aku ada kucing baru..
ambik dari Chenor..
anak kepada Labi (kucing kat chenor tu le..)
baru nak masuk 2 bulan ni..
kononnya nak jadikan peneman Shin..
pandai dia minum dan makan dalam bekas |
aku namakan dia Masao.. sebab dia suka mengadu.. macam Masao yang suka menangis tu hahaha..
dia lemah lagi.. baru nak kenal dunia.. tapi dia suka kena belai.. (masa kecik je la kot)..
Masao macam tau je aku tengah mengata dia hehehe.. |
Masao pandai berak dalam pasir.. tu la yg senang nak jaga dia ni.. tapi dia belum pandai mengais pasir dengan cermat untuk tutup tahi.. selalu dia pijak2 tahi dan air kencing dia tu.. maklum la jangkauan tak jauh lagi hehehe.. kena la basuh kaki dan punggung dia ni..
kebiasaan kucing suka main dengan tali |
tali beg dan wayar laptop tempat dia bermain.. suka juga dia panjat naik ke sofa tapi aku letak balik dia ke bawah.. taknak ajar kucing naik ke sofa.. nanti kalau dah biasa, naik lemak la dia.. kalau dia naik lagi dan lagi, aku jentik kepala dia bagi amaran.. lepas tu baru je nak naik jari, dia dah tau aku tak bagi dia naik..
Shin jeles! |
masalahnya Shin suka buli dia.. Shin buat Masao macam bola,, ditangkapnya, digolek2nya, bergomol, gigit sana sini.. dia ingat Masao ni permainan yang aku belikan ke.. shin dah kurang minat dengan bola kertas kecuali Masao masuk ke dalam kandang.. adoiiii.. maklum la dah ada permainan baru..
menyorok la tu! |
kalau dah penat, kedua2nya terbungkang tertido kat mana je yang 'dorang' sempat..
sama2 dah tak ambik peduli dengan masing2.. tapi bila dah bangun semula, 'dorang' memulakan aktiviti semula.. dah macam tom&jerry plakkan?
tengok la Shin ada je nak membuli Masao yang tengah ketakutan |
puas la Masao dari kecik je dah kena buli.. tunggu la Masao ni besar sikit, silap2 Shin yang kena kejar nanti sebab sama2 jantan.. hahahaha..
kesian Masao selalu dalam ketakutan..
tengok la Shin dah hensem dengan bulunya yang gebu.. fuhhhhh sedap peluk si Shin ni.. macam karpet lembuttttt je.. dah besar Shin.. duit aku pun melayang sebab dah 3kali bawa dia gi klinik..
hahahah apa2 je la.. dah ada kucing, kena la berbelanja sikit untuk kesihatan 'dorang' ye tak..
TATA
3 comments:
Jd ke masao ni tukar nama jadi ninie?? hehe...
just nak tau, mana dapat kucing siam ni? petshop or adopt dr orang? susah la nak jumpa yg cantik. people r not into short hair sgt rasanya. persian mmg hotstuff..
kucing siam ni jumpa dalam kotak.. orang buang..
Post a Comment