bukan semua che'gu dapat tugas yg diidam2kan.. mungkin che'gu2 senior je yg dapat bidang tugas feveretnya.. kalo che'gu2 baru macam aku ni, terima je la apa yg mendatang.. contohnya aku.. ambik je la.. subjek apa yg diarahkan ajar, aku ajar.. selagi boleh.. opsyen aku sains sukan.. tapi berapa kerat sangat yang ada ofer subjek sains sukan untuk spm kan.. ada tu memang ada tapi tak banyak.. jadi, aku ajar kemahiran hidup.. sebelum masuk mengajar, aku kena study dulu menda yang aku nak ajar tu.. gitulah kita manusia.. sampai masuk lubang kubur baru la kita berhenti daripada belajar.. selagi hidup, secara sedar dan tak sedar, kita ni masih belajar.. setiap perkara baru yang kita tau tu adalah ilmu.. bukan tentu manusia yg ada phd tu tau semua perkara dalam dunia ni.. orang muzik hebat bab muziknya.. tiger wood hebat dengan kayu golfnya.. donald trump hebat dengan perniagaannya.. alex ferguson hebat dengan taktik kotornya.. itulah dunia.. banyak lagi perlu kita teroka.. jangan tau satu perkara, kita dah mendabik dada.. tak perlu macam tu.. bukan anda seorang yang ada dada berbulu..
ooooo ya.. tahun ni aku jadi jurulatih olahraga sekolah.. padahal aku dah cuba minta pada PK Koko supaya beri tugas untuk sukan permainan selain olahraga.. ye di sekolah terdahulu aku pernah pegang jawatan jurulatih olahragalah, pengurus olahragalah, dan ketua jurulatih olahragalah tapi aku tak minat melatih olahraga kat sekolah sekarang ni.. alatan tak lengkap.. kemudahan tak cukup.. memang ada sekolah yang tidak ada prasarana sukan yang lengkap boleh menyerlah dalam sukan olahraga.. tapi berapa banyak sekolah yang menyerlah? padang kecil dengan kelas PJK (sesi pagi), kelab bola tampar, kelab bola baling dan olahraga jalan serentak.. semua aktiviti di padang.. padang 'seluas' 2 padang bola jaring.. apa yang boleh aku buat? nak lontar peluru? nak lempar cakera? apa lagi nak rejam lembing? ada berani? dan di sini tiada latihan dibenarkan ketika p&p dijalankan.. kena cari waktu lain.. aku mengajar petang, kena datang pagi..
bagi aku, sukan olahraga memerlukan perahan tenaga 100% untuk mencapai kemenangan.. berlainan dengan sukan permainan seperti bola sepak.. aku tak pernah tengok orang lari pecut senyum ketika berlari (kecuali la dah sampai penamat).. korang penah tengok pemain bola sengih2? penahkan? kalau ada atlet olahraga yang senyum ketika beraksi, kemungkinan besar dia dah menang selesa ataupun dia dah kalah dengan selesa.. hehehe.. jadi, olahraga bukan sukan yang sesuai untuk orang yang tak ada tumpuan ketika bertanding.. hilang fokus, peratus anda untuk kalah memang cerah..
aku selalu disalahkan pelajar yang baru masuk ke alam sekolah menengah.. yang aku perasan terutama ketika aku mengajar permainan bola tampar.. cara 'digging' bola yang aku ajar dikatakan salah.. sebabnya cikgu sekolah rendah dorang ajar pukul bola di pergelangan atau di 'penumbuk' dorang tu..
ini cara yang sebenar.. dig bola menggunakan kedua belah lengan.. hantaran lebih tepat dan memudahkan kita mengarahkan ke mana bola untuk dihantar.. tetapi pelajar mati2 tolak cakap2 aku.. dia kata dah wakil bangsar memang dig bola guna hujung tangan (di pergelangan tangan hingga ke jari)..
yang aku nak kata kat sini, che'gu tolong la ajar perkara yang betul.. kalau tak tahu, jangan buat2 tahu.. kesian kat pelajar yang dapat ajaran sesat.. tolonglah kesian juga pada che'gu macam aku ni kena perbetulkan semula perkara yang salah dengan susah payah dan mati2 dorang lebih percaya che'gu sekolah rendah dorang yang aku pun taktau betul2 ke che'gu PJK atau che'gu tampal-tampalan untuk memenuhkan kekosongan waktu mengajar?
No comments:
Post a Comment