takut kepedasan sambal ayam penyet kot?
muka lapar, penat dan tak puas hati tak pergi shopping |
walaupun macam2 yang aku rasa tapi tetap maintain cute hahaha.. cute lah sangatttt!!!
haus sebenarnya.. tapi taknak minum banyak2 nanti sibuk nak berhenti kencing.. kat restoran atau rumah makan ni panas pulak tidak berkipas.. apa la kan.. ada ke pulak tempat makan takde kipas.. dah la makanan bapakkkkk pedas..
nasi ayam penyet |
ini la nasi ayam penyetnya.. pedas juga la sambal yang ditepek atas ayam tu.. hahaha itu je keistimewaan nasi ayam penyet ni rupanya.. yang lain tu biasa je la.. kat rumah pun boleh makan benda ni kan..
ini la makanan yang berharga 9ribu.. hahahaha kalau ditukarkan dengan duit kita lebih kurang RM3 je.. murahkan? boleh la.. bagi aku murahhhhh..
kepanasan tetapi senyum |
tengok kat belakang tu.. orang2 semua dah clear.. semua dah membawa diri hehehe.. ada yang pergi hisap rokok, ada yang pergi makan pisang yang tergantung setandan (percuma).. ada yang ke taman permainan layan anak2 kecik main papan gelungsur..
di depan tempat penyediaan makanan |
semua pekerja kat sini memakai baju yang sama.. kebanyakan pekerja2 di rumah makan yang kami singgah semuanya memakai baju batik.. mereka sangat bangga dengan batik mereka.. adakah pelayan restoran di Malaysia menggunakan batik? ada, tapi mesti kat restoran yang tak pernah aku masuk.. sebab harganya makanannya mungkin mahal dan eksklusif..
perasan hensem kat depan rumah makan hohoho.. |
selepas semua masuk ke dalam van, kami pun menyambung semula perjalanan ke Medan.. jalan dah semakin elok.. jarang la melambung lagi.. cuma punggung dah penat asik duduk je kan.. macam2 pemandangan yang kami boleh nampak..
motor bawa kayu api, atas kayu api ada budak.. |
jam dah pukul 5petang.. kepenatan dah tahap maksimum.. tetiba kami berhenti di tengah2 bandar deretan rumah kedai.. tapi kedainya semua dah tutup (sori la bahasa aku bercampur sebab tengah tengok maharaja lawak mega kumpula saehu tengah perform hahaha, terikut2)..
rupanya kami berhenti untuk bershopping.. hahaha cuma 1 je kedai yang tengah buka masa tu.. kelihatan macam muka orang bombay.. kedai tu menjual pakaian dan kain2..
meh tengok kat dalam kedai tu..
meh beli2.. |
kain telekung ada, kain batik ada, pelikat ada, kain pasang ada, baju batik ada.. macam2 la pakaian ada..
tapi apa yang aku nak beli ek? hahaha.. taktau la..
mula la teringat mak pesan kalau ada kain telekung, belikan la..
aku pun suruh Dayah memilih kain telekung yang baik dan cantik..
kain telekung |
kain yang bermacam corak.. memang susah nak pilih.. itu gunanya bawa orang lain untuk pilihkan..
aku ni jenis taktau nak pilih mana sebab semuanya aku nampak ok..
kain batik untuk buat baju |
banyak juga pilihan kain baju ni.. kalau boleh nak bali semua hihihihi.. tapi agak mahal harga kat tempat ni berbanding tempat shopping yang lain.. mungkin sebab kedai ni takde pesaing hari dah petang dan cuma kedai dia je yang buka.. adoiiii la..
hari tetiba hujan lebat.. dah gelap pun cuaca kat luar kedai.. dari tadi memang dah ramai penjual barangan kulit seperti tali pinggang, dompet dan juga barang2 cenderehati lain seperti keychain dan magnet peti sejuk..
bila aku nak keluar, baru la aku beli keychain, pen dan magnet.. itu pun setelah puas berdiskaun, dapat la juga aku dengan harga yang boleh tahan.. magnet tu aku dapat 10biji dengan harga 100ribu.. keychain dan pen sebungkus (10unit) dapat la dengan harga 40ribu..
