Friday, March 11, 2011

Membaiki pusara atuk dan nenek

pada 6 mac 2011
aku diajak mak dan ayah ke Melaka
kalo aku gi, otomatik la dayah pun kna gi
naik avanza
busu nak tumpang gak
paksu x ikut sbb ada keje ngecat umah org

7.30pg kami smpi la kat stadium hoki jemput busu
busu dgn pelbagai brg2nya trutamanya makanan yg telah siap dimasak
utk makan tghari katanya

dan kami pun terus mlalui hiway PLUS
berenti jap kat r&r Nilai
biasa la mak mesti cari nasi lemak punya
ayah dan busu juga nasi lemak
dayah makan soto
aku je x makan
sbb aku dah makan kat umah abeskan makanan mlm tadi hehe

sampai kat Melaka nak dekat kul10 kot
lepak jap kat umah adik bradik Kastam (kahkahkah apa punya gelaran la)
paklong mmg tido umah kastam
pakngah tido kat bandar Melaka (hotel xde tv rm35)
paklang lewat sikit sampai

pakngah dah tggu kat kubur rupanya
paklong ada la buah tangan iaitu buah sukun kpd sdara mara
byk sgt
aku agak maklong mesti pesan dan paksa paklong abeskn buah sukunnya
tu yg paklong kalut nak bagi buah sukun kat org sesampai je kat umah tu hahaha

dah siap sedia dgn peralatan yg ada juga dipinjam kat sana, kami pun gi kubur
ada dah pakngah tgh baca paper

dgn arahan pakngah
kami bsama2 bkerja
mula2 buat 1 kubur dulu
nampak gaya mcm lambat je, kami pun bgerak ke kubur atuk plak
berbahagi keje la ni
ayah jd otai kat kubur atuk
aku ni tolong2 angkat bata, air, simen dan pasir je hehe

bermulanya tugas
bancuh simen dulu
pakai topi merah tu adik kastam, paklang dan paklong

dayah, maklang, anak ada dan busu
busu berehat jap
penat angkat bata hehe

dayah menemani anak ada

masing2 memerhatikan skil pakngah mnyimen tepian pusara nenek


ayah dtg mbawa baldi yg berisi air
mak suh paklang pakai payung
paklang kata, xpyh sbbnya dia biasa kena panas sbb ajar pj kat skolah
hahahaha..

ni pusara nenek

mula2 ayah tlg pakngah
paklong dgn paklang x reti mnyimen ni

yg ni plak pusara atuk
baru nak mula

akhirnya bpanas terik kami siap juga tepat2 waktu zohor
cantik x?
ok la tu sbb buat sendiri x upah org kn
ni je yg aku sempat nk ambil gambar sbb dh nak balik
smua dh bgerak ke umah kastam
aku nak gi tangkap gmbr pusara atuk tapi mak kata x payah sbb jauh sgt

tu dia mak tgh tunggu kat slm kete x saba nk makan

semua kehausan
panas la katakan
pakngah xtau nak dok mana
hahaha

menunggu makanan tiba

yaaa tu dia dah sampai
huhuhuhu lapar prut nih
busu x hilang dahaga lg tu kahhh3

oooo ulam di atas tu namanya jering dan juga putat
putat?
aku pun x penah tau
ayah pun xtau
makan mcm tu la skali kulit
pahit tp x pahit sgt
ok la

tu dia 'tsergam indah' makanan
lapa oooo..
tgk tu sambal blacan mlaka 1 mangkuk arcopal haha
sayur kacang pjg goreng
nangka lemak
ikan goreng
ikan masin
jantung pisang
ulaman

dtg lagi
dan lagi makanan
oooo x lupa sambal goreng busu
kali ni guna cili idup
x guna ciliboh

dan ni dia ulam yg sedap
apa ntah nama dia
kat pangkal dahan daun ada duri 7btg
tp sedap
x rasa pahit maung
best la
daun yg besar pun sedap dimakan

apa lagi? abes dahhh!!!

aku pun sempat la tido jap utk cas bateri sblm mmandu pulang
tapi rupanya lps dr umah kastam, gi lak umah mklong semah
ayah ada bw daging ehem ehem padanya
dia ada pesan
jadi ayah pun tunaikan la
makan murtabak dan karipap panas lak kat situ
solat jemaah asar
pastu teruskn pjalanan ke pantai klebang
beli belacan dan cencaluk serta dodol

dan kembali ke hiway utk ke KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...