Friday, April 6, 2012

CH

hahaha (ketawa dulu amik mood)
bila ek tarikh ni.. lupa la..
crita jalan2 ke cameron highlands (ch) lagiiii..
pelik tak napa asik gi ch je?
sbb dia sejukkkkk!!! x payah pasang ekon..
hehehe..

tempat penginapan: apartment anthurium
sewa: rm200

so kali ni gi sehari je la..
adoiii penat drive tak ilang lagi..

sesampainya kat sana, lepak2 dulu dalam apartment..
kalo keluar pun gi beli2 untuk nak makan malam tu je macam jagung, sayur sikit2..
ada yang main ps2.. ada yang tidur.. ada yang bangun awal pagi tengok bola..
hahaha..

pagi esoknya mula la berjalan..
sambil2 check out terus.. adoiiii sayangnya sewa tapi dok sekejap jeh!

mula2 Dayah nak tunjuk ladang teh boh kat anak2 sedara..
sebenarnya kete dah tak boleh parking kat atas..
disebabkan aku pernah gi sebelum ni, bantai je la naik.. orang lain kebanyakkannya jalan kaki.. penat tau..

eh.. ni dah potong que gambar ni.. dah selesai minum..

gambar ni pun dah potong que..
eh, gambar orang sakit ke ni? pucat lesi je.. adoiiii..

kumpulan too phat? hehehe.. gurau jek.. dah jarang beno adik beradik ni bergambar bersama..
hah amik ko.. tangkap gambar berlatarbelakangkan ladang teh botak..

ni gambar yang sebenarnya ikut aturan..
time baru sampai..
malas plak nak susun gambar haha.. kan dah kena jelir!

jem kat sini je la.. dah semua nak tangkap gambar kat pokok buluh ni..

semua masuk dalam gambar ni kecuali rusydan..

relek dulu lepak2 kat luar kedai.. amik mood udara segar..
badan pun masih segar lagi ni.. orang pun semakin ramai..

tempat yang wajib untuk bergambar hehehe..
jangan tak tau Sungei Palas ni kat ch tau..

minum2.. ye cik nak order apa?

oooooo jangan lupa ye tempat ni kena layan diri.. dah la mahal.. layan diri pulak tu..
kalo tak, agaknya lagi la mahal sebab ada service charge lak nanti kan haha..

sesi mengalas perut.. tapi budak2 makan betul2.. tak cukup kek coklat tu haha..
kemudiannya kami shopping berhampiran Bee Farm je..
senang.. reach n go.. hehehe

dayah nak ajak gi Mardi plak..
jom la.. takde hal..
tapi aku, abg Rih, Rusydan dan mak tak masuk.. kami gi minum2 kat depan taman permainan tu..
borak2 sampai mengantuk lak rasanya nunggu dorang kuar Mardi tu..
lama la pulak.. hahaha

ni la gambar dorang kat Mardi tu..
aku cilok gambar je.. hahaha

petang tu gak kami balik ikut Raub.. dan makan malam pun kat tepi masjid Raub tu..
penat la jugak.. lagi2 ekon kete myvi jap sejuk jap panas..
baru ok semalam repair..
harap2 tak rosak la lagi..

Monday, April 2, 2012

Ai.. (30 April 2012 Jumaat)

meh layan lagu ni dulu meh.. sambil baca2 cerita..


salam..
masih lagi dalam mood bersedih..
mengenai seekor kucing..
yang sangat aku sayang..

Ai..
macam yang aku cerita dalam post dulu, Akis dan Dayah yang jumpa kat dalam kotak..
memang comel..
terdetik hati aku nak membela kucing ni..
untuk menjaga makan minum dia..
kesian dia kecik2 dah tak menyusu dengan ibu..
macam manusia juga la kalau bayi dibuang..
begini juga nasib si kucing kecil ni..

comel tak saya?
anak kucing yang sentiasa ingin di belai.. yang meronta2 kalau kena letak dalam bakul..
tapi comel.. dia diam kalau disuruh dia.. tapi tak lama la.. dalam 10saat meronta2 lagi..
kami dah belikan bakul untuk bawa dia berjalan2 dalam kereta..
supaya dia tak berak merata2..

'saya sangat terkejut dengan lampu flash'
matanya.. membuatkan aku mengalah..
renungan dia sangat meminta simpati..

