Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Kerja Luar Bidang

Dah dekat 2 minggu aku tak ke sekolah demi menjalankan tugas lain di luar..

Pertamanya, aku ditugaskan untuk membuka sesuatu tender dlm bahagian pendidikan.. tugas aku sbg pengerusi sebahagian zon daripada jumlah kesemua 41 zon di kelumpo ni.. memang tak pernah aku buat keje ni.. tapi ini arahan.. dan dapat juga pengalaman yg berguna.. tugas aku menyemak kesemua maklumat yg diperlukan untuk petender2 sertakan di dalam setiap sampul tender..  secara ringkasnya memang nak muntah buat keje ni.. jemu.. beratus2 tender untuk setiap zon.. 1 tender makan masa 15 minit untuk disemak..

Dalam kumpulan aku ada lagi 2 orang pembantu untuk menyemak tender dan juga seorang kerani untuk memasukkan data di dalam laptop.. makanan disediakan 3 kali sehari.. tetapi tiada elaun diberi.. hehe..
Dapat juga aku melihat penyata akaun syarikat bumiputera yang berjaya sehingga berjuta2 duit dalam akaun.. aku pon berangan la kalau la ada duit sebanyakkkkk tu.. hmmm.. mungkin satu hari nanti kennnnn.. ameen..


dalam gambar tu adalah sebahagian kecil je fail2 yang perlu disemak.. kalau letak banyak2 kat meja tu susah pulak nak asing2kan fail yg telah disemak.. 

ada tender yg tebal dengan bermacam lampiran.. ada tu tendernya nipis je.. bukan senang juga ye nak dapat tender secara telus ni.. hmmm.. diharap sapa yg berjaya mendapat tender tu, beri la perkhidmatan dengan baik.. 

Saturday, August 16, 2014

Nama Bapa

aku mengajar pelajar menulis surat kiriman rasmi..

mula2 kamu kena tulis nama dan alamat kamu sebagai pengirim surat..

pelajar: cikgu! nak tulis nama penuh ke?

aku: mesti la tulis nama penuh.. kalau bin letak bin.. kalau a/l letak la a/l..

pelajar: saya takde bapa..

aku: walaupun takde bapa, letak la nama macam dalam ic kamu..

pelajar: saya tau nama bapa tapi saya taknak letak.. saya tak suka dia.. saya tak suka ingat nama dia..

macam tu sekali.. apa yang aku fikir.. korang dapat fikir?

Thursday, August 14, 2014

Loyar Buruk

Cerita ni terjadi kat sekolah..

Aku naik tangga.. aku terpandang 2 pelajar perempuan sedang membetulkan tudung di depan cermin..

Bila aku dah punchcard, aku turun semula.. sama juga, pelajar tu sedang membelek2 di depan cermin..

Aku: dah dah la tengok cermin tu.. tak berubah pun muka kamu kalau dok depan cermin lama2.. mcm tu jugak..

Pelajar: kami nak dok depan cermin sampai perangai kami berubah la cikgu..

Aku: puiiiiiii!!!

Tengok la loyar buruk pelajar sekarang.. kekadang nak suka pulak.. hahaha.. tapi kalau melampau sampai aku tak dapat terima, hangin jugak.. hehe..

Thursday, July 17, 2014

Tak pernah sekolah

Kat mana tanggung jawab ibu bapa ye kalau tak sekolahkan anak bila anak dah berumur 7tahun.. ada kes pelajar yg tak pernah jejakkan kaki ke sekolah sehingga dia berumur 12tahun, tetiba umur 13 tahun ibunya mendaftar anak di sekolah menengah.. tak ke janggal budak tu nak biasakan diri.. ke mana budak tu selama ni? Cukup ke kalau alasan saya sibuk atau saya banyak kerja utk membenarkan perbuatan tidak hantar anak ke sekolah rendah.. siapa jadi mangsa? Tentunya pelajar tu sendiri.. dan juga jgn lupa guru yg bakal mengajarnya nanti.. bila ditanya dimana tahap pengetahuan anaknya, ibunya menjawab anaknya dah diajar dirumah olehnya dan boleh membaca wpn tak lancar.. aik? Sempat pulak dia mengajar? Kata sibuk sgt..

