Wednesday, August 27, 2014

Kerja Luar Bidang

Dah dekat 2 minggu aku tak ke sekolah demi menjalankan tugas lain di luar..

Pertamanya, aku ditugaskan untuk membuka sesuatu tender dlm bahagian pendidikan.. tugas aku sbg pengerusi sebahagian zon daripada jumlah kesemua 41 zon di kelumpo ni.. memang tak pernah aku buat keje ni.. tapi ini arahan.. dan dapat juga pengalaman yg berguna.. tugas aku menyemak kesemua maklumat yg diperlukan untuk petender2 sertakan di dalam setiap sampul tender..  secara ringkasnya memang nak muntah buat keje ni.. jemu.. beratus2 tender untuk setiap zon.. 1 tender makan masa 15 minit untuk disemak..

Dalam kumpulan aku ada lagi 2 orang pembantu untuk menyemak tender dan juga seorang kerani untuk memasukkan data di dalam laptop.. makanan disediakan 3 kali sehari.. tetapi tiada elaun diberi.. hehe..
Dapat juga aku melihat penyata akaun syarikat bumiputera yang berjaya sehingga berjuta2 duit dalam akaun.. aku pon berangan la kalau la ada duit sebanyakkkkk tu.. hmmm.. mungkin satu hari nanti kennnnn.. ameen..


dalam gambar tu adalah sebahagian kecil je fail2 yang perlu disemak.. kalau letak banyak2 kat meja tu susah pulak nak asing2kan fail yg telah disemak.. 

ada tender yg tebal dengan bermacam lampiran.. ada tu tendernya nipis je.. bukan senang juga ye nak dapat tender secara telus ni.. hmmm.. diharap sapa yg berjaya mendapat tender tu, beri la perkhidmatan dengan baik.. 

1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

dh tugasan dari arahan..ikut aje lah, ye...huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...