"kuarkan la saya ni!"
tengok la gambar kat atas ni, macam mana la hati aku tak tertewas..
dia nak keluar bakul pun minta kebenaran.. "agak2 boleh ke tuan aku ni biarkan aku keluar.."
dia suka bermain.. memang kucing kecil suka bermain..
dan suka meronda untuk mengenali dunia..

masih banyak yang dia belum kenal..
semua benda dia nak hidu, nak usik.. 

dan bila dikurung, muka dia sedih.. dia tak dapat keluar bermain.. dia tak dapat nak bermanja..
dia tidak dapat dibelai oleh tuannya.
tapi dia jarang meronta..
dia akur.. mungkin dia berjiwa lembut..

bila dia tidur, tidur la berdua macam ni.. sentiasa memanaskan badan bersama..
melingkar macam kapas..

bila diberi makan, Ai dan Shin makan bersama2..
begitu eratnya kasih sayang mereka adik beradik.. memang gelagat ketika makan mencuit hati aku..
aku suka tengok dia makan berbunyi2..

antara pilihan tempat dia lepak adalah di celah kangkang aku..
suka lepak kat situ time aku tengah bersila..
untuk panaskan diri ke? atau untuk mengadu?

bila dah lama berehat atas riba, Ai suka lelapkan mata dan tidur..
sedap sangat ke Ai?
empuk ke?

Ai manja.. dia suka macam ni.. dia suka sangat dipegang..
dia suka didukung..

Ai suka terkam apa yang aku pegang..
kamera, remote tv, laptop, mouse..
kekadang sampai aku berhenti berlaptop sebab dia suka terkam tangan aku sekali..
Ai ajak saya main ke Ai?

Ai datang lagi.. kali ni apa yang nak dia kacaukan?

dan jika Ai merajuk, dia suka duduk di sudut2 rumah, di tepi2 dinding kesekucingan..
ye, Ai suka merajuk.. lagi2 masa aku marah dia.. aku tengking dia..
dia akan bersendirian..
kadang, dia suka naik atas keyboard masa aku tengah menaip..
aku ketuk kepala dia..
dia kacau lagi..
aku tengking dia..
dia faham.. dia pergi ke sudut rumah untuk merajuk..

Ai tempat Shin nak bergurau..
tempat Shin bergusti..
Ai suka mengalah..

kadang2 bawah meja ni tempat i menyendiri.. atas penimbang pun selalu gak..

Ai nak buat serang hendap.. jaga2 la Shin hahaha..

atas riba aku tempat Ai dan Shin bergurau..
2-2 nak berebut paha aku ni..
sapa dapat naik, dia la pemenang..
Ai Ai.. Shin Shin..

bila ada yang baring, Ai mesti naik atas badan.. 
dan lepak..

selalunya Shin taknak mengalah.. dia pun nak lepak kat sini gak..

Ai yang suka mengalah pun turun.. tapi Shin tetap nak ajak lawan.. hehehe.. asik nak menyerang Ai je tau..
gitu la gembiranya Shin jika Ai ada..

atas tudung saji ni pun tempat kegemaran dia lepak.. ni time orang2 kat umah ni tengah busy tak layan dia..
dia pandai cari alternatif..
Ai sangat tenang..

time makan dia makan..
seleranya bukan main..

duduk dalam tapak tangan pun Ai suka..
leh sampai tertidur tau..

sukanya dia ditimang2..

dan mata hampir layu..
manjanya.. sukanya dapat kucing macam ni..

bertolak2 kepala..

akhirnya ada makanan sendiri..
tak payah rebut2 ye..

Ai nak minta apa tu? macam nak mengadu je..
Shin pukul ke? hehe..

Ai ketika cuba melepaskan diri terkurung dalam helmet..
Ai dan Shin buat aku ketawa..
gemibira lihat gelagat budak kecil ni..

Ai dan Shin.. ada geng main bola..
Ai dah panjat atas botol air tu.. Shin sedang membawa bola hehehe.. bola kertas..

Ai suka memaut laptop aku yang dah letak atas kotak ni.. 
dia kesejukan.. dia minta aku temankan..
dia minta aku pelukkan..
dia nak bagitau sejuknya dia..

nak juga dia lalu depan aku.. adoi la.. tau la rumah sempit..

yaaaaaa!!! Ai buat posing terpaksa hehehe..
tengok Ai lompat tinggi!!!

tapi..
kegembiraan tu tak berpanjangan..
Ai tiba2 murung..
tak aktif..
asik duduk je..
Shin macam biasa berlari ke sana sini..