Dalam kes lain tadi, aku terdengar ada pelajar perempuan meminta kawannya utk tolong ambil beg dan bukunya di dalam kelas.. kawannya tanya sebab apa.. jawab pelajar tadi, mak dia datang menjemputnya utk beli baju raya.. aduhai.. kalo la benar perkara ni, apa yg saya nak cakapkan.. takde masa lain ke nak beli? Cuti hujung minggu sibuk jugak? Hmmm.. fikirkan yg positif je la ye.. moga2 ada hikmah disebaliknya..

Gambar sewaktu acara raptai utk pelantikan pengawas baru tingkatan 1..



Thursday, April 25, 2013

Sempurnakah diri kita?

Tergerak hati aku nak komen berkenaan ulasan pakar motivasi keluarga ni..
nah baca dulu.. lepas ni baru aku komen..


rasanya tidak wajar letakkan beban kepada guru dan ibu bapa sahaja terhadap masalah disiplin pelajar dewasa ini.. ada juga pelajar yang terdedah kepada pengaruh rakan sebaya..
apa yang saya perhatikan, pelajar tidak berminat untuk pulang ke rumah selepas bunyi loceng pada pukul 1.05 petang.. tak tahu la apa puncanya.. saya pernah juga bertanya kepada pelajar, kenapa tidak terus pulang ke rumah.. jawapan yang selalu diberikan adalah disebabkan di rumah tiada sesiapa.. bosan.. tak seronok.. jadi pelajar suka berkeliaran di sekitar sekolah.. bagi yang mempunyai modal lebih, mereka ke pusat internet.. antara jawapan lain adalah disebabkan pelajar rimas duduk di rumah yang tidak mempunyai kemudahan bilik yang cukup.. katanya, 1 bilik untuk ibu bapa, 1 bilik untuk adik beradik perempuan.. maka mereka tiada tempat untuk berehat selain di ruang tamu.. takde tempat privasi.. 
mereka semua bukan datang daripada keluarga yang senang.. jadi saya juga faham.. saya juga pernah tinggal di kuarters kerajaan yang hanya mempunyai 2 bilik sahaja.. itu pun nasib baik kakak saya tinggal di asrama masa tu.. jadi ada juga la bilik untuk saya.. :)

balik kepada topik asal, hehehe.. 
saya juga berpendapat yang sama seperti di dalam gambar ini.. saya bantah.. saya nak tahu juga dari mana fakta, dapatan, atau kajian yang telah dibuat oleh pakar motivasi keluarga ini, sehinggakan boleh mengeluarkan kenyataan yang sebegini.. 
jika pelajar didapati bermasalah, adakah pendidik yang sebenarnya bermasalah?
adakah pakar ini menyelami jiwa dan tugas harian guru? adakah ini semata2 kenyataan berasaskan emosi? dan bagaimana pula ulasan guru berkenaan dengan pakar motivasi ini? kenapa hanya sehari, pakar motivasi keluarga ini dah tak boleh tahan dengan perangai dan ragam pelajar?
bagaimana kami yang setiap hari ni berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar daripada kelas A hingga G? 

saya guru yang mengajar 3 subjek..
setiap waktu loceng berbunyi, saya masuk ke kelas dengan membawa ilmu yang berlainan untuk pelajar..
bayangkan pelajar di kelas hujung.. bagaimana saya nak mengajar sedangkan pelajar terkial2 nak membaca, nak memahami setiap perkataan, nak memahami setiap ayat, dan menyelesaikan permasalahan? 
jadi dalam masa 35-70 minit itu apa yang sempat saya buat? 
jika saya hanya menumpukan dengan kemahiran membaca, bila saya nak ajar silibus2 yang telah disediakan hingga akhir tahun? 
pernahkah pakar motivasi ini terfikir masalah ini? pakar motivasi ingat guru2 datang ke sekolah seperti pegawai tentera dan menjaga disiplin pelajar setiap masa? guru perlu juga menanda buku latihan, buku nota, menulis rancangan pengajaran di waktu senggang guru.. kami ada jadual waktu yang perlu dipatuhi.. 
kerja kami bukan ada masa rehat minum pagi, minum pukul 10pagi, makan tengahari, minum petang..

