Wednesday, October 3, 2012

Perginya Insan Tersayang (4.10.2012 Selamat Hari Lahir Mak.. al-Fatihah)

salam..
setiap orang mempunyai ibu..
setiap ibu mempunyai naluri kasih sayang yang tiada tandingan..
begitu juga ibu saya..

ibu saya sangat menyayangi keluarganya..
keluarga didahulukan, keluarga diutamakan..
ibu diibarat penasihat keluarga..
merangkap guru, ustazah, kaunter pertanyaan, mesin atm, pakar motivasi serta apa yang difikirkan logik..

ibu yang menjaga makan minum saya..
ibu yang cuba menunaikan permintaan saya..
ibu tempat saya mengadu..
ibu yang cuba memberi keselesaan keluarganya..

ketika hari raya aidilfitri 2009

ni la permulaan kisah aku dan mak yang baru je meninggalkan kami sekeluarga pada 7 Jun 2012..

masa aku kecik2 dulu, mak suka ajar aku mengeja, mengaji.. serta mengira..
walaupun mak tak sekolah tinggi, dia tetap guru aku yg terbaik..
setiap inci pakaian aku ke sekolah, memang mak amik berat.. mak tak suka naaknya tak kemas..
tapi mak keje.. mak takde masa nak anta aku ke sekolah.. mak cuma mengingatkn aku pentingnya blaja.. mak kata, jangan aku jadi macam ayah dan mak yg tak belajar tinggi disebabkan keluarga ayah dan mak tak mampu.. orang dulu2 susah nak cari duit..

masa aku kecik2 jugak, aku tak dibenarkan gi main jauh2.. mesti balik umah skejap2 untuk lapor diri bahawa aku tak gi jalan jauh2.. mak sangat jaga keselamatan aku.. mak cuba kawal aku supaya jgn bkawan dengan budak2 jahat.. aku juga hanya dibenarkan keluar rumah untuk bermain sebaik je selepas pukul 5 petang.. kalau sebelum tu, aku kena baca buku dan buat kerja rumah..
hasilnya, darjah 1 aku dah dapat nombor 1 dalam exam tengah tahun.. mak yang dah berjanji kalau aku dapat nombor 1, mak akan bawa aku ke zoo negara.. jadi aku bawa berita gembira tu pada mak.. masa tu aku taktau mak dan ayah tak ada banyak duit.. tapi dibawa juga aku dan kaklong ke zoo negara.. hepi sangat aku waktu tu dapat bjalan2 sambil tengok binatang2..

mak juga rajin beli jam tangan untuk aku.. mak memang suka tengok anak2nya pakai jam.. sampai skarang aku suka pakai jam.. bila aku sarung jam, teringat kat mak..

bila hari ahad, ada pasar minggu kat bandar bentong.. mak, kaklong dan aku selalu ke sana naik basikal je.. mula2 aku tumpang mak atau kaklong.. tapi lama kelamaan mak belikan aku 1 basikal dan suruh aku kayuh sendiri basikal bsama2 mak dan kaklong ke bandar.. mula2 aku memang takut..lagi2 bila lalu kat jambatan kecil.. menangis aku takut nak lalu.. mak yakinkan aku.. lama2 aku dah biasa dengan jambatan tu..

mak adalah jenis insan yang mendahulukan anak dan keluarganya.. selalunya, apa yg aku mintak memang akan dapat.. cuma cepat lambat je nak dapat.. terutama bila hari jadi aku.. aku pernah mintak tv game (mmg popular dulu2), basikal leRun.. tu je yg aku ingat.. betul2 dulu aku taktau yg cari duit ni memang susah..

mak juga merupakan ustazah.. apa saja hal ehwal agama, aku akan rujuk pada mak.. mak memang rajin membaca buku2 ilmiah.. banyak buku2 di rumah sampai sekarang masih lagi ada.. mak banyak berpesan dan nasihat.. mak tak suka aku buat benda2 tak elok..

tapi aku pernah buat mak aku menangis.. mak menangis sebab aku ponteng sekolah.. mak menangis sebab aku curi duit mak.. mak menangis bila aku taknak buat apa yang mak suruh.. bila mak menangis, mak akan menangis di sinki.. sambil2 mak basuh pinggan.. aku sedih, tapi tak reti nak pujuk.. cara mak menangis tu sampai skarang masih lagi terngiang2 di telinga aku..

