Friday, August 29, 2014

Kursus Kejurulatihan Olahraga Tahap 1

Walaupun aku masih bertugas dalam tender2 tu, aku juga terlibat dengan kursus ni dalam masa yg bertindih.. jadi aku rasa serba salah.. kursus ni aku dah lama nak.. dan aku sendiri yg pohon.. bukan pohon kayu ataupun pohon ampun dan maaf ye hehehe..
Dan dengan susah payah, dapat juga aku mencari pengganti untuk menggantikan aku sebagai petugas dalam membuka tender tu..
Aku dapat hadir pada hari kedua kursus.. itupun pada sesi petang.. hari pertama aku dah minta pelepasan daripada coach sebab nak setelkan tugas2 aku sebelum boleh diganti dengan cikgu lain.. semua peserta dah kenal antara mereka sebab hari pertama dah ada sesi suai kenal.. aku je yg masih lagi tak dapat membiasakan diri.. para peserta terdiri daripada cikgu2, atlet dan bekas atlet yg berprestasi tinggi..
Perlunya hadir kursus ini bukan semata2 sijil jurulatih tu.. aku sendiri memang perlukan ilmu ni untuk pelajar2 di sekolah.. selama ni aku jalankan latihan mengikut pengalaman yg tak seberapa ni.. jadi, bila dah tau selok belok yg betul, maka aku lebih berkeyakinan untuk melatih.. lebih bersemangat.. harap2 bukan la konon2.. kennnn..
Peserta didedahkan dengan semua 44 acara di dalam olahraga.. lebih kepada sebagai seorang jurulatih daripada memanaskan badan, teknik2 larian pecut, berganti, lari berpagar, lompatan dan juga balingan.. sebelum ni aku dah ada sijil kepegawaian olahraga gred 3.. tapi aku tak guna sangat sijil tu.. beku macam tu je dalam fail..
Kursus ini ada lulus gagal.. peserta dinilai disiplin, praktikal sebagai jurulatih dan juga peperiksaan.. baru je petang tadi aku exam.. susah juga soalannya.. semuanya dalam bahasa inggeris.. istilah2 tu kekadang buat aku confuse.. hehe.. harap2 lulus la ye.. masa praktikal di padang, aku diundi untuk mengajar dalam acara rejam lembing.. aku kena siapkan rancangan mengajar sebelum mengajar.. murid2 aku terdiri daripada peserta2 tu sendiri.. leboh kurang macam kerja aku sekarang ni la ajar pjk kat sekolah.. takde masalah sangat.. yang penting kita titikberatkan keselamatan peralatan dan keselamatan semasa menggunakan lembing.. maklum saja la benda tajam kan..
Moh la belek2 gambar aktiviti sepanjang kursus.. kebanyakannya aku pilih yang ada gambar aku je.. rajin diorang amik gambar.. aku copy dari wasap je hehehe..
Dan.. aku bukan atlet olahraga.. paham2 la kalau nampak pelik je cara aku melakukan aktiviti2 dalam gambar tu hahaha..
latihan reaction 

latihan lari berpagar.. salah lagi cara tu..

latihan lompat jauh.. coach yg cangkul, aku sebagai mando hehe..

berjalan dengan melangkah pagar2.. proses untuk membiasakan diri.. ini bukan kursus untuk menjadikan kami atlet.. latihan ini yang akan kami lakukan untuk atlet muda nanti..

lontar peluru.. ansur maju..

masuk bab rejam lembing

yeahhh.. warming up..

masih lagi warming up

burnnnnnn kulit aku..

taklimat sebelum memulakan latihan teknikal..

bersama semua peserta kursus..

coach menunjukkan apa yg perlu kami buat sekejap lagi..

ini la asas untuk acara lompat bergalah.. cara pegang galah..

yeahhhh lompat2.. lompat setinggi mana tetap akan ke bawah juga.. kan...

Wednesday, August 27, 2014

Kerja Luar Bidang

Dah dekat 2 minggu aku tak ke sekolah demi menjalankan tugas lain di luar..

Pertamanya, aku ditugaskan untuk membuka sesuatu tender dlm bahagian pendidikan.. tugas aku sbg pengerusi sebahagian zon daripada jumlah kesemua 41 zon di kelumpo ni.. memang tak pernah aku buat keje ni.. tapi ini arahan.. dan dapat juga pengalaman yg berguna.. tugas aku menyemak kesemua maklumat yg diperlukan untuk petender2 sertakan di dalam setiap sampul tender..  secara ringkasnya memang nak muntah buat keje ni.. jemu.. beratus2 tender untuk setiap zon.. 1 tender makan masa 15 minit untuk disemak..