Ai..
kalau la aku tau..
mungkin kau takkan berada di tempat sekarang..
Ai seakan pasrah..
bila Ai nampak aku, dia cuma mengiau.. tapi dia tak datang..
dia cuma mengiau lagi.. mukanya sedih..
dia minta simpati..
aku hulurkan susu, makanan.. dia makan.. sikit je..
semacam untuk cukup sebagai alas perut..
ketara sangat perubahan Ai..
Ai menjauhkan diri.. bila aku panggil Ai, dia cuma menyahut.. tapi dia tak datang..
malam tu, aku nak bagi dia makan..
aku terkejut tengok dia tak berdaya nak berjalan..
kakinya seperti dah tak berfungsi..
kaki belakang cuma diseret mengikut langkahan kaki depan..
seksa sangat dia masa tu..

Ai keluarkan tahi..
hitam sangat tahi tu.. berlendir dengan cecair hitam pekat..
tak pernah lagi aku tengok tahi kucing macam tu..
dia berak tapi tak angkat punggung seperti selalu..
dia mengiau pada aku.. mungkin Ai minta tolong..
aku alhikan dia jauh dari tahi..
aku terkejut, pagi tadi dia masih berisi..
bila aku angkat, terasa sangat setiap tulang dalam badannya..
kenapa kurus sangat ni Ai..

Dayah ambil tuala..
selimutkan dia.. muka sebelah kirinya dah terkena tahi.. mata dia cuma pandang setempat..
tak berkelip.. aku risau sangat..

dia tak tidur.. dia tahan sakit.. tapi sakit apa.. Ai.. bangun la Ai..

macam ni la mata dia.. tak meronta, cuma bertahan..
bila aku panggil Ai, dia menyahut.. tapi mata dia tak pandang aku..
Dayah membelai2 Ai dengan kasih sayang..

tetiba dia kejung tak bergerak.. cuma nafasnya saja turun naik.. 
aku dah sedih.. aku dah rasa Ai akan mati..
tapi Dayah tak suka aku cakap macam tu..

malam tu, Ai ditempatkan dalam besen dan berselimut dengan tuala tu..
nafas dia tersekat2.. masih lagi mengiau jika namanya dipanggil..
tapi dia dah tak berdaya.. suaranya pun dah tak selantang dulu.. lemah..

pagi esoknya, Dayah kejutkan aku..
Dayah bagitau Ai dah keluar besen dan ikut Dayah ke bilik air..
aku pun gembira dengar perkhabaran baik..
aku pegi tengok Ai..
ye, Ai dah boleh berjalan.. tapi dalam keadaan lemah..

Dayah bagi cadangan untuk aku hantar i ke klinik.. 
aku risau dengan cas mahal..
sebab aku cuma ada  bajet ciput..
tapi aku lagi risau tentang Ai..
aku bawa Ai dan Shin.. bersama.. naik motor.. di waktu hujan gerimis..

Ai dan Shin ketika menunggu giliran di klinik.. menunggu untuk aku selesai mendaftar..
Ai kelihatan lebih sihat..

agenda aku, hanya untuk rawatan kecacingan.. sebab aku rasa kelemahan Ai disebabkan cacing..
tapi Ai dan Shin kena tunggu turn selepas anjing yang didukung tu..

di depan doktor, Ai berjalan.. elok.. tak nampak sakit cuma nampak lemah..
bila doktor lepas saja Ai, Ai datang kat aku..
aku cuma rasa Ai tak biasa dengan orang lain.. dia tak kenal..
dia duduk di tepi aku.. aku belai2 Ai..
Ai nampak cool.. 

bila doktor beri makanan, Ai makan.. tapi slow.. berbanding Shin yang makan gelojoh..
malu pula aku pada staf2 yang sengih.. macam aku tak bagi makan.. hehe..

setelah membuat bayaran dan membeli sangkar baru untuk Ai dan Shin, aku dinasihatkan doktor supaya mengasingkan mereka berdua..
Ai telah dikesan mempunyai cacing apantah yang dinamakan oleh doktor tu..
doktor dah bagi Ai dan Shin minum ubat cacing..

Ai dan Shin dibawa balik.. 
Ai duduk dalam sangkar.. Shin bermain di dapur..
semasa aku nak pergi kerja, Ai dah melepek.. kelemahan..
aku cuba angkat Ai,.. Ai memusingkan badannya seperti tak rela diangkat..
sedih aku tengok Ai.. Ai dah jadi macam malam tadi..
dia lemah.. cara Ai baring bukan macam biasa.. lemah sangat..

aku pergi kerja dan tinggalkan pesanan pada Dayah untuk memasukkan ubat cacing petang nanti

aku terima call dari Dayah pada petang tu..
tapi aku tak perasan sebab aku dah silent dan letak dalam locker henpon aku tu..
dan ada 2 message dari Dayah..

yang pertama berbunyi "abg, Ai ni dah mcm takde respon je ni.."