bila dah selesai, terus aku berlari memasuki van.. hahaha basah oooo.. lebat betul hujannya.. sampaikan aku terlupa nak bagitau, aku juga ada membeli tali pinggang kulit dengan harga 100ribu.. memang ori kulitnya.. complete la dengan purse yang aku beli pada peniaga yang berhimpun depan hotel hari tu.. sama2 barang kulit.. harap tahan lama hahaha..
tak lama lepas tu, kami sampai la di hotel Garuda Plaza Hotel.. tempat yang sama hari pertama kami sampai di Medan ni.. lama juga kami menunggu ketua rombongan untuk sampai.. dan tak sampai2 juga sehingga kami mendapatkan kunci bilik dengan sedirinya di kaunter hotel..
maka beg yang kami simpan di stor hotel belum la dapat diambil.. baju kami semua dalam beg2 tu..
masing2 menunggu giliran ambil kunci bilik |
muka penat.. perjalanan dari pagi ke malam baru sampai.. |
poster untuk meraikan pengantin (menggunakan bunga) |
di depan hotel terdapat gubahan2 bunga berbentuk poster untuk menyambut pengantin baru.. dorang buat majlis kat hotel ni.. jadi sepanjang hotel ni memang la banyak dan bermacam2 jenis gubahan bunga yang mengucapkan selamat kepada pengantin..
sepanjang jalan berhampiran hotel ada gubahan bunga ni |
bila dah dapat kunci bilik, kami pun bersiap mandi.. dan ada juga masa untuk menonton tv dan berbaring..
bila semua dah bersiap, kami pun turun ke lobi hotel untuk berkumpul semula dengan yang lain.. untuk makan pulak.. tapi bukan di dalam hotel, makan di luar.. 1 keluarga dah pun pergi, dengan menaiki van yang dicari dan tambang ditanggung sendiri.. sebab ketua rombongan belum muncul2 lagi..
muka lapar di lobi hotel sambil menonton live bola sepak di tv |
bila menunggu van lain, tetiba muncul je ketua rombongan dan kami pun sempat la juga ambil beg2 di dalam stor hotel sebelum kami ke kedai makan.. alahai lambat benor dia sampai.. katanya jem kat kotaraya.. hahaha entah la..
dan yang bestnya kami dihantar oleh van hotel ke kedai makan.. rupanyaaaaa.. dari tadi pekerja hotel buat tak tahu je.. rupanya kemudahan ini ada disediakan pihak hotel untuk menghantar kami ke kedai2 makan di luar hotel.. apa lagi.. naik free la kami ke rumah makan Garuda Nasi Padang.. memang kedai yang tersohor la di Medan ni.. mungkin banyak cawangan kot..
dalam hujan yang lebat, aku terus melompat keluar bila dah sampai dan berlari ke kaki lima rumah makan tu.. yang lain memang dipayungkan oleh pekerja rumah makan ni.. memang ada disediakan..
bahagia dipayung |
bila dah masuk ke kedai, kami pun amik posisi memasing..
ikut keluarga la.. tapi dalam 1 baris susunan meja yang telah disediakan oleh famili yang awal sampai ke sini tadi..
orang yang berbaju biru gelap tu la yang menguruskan kami di airport |
masa tu ada rombongan cina2 ke Medan ni sama juga nak balik.. so beratur la dorang ni panjang je dengan susunan beg.. kami je tak payah nak beratur.. tapi aku risau juga sebab pasport aku ada kat indon ni.. kot2 la dia nak buat pedajal lari dengan dokumen2 aku tu, abes la aku jadi pelarian pulak kat Medan ni hahaha..
beg yang beratur |
kalau tak guna khidmat pembantu tadi, mungkin aku kena beratur macam ni la kot haha.. akibatnya, kami dah setel awal.. dan kami dah boleh merayau2 sebelum masuk ke ruang menunggu.. rayauan untuk kali terakhir..
nak beli minuman dingin? |
tak jadi nak beli air ni.. kena guna duit syiling.. hahaha kami takde duit syiling.. jadi, kami merayau pula kat tempat lain.. sambil2 tu ramai la yang tegur untuk mendapatkan perkhidmatan contohnya pemandu teksi, pengangkat barang..
