sekali lagi aku tepilih..
untuk bermain dengan team TRSM..
kali ini bertempat di Setia Alam..
menentang Kelab Penyokong Real Madrid Malaysia..
kali ni kami semua telah sepakat untuk menyediakan baju merah, seluar merah, stokin merah dan jersi bernombor..
memandangkan aku ahli baru, tak banyak nombor yang boleh aku pilih.. jadi ini la nombor aku..
sempena tarikh lahir aku.. hahaha
jadi bukan itu saja.. speselnya pada 25 Mac 2012 ni adalah ulang tahun hari kelahiran Dayah.. tapi Dayah dah tua.. dah berapa ek umur adik manis aku ni? hahaha
hahahaha.. ada la gak aku bawa dia gi restoran Ali Baba Kebab Iranian Food.. kat Jalan Ampang pada malam ambang 25hb tu..
opsss sambung pasal bola sepak hehe..
setelah kami bersiap untuk keluar rumah dan pergi ke restoran Anis Puteri kat Pantai Dalam untuk makan tengahari, kami terus ke Setia Alam supaya lebih awal sampai sebab aku pun belum pasti kawasan padang tu kat mana..
bila dah sampai, ada la 2-3 orang yang dah menunggu..
hari ni bukan je kami yang bermain, ada 8 team kesemuanya termasuk kami..
macam jadual post aku sebelum ni..
maka bergambarlah kami untuk pertama kalinya dengan baju seragam.. hahaha..
nampak ke tak aku kat mana? tuuuuuu berdiri nombor 4 dari kiri..
aku memang suka tangkap gambar berdiri.. wahahaha..
ni cara membelakangi pulak.. hihihihi.. macam2 hal la..
saja nak show nombor la tu..
macam2 cara cangkung leh kita tengok..
saja nak show nombor la tu..
macam2 cara cangkung leh kita tengok..
masa untuk memanaskan badan..
padang agak cantik kat sini.. ada 4 padang semuanya..
rata dan rumput pendek..
bergambar bersama pemain yang hadir tapi tidak dapat bermain atas faktor kesihatan.. dan anak2 mereka..
aku? 6 dari kiri.. haha
aku? 6 dari kiri.. haha
aik? nk ke mana? salah padang ke? hahaha
rupanya ada sesi bergambar dengan semua team yang bermain pada hari tu..
dari kiri Liverpool, Chelsea, Arsenal, Man City, Barcelona (duduk) dan hujung skali Man Utd.. Juventus dan Real Madrid baru sampai waktu tu..
aku? duduk 9 dari kiri.. sebelah baju oren tu hehehe..
bila dah abes sesi bergambar, kami ke padang D semula..
antara yang duduk tepi padang.. uik sapa baju biru tu?
hahahaha sian orang ni.. menyambut hari jadi di padang bola? apa perasaan? syok tak?
dengan yang tersayang.. hepi besday! |
berposing dengan jersi serba merah..
sambil mendengar sepatah dua kata dan pengumuman untuk kesebelasan utama..
aku masih lagi diberi kepercayaan untuk bermain di bek kiri..
pemain2 lain menunggu pengumumkan untuk kesebelasan utama..
sesudah penat bermain.. (takde gambar dalam padang tau) hehehe.. kembang2 idung..
kami menang dengan bergaya 8-1 membelasah pasukan lawan..
macam2 cara dorang ni nak tangkap gambar.. susun je la jersi tu hahaha..
masing2 kepenatan dan aku melakukan penyejukkan badan..
semua hepi dapat menang besar hari tu.. hehehe
tidur pun lena la katakan..
cuma badan terasa sengal2 selepas memaksa badan untuk bergerak dengan lebih agresif..
pastu aku dan dayah ke SACC Shah Alam untuk cari makan..
sampai ke rumah dalam 10malam la jugak..
sekian laporan..
1 comment:
dh aktif mcm ni...mesti dh syok dok kl ni, hehe..mesti rasa syg lak nk tinggal sbb dh ramai kawan2 ngan aktiviti yg digemari..kan
Lama lg ler kot dok sinun, ngee..
Post a Comment