erk.. aku terkejut..

message kedua Dayah "doktor tak bagitau cara nak jaga Ai ni td ek? pasni kena bersihkan Shin, kena jaga betul2.. Ai tu macam dah takde tapi sayang buat jugak macam yang kawan sayang baru bagitau tadi.. mana tau.."

aku terus punch card..
aku start motor dan bergerak..
aku rasa tak sedap hati..
patut la masa dalam kelas, di padang tadi aku asik terbau kucing..
aku pelik, aku tengok kiri kanan takde kucing pun..

aku taknak pikir yang bukan2 masa atas motor..
tapi aku tak dapat juga elak..
air mata aku dah mula mengalir..
aku rasa bersalah sebab pernah ketuk kepala Ai..
aku rasa bersalah sebab pernah tengking Ai..
tetiba aku rindukan renungan mata Ai..

aku cuba tahan.. tapi aku tak berdaya..
air mata aku laju menitis..
aku dah mula pikirkan yang bukan2..

sampai kat rumah, aku buka pintu, aku rasa suspen..
aku tengok sangkar.. Dayah pun tengok aku dari jauh..
aku tengok Ai.. aku sedih.. Ai dah kaku..
walaupun macam tu, Dayah berusaha juga letakkan bungkusan air panas padan badannya..
doktor ada bagitau, suhu Ai sangat rendah.. kawan Dayah juga doktor haiwan.. jadi Dayah ikut la saranan kawannya tu..

aku tahan supaya air mata tak meleleh lagi.. aku biarkan Ai.. aku nak pergi tengok Shin kat dapur..
aku lalu depan Dayah.. tetiba Dayah menangis peluk aku dari belakang..
menangis teresak2.. aku juga automatik tak dapat tahan lagi..
walaupun muka aku berpaling ke belakang, tapi aku ada rasa sama seperti Dayah..
sedih sangat.. kucing yang aku sayang tak sampai sebulan dah pergi..
aku dapat rasa Ai amat terseksa menahan kesakitan..
aku teirngat sebelum aku pergi kerja, aku panggil nama Ai, badan Ai akan bergerak walaupun dia tidak berpaling.. Ai sangat kuat.. Ai tabah..
aku juga rasa, dia saja kuatkan diri pagi2 nak  ucap selamat jalan pada Dayah sebelum Dayah pergi kerja..
dia saja rapatkan diri dengan aku masa dalam klinik untuk bermanja kali terakhir..
dia nak buat tuannya rasa ceria..
aku tak sangka dia naik motor untuk kali terakhir..
aku tak sangka dia duduk dalam sangkar baru tak sampai 6jam..
yang aku dapat lihat hanyalah jasadnya kaku selepas 6jam..
aku rasa gagal untuk menjaga kucing dengan baik..

badan Ai yang kaku.. dan dah tak bernyawa..
aku menangis di depan Shin.. Shin yang tak nampak kejadian pun murung.. tak gembira.. nampak resah..
Shin tau ke Shin..
aku kesian pada Shin.. Shin dah takde teman bermain..
Shin dah takde teman makan dan minum..
walaupun aku lelaku gagah, aku tetap menangis.. 

aku melihat puas muka Ai.. aku tak dapat tahan kesedihan..
melihat muka Ai untuk kali terakhir..

Dayah ambil bajunya yang bergambar kucing, Dayah membalut jasad Ai..
hanya cara ni aku dapat buat untuk hargai pemergian Ai..
aku nak tanam Ai..
aku taknak buang Ai merata2..
Ai bukan jenis kucing yang macam tu..
Ai baik..
Ai manja..
Ai tak menyusahkan tuan..
aku pernah tengok Ai kencing gi kencing dalam toilet..

Dayah membalut Ai dengan menangis.. aku sebak..
aku tak bercakap sepatah perkataan pun..
aku tau Dayah sayang sangat kat Ai..
takpe la Ai.. mungkin kita dapat bertemu lagi.. taktau di mana..
sedih dengan nasib Ai.. lahir ke dunia tanpa kasih sayang ibu.. hidup dalam masa singkat..

aku tanam Ai di kawasan apartment ni..
Dayah masih lagi menangis..
dia tak sampai hati nak tengok Ai pergi.. tapi apakan daya..
itu suma sudah suratan 


semoga Ai berbahagia di tempat lain..
tinggalkan Shin kesekucingan.. ;'(

(malam tadi aku dan Dayah sedih sekali lagi bila melihat kubur Ai digali..mungkin oleh anjing.. kami tak sampai hati, kami gali semula dan tanam Ai.. jasad Ai tak berbau busuk pun..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...