KFC dan Petronas |
bangga bila melihat Petronas ada kat Medan ni hehehe.. sebelum ni aku tak pernah pun nampak Petronas ni kat Surabaya.. tapi kat sini ada pulak.. dan kat sini je la yang aku nampak sepanjang berada di Medan ni.. di depan airport je..
beg lagi.. |
Dayah akhirnya membeli beg berjenama airport Polonia ni hehehe.. dulu dah ada beg airport Juanda.. agaknya macam acara wajib beli beg airport kot?
kucing duduk pun ada |
bila dah bosan berjalan2 kat luar airport yang takde apa2 tu, kami pun masuk je la ke ruang menunggu..
tapi sebelum sampai ke ruang menunggu rupanya banyak kedai barang2 di dalam airport.. kedai bebas cukai kot? banyak juga la barang2 kat sini dan tak juga mahal sangat.. baju2 pun ada..
nak cas henpon? boleh la letak kat dalam laci ni.. |
kat ruang menunggu ni ada disediakan tempat mengecas telefon bimbit.. bermacam charger ada kat dalam tu.. jadi takde la masalah untuk pengguna2 telefon yang bermacam jenis kan.. tapi kena la tengok2 jugak bila dah letak kat situ.. kang orang lain pulak yang kebas!
wuuuuuuuu!!! |
dari tadi ruang menunggu kosong telah mula dipenuhi oleh orang2 ramai yang beratur kat kaunter airasia tadi.. hahaha jadi keadaan yang sunyi tadi dah mula riuh dengan makcik2 yang cuba bercakap slang indon walaupun rosak rabak bahasa indon tu hehehe..
ketika kosong |
bila dah ada pengumuman untuk beratur, kami pun beratur dan semuanya berjalan lancar.. takde masalah..
Dayah dengan beg baru |
perjalanan dari ruang menunggu ke pesawat tak berapa jauh.. dari tangga dah nampak..
so tak la penat untuk berjalan.. berbeza dengan LCCT yang puas kami menapak dan berpeluh baru la sampai.. oooooo cukai airport sini cuma 75ribu untuk seorang.. kena bayar dikaunter sini sebab cukai tidak disekalikan di dalam tiket airasia.. memang macam tu.. jadi jangan habiskan duit.. kena simpan bajet untuk cukai tu tau!
menuju ke sana |
langkahan terakhir di bumi Medan.. masa nak pergi tak sabar.. masa nak balik pun tak sabar.. macam2 aku fikir lagi2 mengenai motor aku tu.. selamat ke tidak?
Dayah mengucapkan selamat tinggal Medan dengan senyuman |
masa pergi ikut pintu belakang, masa balik pun belakang.. hahahaha mentang2 la aku tak bayar duit kerusi.. dapat tang belakang je la kan.. takpe la janji murah sebab tak sampai rm300 untuk tambang pergi dan balik kali ni untuk 2 orang.. ok la tu kan.. lagipun bukan lama sangat duduk dalam pesawat..
tata airport Polonia.. ada jodoh, kita jumpa lagi.. |
dan tepat jam 11.20pagi (waktu Medan), pesawat pun berlepas.. sampai di LCCT pada jam 1.20petang.. hahaha macam lama je atas awan padahal sejam je.. itu la sebab perbezaan masa yang berlainan..
maka tamat la kisah aku di Medan..
ada cerita yang tertinggal tapi takde hal la tak cerita.. small matter ye tak..
~TAMAT~
maka tamat la kisah aku di Medan..
ada cerita yang tertinggal tapi takde hal la tak cerita.. small matter ye tak..
~TAMAT~
2 comments:
apsal dorang tu wat derk jer time nk bayar makan?? ingat sekali dlm pakej ke?? ish..ish..
Mcm tak paham2..
buat2 x paham je tu
Post a Comment