tak perlu salahkan orang lain.. sebagai pakar motivasi, anda tahu apa yang anda perlu buat.. jika dibaca komen guru2 yang pernah menjemput anda untuk berceramah, amatlah mendukacitakan saya sebagai seorang yang minat dalam bidang psikologi.. anda pakar motivasi, anda sepatutnya mempunyai tahap kekuatan mental yang baik.. anda tahu cara bagaimana untuk mengatasi setiap konflik.. tapi, anda juga manusia.. manusia tidak sempurna dalam semua bidang.. 
itu yang saya pasti :)

banyak lagi yang saya ingin kongsikan mengenai permasalahan guru.. tapi saya bukan nak dedahkan kesemuanya.. sebab saya sebagai guru ada cara untuk mengatasi masalah setiap pelajar, walaupun saya bukan seorang doktor pakar motivasi.. hokey..!!!



Thursday, February 23, 2012

perjumpaan kelab komputer

kan tahun ni aku jadi guru penasihat kelab komputer sesi petang..
jadinya sekolah memang akan adakan perjumpaan pada hari rabu..
tapi bselang-seli dengan badan beruniform..
bila dah ada perjumpaan ni, so aku kena la buka bilik komputer..
dah 3 kali perjumpaan, belum pernah pelajar yang berdaftar dengan kelab komputer ni menyentuh komputer..
minggu pertama sememangnya mesyuarat agong..
minggu kedua dengan alasan bilik komputer sedang di selia untuk memasukkan komputer baru..
minggu ketiga ni, kunci entah ke mana..
sepatutnya pejabat ada la simpan kunci pendua..
ini tidak, puas aku mencari kunci.. cikgu yang pegang kunci komputer tak berangkat teleponnya..
puas aku round kelas ke kelas cari cikgu ni tak jumpa jugak..
dah 20minit dibazirkan..
akhirnya..

aku bawa budak2 ni gi ke kantin je la.. 
belajar kat kantin..
minggu2 lepas aku dah ajar pengenalan kepada komputer..
minggu ni ingatkan nak ajar la word..
adoiiii.. mati akal..
jadinya aku terang2kan la secara teori berkenaan dengan komputer..

kelab komputer ni dapat la juga mengumpul ahlinya yang melengkapkan tema 1Malaysia hehe..
ni pelajar tingkatan 1.. tak berapa ingat lagi nama dorang ni..

akhirnya dorang buat nota..
dan lepas dorang buat nota, aku bagi peluang kat dorang yang belum siapkan keje sekolah, siapkan la.. kalo sapa tak paham, bleh tanya aku.. sebabnya aku juga ada ngaja dorang ni.. kot2 la dorang tak siap keje yang aku bagi semalam2nya.. hehehe


Tuesday, November 8, 2011

kem 1 sukan 1 murid di Melaka

20-22 oktober 2011
kem 1sukan 1 murid 1malaysia di 

Permaisuri DeLisbon Hotel Melaka


aku dan cikgu wan nur rahayu telah pun diamanahkn oleh GPK KoKo utk mengiringi pelajar mewakili smkvv seramai 8org (4pagi,4ptg) ke kem 1M 1S peringkat zon bangsar ni.. aku mgiringi plajar ptg dan sbaliknya la kan..
bkumpul dulu di pusat kcemerlangn sukan di jalan cochrane, dari kul 11 kami tggu smpi kul 1lebih baru ada taklimat serta pmberian tshirt utk para plajar & guru..

kami btolak dlm jam 2ptg dgn mnaiki 4buah bas.. aku naik bas no 2..
benti jap kat R&R somban..
pastu nek smula bas..ingatkn leh la sambung tido.. leh plak drebar bas tu psg tv LCD dia tu psg citer kongpu.. adoiii dah la aku dok dpn skali.. ttengok la hinggakn lupa nk tido..hahaha

dah sampai ni.. byk sek yg tlibat tmasuk la sek sukan bukit jalil.. sampai dlm kul 4ptg la lbh kurg..