Dalam kumpulan aku ada lagi 2 orang pembantu untuk menyemak tender dan juga seorang kerani untuk memasukkan data di dalam laptop.. makanan disediakan 3 kali sehari.. tetapi tiada elaun diberi.. hehe..
Dapat juga aku melihat penyata akaun syarikat bumiputera yang berjaya sehingga berjuta2 duit dalam akaun.. aku pon berangan la kalau la ada duit sebanyakkkkk tu.. hmmm.. mungkin satu hari nanti kennnnn.. ameen..


dalam gambar tu adalah sebahagian kecil je fail2 yang perlu disemak.. kalau letak banyak2 kat meja tu susah pulak nak asing2kan fail yg telah disemak.. 

ada tender yg tebal dengan bermacam lampiran.. ada tu tendernya nipis je.. bukan senang juga ye nak dapat tender secara telus ni.. hmmm.. diharap sapa yg berjaya mendapat tender tu, beri la perkhidmatan dengan baik.. 

Monday, August 18, 2014

Mimpi Meninju

Aduhai..

Awal pagi ahad.. aku bermimpi..
Seorang budak yg dari awalnya memang banyak menyusahkan aku.. aku tak kenal budak ni.. selalu ada di sekitar aku dalam mimpi.. budak ni panjanh tangan.. apa saja yg berharga dia akan sapu..

Jadi, budak ni datang ke kereta aku.. masa tu aku dah dalam kereta yg sedang dipanaskan enjin.. aku berdua dengan dayah..

Budak ni sambil berborak dengan aku dari cermin tingkap sebelah pemandu, dia ambil je apa yg dapat dicapainya.. ambil duit, spek mata, dan aku tak ingat apa lagi.. geram sangat dah tak tertahan.. berat sangat rasanya aku nak angkat tangan..

Aku kuatkan semangat.. aku nak je tinju budak ni.. hiyarghhhhhhh! Masa tu dayah mengelak.. dan penumbuk aku singgah kat muka budak tu.. tapi aku dengar dayah yg menjerit.. ya Allah.. aku buka mata, muka bini aku yg aku tinju tu..

Im sorry.. apa la nasib.. nasib baik tak kena mata atau hidung.. dan nasib aku tak bagi full swing.. kalau tak, entah2 ke sepital bini aku ni..

Nak tido ni, aku nak baca doa la sebelum tido.. ok.. jauhkan la drp mimpi yg macam tu..

Saturday, August 16, 2014

Nama Bapa

aku mengajar pelajar menulis surat kiriman rasmi..

mula2 kamu kena tulis nama dan alamat kamu sebagai pengirim surat..

pelajar: cikgu! nak tulis nama penuh ke?

aku: mesti la tulis nama penuh.. kalau bin letak bin.. kalau a/l letak la a/l..

pelajar: saya takde bapa..

aku: walaupun takde bapa, letak la nama macam dalam ic kamu..

pelajar: saya tau nama bapa tapi saya taknak letak.. saya tak suka dia.. saya tak suka ingat nama dia..

macam tu sekali.. apa yang aku fikir.. korang dapat fikir?

Thursday, August 14, 2014

Loyar Buruk

Cerita ni terjadi kat sekolah..

Aku naik tangga.. aku terpandang 2 pelajar perempuan sedang membetulkan tudung di depan cermin..

Bila aku dah punchcard, aku turun semula.. sama juga, pelajar tu sedang membelek2 di depan cermin..

Aku: dah dah la tengok cermin tu.. tak berubah pun muka kamu kalau dok depan cermin lama2.. mcm tu jugak..

Pelajar: kami nak dok depan cermin sampai perangai kami berubah la cikgu..

Aku: puiiiiiii!!!

Tengok la loyar buruk pelajar sekarang.. kekadang nak suka pulak.. hahaha.. tapi kalau melampau sampai aku tak dapat terima, hangin jugak.. hehe..

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 1435H / 2014

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Kali ni aku beraya kat rumah mertua.. jadinya, kitorang dah decide untuk pakai baju bertemakan purple gelap.. hehe.. baju melayu beli dah siap kat kamdar.. baju ladies lak semuanya tempah mengikut selera jahitan daripada tukang jahit sendiri..

