ni kalo pertama aku jadi coach olahraga sekolah kat kelumpo ni..
kalo nak diikutkan, aku memang tak suka sangat jadi coach olahraga ni..
tapi tahun ni terpilih pulak..mungkin sebab aku jadi guru penasihat kelab olahraga sesi petang kot..
hahaha..
tapi nama atlet yang bertanding aku tak terlibat langsung.. tau2 dah ada nama je..
jadi dengan tak payah training apa2pun, tetiba je aku diberitahu isnin depan dah mula pertandingan..
he'eh.. kenapa takde orang bagitau aku perkembangan terkini?
macam takde apa2 je yang berlaku..
tau2 je dah kena bawa budak olahraga isnin tu..
aku dan cikgu baskaran..
tahniah la pada cikgu baskaran sebab dapat uruskan pelajar dengan baik untuk setiap acara..
tugas aku tak lebih dari memberi teguran dan peringatan setiap teknik nak diperlukan untuk menang..
selainnya, aku memerhatikan sekolah lain merangkul emas demi emas.. heheh!
hahaha.. ni budak perempuan di garisan permulaan acara 100m..
lihat saja la.. pelbagai gaya kaki yang kita leh tengok..
kebanyakan peserta2 kat sini kurang latihan..
mungkin takde masa atau tiada kepakaran di sekolah..
juga mungkin kekurangan alatan..
sepatutnya peserta kena ambik peluang menggunakan blok permulaan tu untuk mendapat kuasa tujahan awal untuk memulakan pecutan.. bukan saja2 atlet bertaraf dunia menggunakan blok permulaan tu..
tak perlu cakap banyak lagi.. sebab benda dah berlaku..
kami pun dapat la 4 butir gangsa selama 4 hari berpanas kat stadium tu..
budak2 kami ni memang tak ada latihan..
memang takde harapan nak menang..
yang dapat gangsa tu puun semuanya acara jarak jauh..
cuma yang aku suka tengok, budak2 ada semangat perpaduan.. tak kira bangsa apa pun boleh tolong menolong.. dalam sukan la kita dapat tengok banyak aktiviti yang leh menyemarakkan semangat perpaduan.. tak perlu bergaduh.. kulit je yang berbeza.. selain tu fizikal semuanya sama..
cuma ada la sikit perkara2 yang tak senonoh budak2 sekolah rendah tu mengejek dan mencarut kat bangsa lain.. tak perlu la tu semua.. ini bukan lagi zaman ejek mengejek nama mak bapak.. bukan lagi masa nak mengejek orang kelainan upaya.. kita patut simpati bukan mengeji..
pada mak bapak, tolong la lihat anak2 kat rumah.. kat luar rumah pun.. ataupun tolong la tengok diorang kat sekolah sekali-sekala baru anda tahu apa yang anak anda buat, macam mana perangai sebenar mereka tanpa pengawasan ibu bapa..
sori out of topik.. hehe
1 comment:
abes dh ke bwk budak2 gi tanding?? kat tepen ni MSSD utk sekolah menengah..sampai jumaat ni. Pdg sekolah angah terlibat, hehe..tp angah tak terlibat, kehkeh..
Post a Comment