lepak2 kat lobi dulu.. sambil urus setia tgh mguruskn penginapan dan pbahagian bilik..

hah ni la pmandangan dr blk aku.. mgadap laut.. fuh.. angin.. cuma bahaya tmpt ni kena bkunci stiasa pintu sliding klu mninggalkn bilik sbb org dr blk sana leh ikut atap je ke beranda kita.. bahaya la tu kan.. leh ilang barang.. tp klu ada ckgu yg bw kunci tu susah aku nk cari, aku panjat je dr bilik sblh.. hahaha nasib baik dorg x kunci pintu sliding ni..

ptg tu, bmula la xtvt sukannya.. ini lbh kurg riadah ptg la sbb x msuk lg dlm jadual.. cara2 senaman dan memanaskan badan je ni.. kami ckgu2 duduk je.. bkenal2an dgn ckgu dr sek lain..

ha.. dah senja ni.. ada taklimat sikit utk xtvt brikutnya.. sbnrnya tmpt ni asalnya medan ikan bakar.. agaknya x bjaya dan x maju kot.. tu sbb sykt ni beli dan buat resort.. nmpk x bwh2 tu suma umah kedai.. kami dok bhgn atas tu je.. aku dpt tau mahal gak resort ni.. rm300++ smlmn.. isk mcm x patut je..
baik tido hotel yg btaraf bbintang2 lebih kurg gak harganya..

ni xtvt dalaman la ni.. pbincangan kumpulan.. mcm2 la yg dilakukan utk plajar2 ni bfikir dan mlakukan kerja bkumpulan..

esoknya plak, bmula la sukannya.. xtvt kali ni ada sukan bsepak, takraw, bjaring, hoki dan bdminton.. dorg akan mrasa smua sukan dan cara utk bmain secara seronok.. bkn la ajar pmainan ni utk jd pemain malaysia.. tp utk mggalakkn plajar minat utk mceburkn diri dlm sukan.. latihan ringan je.. 

tghari.. kuat gak angin..
tp angin panas yg mai.. baik dok dlm blk ada ekon.. kihkihkih..

ptgnya.. ckgu2 lepak tepi laut.. biarkan plajar2 mjalankn xtvt.. x lama pastu abes la dorg pnya xtvt tu.. huhuhu.. budak2 sonok sgt dpt main2 gitu.. esok dorg nk blk dh.. eh, aku blk mlm ni dgn ckgu yg sm2 main bola.. advance hahaha.. sbbnya aku ada lwn bola wakil pskpp bangsar.. penting la konon sbb dah masuk semi final masa tu..

ni la antara kedai medan ikan bakar yg dah x spertinya.. xde apa dh.. kosong je..

mkn tu xtvt penting utk kami haha.. ni antara ckgu2 yg plg lmbt dtg mkn.. xtau la mandi lama kot dok dlm bath tub? apa2 sj la..


xtvt mlm tu cuma latihan dlm kumpulan.. suma berkenaan dgn apa yg telah dipelajari.. aku plak dh bsiap utk blk ke kl.. jd aku mintak ckgu ayu tu le mjaga student2 aku..tq ye jaga budak2.. 

dan mlm tu aku btolak la naik myvi ckgu iqbal.. smpi la smkvv dan aku naik moto aku plak smpi ke umah.. sok pg kul 7 dh kena gi pdg bsepak skolah tmn melati ..

Saturday, May 7, 2011

Membidik Lagi?

aku ke Bentong  lagi..
agenda yg sama mcm sblm ni..
ke lapang sasar M-16.. yeyehhhhhh(bunyi mcm bandi amuk)

kali ni naik bas.. sbb byk ckgu yg gi.. xkn ckgu naik trak lak kan.. kalo ikutkn aku, ok je.. tp ckgu2 ppuan tu yg bau wangian serta bedak kat muka kang terbang lak kena angin kuat klu naik trak hahaha..

ohhh ohhhh tetiba rasa rindu dgn benda ni.. PUSH ONCE.. hehehe.. loceng bas ni slalu aku tgk kat bas mara dulu2.. brebut nak tekan loceng .. kahhh3..

