kisah pendek pasal my wife Dayah gi blaja buat kek..
aku yang dapat tau ada orang buka kelas buat kek keju dan tart2 keju, buah2an dan juga tart telur..
so dengan bayaran rm150, leh la Dayah gi blaja buat kek ye tak..
leh gak aku tumpang makan..
hahahah!!!
ari sabtu kul 10pagi lepas breakfast dengan ayah dan mak di kedai bakar, aku dan dayan pun ke bukit piatu nak ke rumah cikgu kek tersebut..
dan aku tinggalkan dayah belajar buat kek..
kisahnya aku nak ke hospital pulak sebab sepupu aku (abg anas) eksiden motosikal.. dilanggar sesuatu.. jadinya parah la jugak.. tak sampai hati aku nak tangkap gambar kat orang yang tengah sakit.. kang dia ingat aku tengah seronok tengok dia sakit plak.. mana la tau kan..
dan ini la hasil kek keju oreo dayahku hahaha..
dah bkecai sikit kat belah bawah sebabnya bgoyang dalam kete kot..
ok la sedap la bila dimakan.. tapi biasa la kek keju ni kalau makan banyak2 pun muak jugakan..
ini tart buah.. tart telur dengan tart keju aku tak pulak amik gambarnya.. adeh deh deh..
kiranya lebih kurang gini jugak la..
orang jual 1 ni 70sen tau..
ari sabtu petang tu, lepas makan2 kek kat bentong dengan mak ayah, aku dan dayah ke temerloh pulak..
nak tengok shahzan muda lawan selangor..
hahaha bukan la aku harap shahzan muda ni menang atau buat kejutan ke atas selangor ni tapi aku suka2 je nak tengok pemain2 selangor yang ada reputasi tinggi ni macam bosko balaban (penah main di liga inggeris) dan juga safiq rahim (pakar tendangan percuma negara ketika ini hehehe)..
dan juga aku tengok safiq amik sepakan percuma dengan percuma.. erk percuma?
sebabnya aku tengok kat bukit belakang gol ni je.. hahaha tak payah bayar tiket.. lagipun harga air dalam stadium rm3.. kalo kat luar ni rm1 je.. untung betul.. pemandangan pun jelas.. tu baju biru tu pemain selangor tengah memanaskan badan.. dengan tak perlu membayar rm14 untuk tiket 2orang, aku leh beli makanan seperti kacang kuda, kacang rebus, air yang tak sampai pun harga tiket tu..
dayah seronok duduk kat lereng bukit berhujan.. hahah!! dah awal2 bawa paper lama..
lagi2 kalau berdua.. memang la dayah ni seronok sangat.. huhuhu..
nun kat sana pun ramai gak.. hahaha.. bukan la aku hasut orang supaya jangan masuk stadium.. tapi aku hari tu dengar khabar perlawanan akan ditangguh kerana padang becak.. so aku pun tak jadi masuk takut rugi pulak nanti dah beli tiket tapi tak dapat tengok..
akhirnya perlawanan berlangsung juga.. aku pun duduk la kat sini je..
bila shahzan muda dah kena 3-0 dan masa tinggal beberapa minit je lagi, aku dan dayah pun angkat kaki.. sebabnya taknak jem2 bila semua penonton keluar stadium.. hehehe.. alih2 esoknya aku dengar selangor menang 4-0.. wahhhh tambah gol lagi la ye lepas penjaga gol shahzan muda kena kad merah.. hehehe..
kucing yang mencari tuan.. aku suka kucing tapi takde masa la nak jaga.. lagi pun tak suka kucing kencing berak merata2.. (alasan... puiii) |
kucing ni ada kurap lak tu.. adoi.. hahaha gambar ni aku amik kat tepi kedai makan mak mentua di chenor.. hehe.. |
2 comments:
Tiada doh budak dok atas pagar masa live bola. Hahahahahaha... huiiiii, cam sedap je tu kek keju ngan tart. Emmmmm, jan naik berat badan ko bro. Wakakakakakakaka...
ish..ish...kekk...
Bkn main lgik..mentang2 skang ni pahang dok lawan bola kat t'loh...huhu..
Post a Comment