Tahun ni takde projek bakar lemang.. ditukar plan last minit.. jadinya mak terus la booking je lemang pada orang lain.. hmmm.. kurang la kerja aku.. so aku yang xde keje ni, aku buat la keje lain pulak.. membersihkan kawasan rumah.. cuci longkang, basuh lantai keliling rumah, sapu laman yang pernuh dengan rambutan, maggis gugur dan daun kering.. dari kul 10 sampai la 4 petang aku pulun.. pelik betul aritu tak rasa penat.. mungkin sahur tu makan shaklee kot.. hehehe.. 

hari raya pertama, kami solat aidilfitri kat surau kampung kandis.. tapi, kemera dah lupa nak bawa.. Dayah la lepas guna amik gambar kat umah pastu tertinggal kat atas sofa.. 


Sesi bersalaman dengan mak di pagi hari raya.. sebelum ke surau.. kali ni Rusydan beraya bersama famili mentua di Selama, Kedah.. selepas solat aidilfitri, kitorang gi beraya kat rumah pandak.. kat sana biasanya memang ada lemang.. lemang rebus kot.. musim durian pulak.. memang berbiji2 gugur sepanjang kitorang ada kat situ.. tapi perut aku dah penuh dengan lemang kat  umah mak sebelum gi surau.. isi perut, tapi terlebih isi..

lewat jugak kami balik ke rumah.. sampai kat rumah, suma berehat.. ada yg tengok tv.. ada yang kepenatan tidur depan tv dan merata tempat.. hihihi.. abg Tasyrif dan famili akan ke umah mentua di Terengganu petang tu.. kebiasaan setiap tahun memang akan beraya macam tu.. sebelum diorang bertolak, kami sekeluarga bergaya depan kamera dulu.. 


ada yang pakai tangan, ada yang guna tripod.. malangnya tapak kamera untuk tripod memang aku tertinggal kat kelumpo.. hmmm.. beralaskan kayu ranting je la untuk stabilkan kamera tu berdiri tegak hehehe..
 

 

selepas abang ipar bertolak, kitorang tinggal bertiga je la.. kami beraya kat Temerloh.. umah paklang mail.. ada lemang, ketupat, nasi impit.. makan lagi..



keluarga paklang yang ada masa tu.. Zaim dan isteri beraya di rumah nenek mentuanya kat Jengka.. dah gi umah paklang, gi plak ke umah pakcik Buntat dan makngah Mar (waris sebelah mak).. kat umah makngah Mar makan laksa lemak.. kat umah pakcik Buntat makan nasi ayam.. terbungkang kekenyangan la ari raya pertama.. kikikiki..

Raya kedua, ada jiran yang datang beraya.. dan dalam pukul3 petang, kami bertolak ke Terengganu.. kat sana ada juga sedara sebelah arwah abah.. dan juga beraya kat umah mentua abg Tasyrif kat sana.. sekali lalu..



Kami menginap kat sini.. Terengganu Equestrian Resort (TER).. rm100 semalaman untuk sebilik..
malam mula2 sampai tu terus ke rumah mentua abg Tasyrif.. pastu gi makan2 kat umah kak iparnya pulak.. ada la bakso dan nasi beriani.. hmmm.. hari raya kan..



Raya ketiga, kami beraya rumah waris abah.. biras mak.. adik abah dah meninggal lama dulu.. jadi tinggal biras dan keluarga je la.. kat sana makan nasi lemak sotong.. pagi lagi masa tu.. kan.. hehe.. tapi sebelum tu..,



sebenarnya kitorang dah saraoan kat kedai tepi Pantai Batu Buruk.. makan nasi lemak ikan.. pastu layan budak2 naik kereta kuda.. tak tau la berapa harga sekali naik.. tak beraya la kuda tahun ni.. hehehe..



Gitu la al-kisah hari raya pertama hingga ketiga.. lepas tu terus kami bertolak dari Terengganu ke Pahang semula.. sebabnya aku akan ke Bentong pulak beraya kat sana..


Gambar kat bawah ni adalah berkenaan dengan Majlis Pertunangan Nursyakirah Ismail.. sepupu Dayah.. aku pun sebok2kan diri je amik gambar ni.. suka2.. 

Sepupu belaka ni.. Lokman, Rusydan dan Ikhmal Hijat

To'ki Cu, Chik, abg Tasyrif

Gambar kami sekeluarga.. memang pakat pakai baju tema ni.. sebab kali ni baru leh berkumpul kesemuanya.. pendek kata, cukup 'korum' la kan ahahaha..

lagi gambar majlis pertunangan..



bersungguh betul berborak tu.. hehehe..



akhirnya, bila selesai majlis, dengan tunang2 orang pun melompat kegembiraan.. kikikikiki..



Paklang, Dayah, Raif dan abg Tasyrif



Athirah, Syakirah dah Syafikah..

dah penat menaip.. hehe.. tu je cerita raya versi rumah mentua..  akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. jangan kata zahir sahaja.. batin pun ada juga.. tauuuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...