Tuesday, August 5, 2014

Syawal 1435H / 2014

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Kali ni aku beraya kat rumah mertua.. jadinya, kitorang dah decide untuk pakai baju bertemakan purple gelap.. hehe.. baju melayu beli dah siap kat kamdar.. baju ladies lak semuanya tempah mengikut selera jahitan daripada tukang jahit sendiri..

Tahun ni takde projek bakar lemang.. ditukar plan last minit.. jadinya mak terus la booking je lemang pada orang lain.. hmmm.. kurang la kerja aku.. so aku yang xde keje ni, aku buat la keje lain pulak.. membersihkan kawasan rumah.. cuci longkang, basuh lantai keliling rumah, sapu laman yang pernuh dengan rambutan, maggis gugur dan daun kering.. dari kul 10 sampai la 4 petang aku pulun.. pelik betul aritu tak rasa penat.. mungkin sahur tu makan shaklee kot.. hehehe.. 

hari raya pertama, kami solat aidilfitri kat surau kampung kandis.. tapi, kemera dah lupa nak bawa.. Dayah la lepas guna amik gambar kat umah pastu tertinggal kat atas sofa.. 


Sesi bersalaman dengan mak di pagi hari raya.. sebelum ke surau.. kali ni Rusydan beraya bersama famili mentua di Selama, Kedah.. selepas solat aidilfitri, kitorang gi beraya kat rumah pandak.. kat sana biasanya memang ada lemang.. lemang rebus kot.. musim durian pulak.. memang berbiji2 gugur sepanjang kitorang ada kat situ.. tapi perut aku dah penuh dengan lemang kat  umah mak sebelum gi surau.. isi perut, tapi terlebih isi..

lewat jugak kami balik ke rumah.. sampai kat rumah, suma berehat.. ada yg tengok tv.. ada yang kepenatan tidur depan tv dan merata tempat.. hihihi.. abg Tasyrif dan famili akan ke umah mentua di Terengganu petang tu.. kebiasaan setiap tahun memang akan beraya macam tu.. sebelum diorang bertolak, kami sekeluarga bergaya depan kamera dulu.. 


ada yang pakai tangan, ada yang guna tripod.. malangnya tapak kamera untuk tripod memang aku tertinggal kat kelumpo.. hmmm.. beralaskan kayu ranting je la untuk stabilkan kamera tu berdiri tegak hehehe..
 

 

selepas abang ipar bertolak, kitorang tinggal bertiga je la.. kami beraya kat Temerloh.. umah paklang mail.. ada lemang, ketupat, nasi impit.. makan lagi..



keluarga paklang yang ada masa tu.. Zaim dan isteri beraya di rumah nenek mentuanya kat Jengka.. dah gi umah paklang, gi plak ke umah pakcik Buntat dan makngah Mar (waris sebelah mak).. kat umah makngah Mar makan laksa lemak.. kat umah pakcik Buntat makan nasi ayam.. terbungkang kekenyangan la ari raya pertama.. kikikiki..

Raya kedua, ada jiran yang datang beraya.. dan dalam pukul3 petang, kami bertolak ke Terengganu.. kat sana ada juga sedara sebelah arwah abah.. dan juga beraya kat umah mentua abg Tasyrif kat sana.. sekali lalu..



Kami menginap kat sini.. Terengganu Equestrian Resort (TER).. rm100 semalaman untuk sebilik..
malam mula2 sampai tu terus ke rumah mentua abg Tasyrif.. pastu gi makan2 kat umah kak iparnya pulak.. ada la bakso dan nasi beriani.. hmmm.. hari raya kan..



Raya ketiga, kami beraya rumah waris abah.. biras mak.. adik abah dah meninggal lama dulu.. jadi tinggal biras dan keluarga je la.. kat sana makan nasi lemak sotong.. pagi lagi masa tu.. kan.. hehe.. tapi sebelum tu..,



sebenarnya kitorang dah saraoan kat kedai tepi Pantai Batu Buruk.. makan nasi lemak ikan.. pastu layan budak2 naik kereta kuda.. tak tau la berapa harga sekali naik.. tak beraya la kuda tahun ni.. hehehe..



Gitu la al-kisah hari raya pertama hingga ketiga.. lepas tu terus kami bertolak dari Terengganu ke Pahang semula.. sebabnya aku akan ke Bentong pulak beraya kat sana..


Gambar kat bawah ni adalah berkenaan dengan Majlis Pertunangan Nursyakirah Ismail.. sepupu Dayah.. aku pun sebok2kan diri je amik gambar ni.. suka2.. 

Sepupu belaka ni.. Lokman, Rusydan dan Ikhmal Hijat

To'ki Cu, Chik, abg Tasyrif

Gambar kami sekeluarga.. memang pakat pakai baju tema ni.. sebab kali ni baru leh berkumpul kesemuanya.. pendek kata, cukup 'korum' la kan ahahaha..

lagi gambar majlis pertunangan..



bersungguh betul berborak tu.. hehehe..



akhirnya, bila selesai majlis, dengan tunang2 orang pun melompat kegembiraan.. kikikikiki..



Paklang, Dayah, Raif dan abg Tasyrif



Athirah, Syakirah dah Syafikah..

dah penat menaip.. hehe.. tu je cerita raya versi rumah mentua..  akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. jangan kata zahir sahaja.. batin pun ada juga.. tauuuu..

1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

amboiii...rajin bercerita ni. Mesti tengah mood sejuk ni, hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...