sesampai kat sana, mcm biasa la taklimat, bbaris serta sarapan pagi dulu.. aku dah sarapan awal kat balai sblm gi tadi, so x rasa lapa lak n muak lak tgk mihun hahaha..
student 4 org, aku, razak dan wafrah sbg ckgu pgiring serta jd pserta hahaha

betapa bingitnya bunyi tembakan.. mcm mn pun, ckgi cina ni relek je bleh mbaca.. drp aritu, mbaca je keje dia ni.. tp mnembak aritu leh kalahkan aku lak.. hampeh.. mybe sbb dia kuat mkn kot.. kalo mkn tu, org lain x mkn lg, dia dh nk abes mknn.. siap tambah 3x.. kahhh3... jd bahan ktawa aku dgn razak la kat sana..

dgn wafrah.. dia ni org Bagan Dato..

cikgu cikgi bdebar2 nk mulakan ptandingan.. hahaha

pserta dr kalangan student dh bmula.. kami2 ni aksi phujung.. bagi can dulu kat budak2..

ini le papan tanda yg ada kat sinun..

razak dan cikgu cina tu tadi.. dah ada earphone kali ni hahaha.. x pyh tutup telinga lagi.. bleh pgg buku dgn stabil..

cikgu2 ppuan tgh menahan rasa bdebar2 tu.. hahaha.. coolllll..

oh ohhhh lepas ni time aku.. x sabar dh ni..

aku tunjuk apa ntah kat wafrah.. sbb dia 1st time mnembak ni.. aku 2nd time hahaha.. kira senior la ni..

tiba dah masanya.. budak yg snap gambar ni klik byk sgt plak kmera ni.. puas aku nk buat dialog sdiri ni hahaha..

ahhhhhh stresssss.. ada lg gambar tggu turn ni.. emmmm apa ek.. ooo tggu budak2 gi amik kertas skor dorg yg 100m ke depan tu.. mmg la lambat.. pastu bbecak lak..

ohhh dah naik tangga.. emmm.. bdebar2 sbb ptandingan la katakan..
dari kanan: aku, wafrah dan razak

mengisi peluru..

mbidik!!! pung3!!! kali ni xde guide lg.. cuma utk teknikal je ada.. mn tau klu2 pluru x kuar ke, atau snapang bengkok ke.. hehehe.. 

x aci la org sbelah ada tlg pegang hahaha..

tgk la btapa jauhnya sasaran yg kena kami tuju.. beginner mcm kami ni x heran la x tepat ye x..

10 peluru, kena habiskan dlm 4minit.. bmakna ada masa utk aku taik nafas.. relek2.. mbidik btul2.. hahaha konon..

wpun byk masa nk relek tp dgn keadaan ptandingan ni, mcm2 kita pikir.. takut x kena la, x tepat la.. pikir markah lg.. hahaha cuaiii!!!

ada gaya komando x?

masa ni tgh tggu hadiah dan prasmian pnutup..

blakang baju

ketua polis Brickfields mberi ucapan penutup..

razak wakil sek vv utk amik cenderehati penyertaan (semua sek pun dpt hehehe)

ini la aksi org kalah.. meroyan sikit hahaha.. ntah apa2.. bidikan aku x tepat.. lebih kuat ke kiri..

ini sek lain.. cikgu dia minta tlg amikkan gambar.. nnti email ke dia.. sbbnya dorang x bawa kamera.. kamera henpon ada tp nak jugak aku tangkapkan..

aku dpt la skor 16.. budak2 tu xtau la dpt brapa tp mmg x tsenarai sbg pmenang la.. razak dan wafrah mmg mjimatkan pgunaan kertas skor.. bersih!!!!

kami pun balik dlm kul 1 petang tu.. smyg jumaat dlm bas je la gayanya...

itu la hasil tembakan aku.. semuanya sebelah atas bhgn kiri.. 6 butir je yg kena.. 4 lagi kena burung murai agaknya hahaha.. cuuuuuuaiii!!!


kita akhiri cerita ni dgn PEACEEEEEEE!!!!!
jom kita PEACEEEEEEEE sama2!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...