pengetua sekolah masa tu kenal mak.. dan apa saja berlaku di sekolah, pengetua akan maklumkan pada mak.. dan aku tak boleh nak sorok2 lagi perkara di sekolah.. semua mak dah tau.. dan aku tau mak malu bila anaknya buat perkara yang tak disukainya kat sekolah..

mak galakkan aku ambil lesen memandu awal2.. mak suka bila keperluan anaknya terjaga.. mak beri aku bawa motor rxz pada awalnya ayah beli untuk diri ayah.. mak selalu pastikan anaknya dapat keperluan yang mencukupi.. mak selalu menyediakan aku dengan peralatan sukan apabila aku mintak.. contohnya raket.. mak dan ayah berkongsi duit semata2 untuk membeli raket aku yang berharga rm100.. mak juga berkira2 duit untuk membelikan aku sepasang but bola yang berharga rm60.. semuanya mak pastikan ada semata2 untuk kepuasan anaknya..

pasal makan, mak memang tak kedekut.. sebut saja nak makan apa, mak sedia untuk membelinya.. mak kata, jangan jadi macam mak yang tak makan ayam, udang, sotong, ketam dan lain2 apa lagi western.. mak suka kalau anak2nya dapat makan semua makanan halal yang ada.. mak kata, makan selagi berselera, nanti bila Allah dah tarik balik nikmat makan, apa pun tak boleh dah..

mak selalu cerita kisah masa mak kecik2 dulu.. macam mana keadaan mak dan adik beradik, keadaan mak ke sekolah, kehebatan mak dalam pelajaran, kesusahan keluarga mak.. semua tu aku jadikan iktibar.. memang ada betulnya.. mak memang terang hati.. mak pandai dlm ilmu mencongak.. mak pandai menulis.. tulisan mak cantik.. mak selalu suruh aku tulis setiap huruf tu bulat2.. sampai sekarang tulisan aku buruk, kecik pulak tu.. tak macam tulisan mak besar2 dan jelas.. mak juga pandai mengaji..

aku seumur hidup tak pernah tuisyen.. aku pun taktau kenapa.. mungkin mak ayah takde bajet lebih.. ataupun mak dah ajar aku.. tapi aku sebenarnya lega juga tak dihantar gi tuisyen.. sebab aku tengok kawan2 aku tuisyen time kami main bola, memang la tak best.. terjenguk2 kawan aku dari dalam rumah yang tengah tuisyen dengan aunty sebaris rumahnya depan padang hehehe.. mungkin sebab tu, pelajaran aku tak berapa nak menjadi di sekolah rendah.. boleh dikatakan tak berapa nak bijak la aku kat sekolah rendah dulu..

jika pihak sekolah ada menganjurkan rombongan, pasti aku tak ketinggalan.. itu pn kalo aku bawa balik surat pemberitahuan tu ke rumah la.. mak memang bagi aku ikut rombongan walaupun aku baru berumur 10tahun ke kelantan.. mak pesan jaga duit baik2.. tolong beli jeruk anggur, jeruk itu jeruk ini.. memang aku belikan.. dan cikgu kata, aku macam orang tua beli jeruk2 bekas besar camtu.. hehehe.. tak lupa aku ada belikan bekas air basuh tangan cap buaya..

mak juga suka aku bersukan dan sertai aktiviti contohnya perkhemahan.. waktu malam, mak datang ke sekolah dan bawa 2keping roti canai  ke tapak perkhemahan pengakap takut2 kalau aku tak cukup makan.. kadang2 aku segan dengan kawan yg lain sebab mak sangat2 jaga aku.. ada juga yang kata aku ni anak manja, anak mak.. apa aku peduli.. aku ada mak.. kalau mak berkesempatan juga, mak akan datang ke sekolah kalau aku ada menyertai pertandingan bola sepak atau bola baling.. pasti di tangan mak ada makanan.. sehinggalah aku dah berumur 18thn, mak tetap datang bawa jus oren (masa tu main bola kat sekolah teknik bentong - sebelah kilang tempat mak kerja)

masa aku menduduki spm, baru aku sedar yang aku perlu membuat mak aku bangga dengan anaknya.. bermacam telah diberi, takkan 1 pun aku tak balas.. aku tak sanggup mak aku diketawakan dan diperli oleh orang2 sekeliling.. sebab benda tu pernah terjadi.. kesian dengan mak..

apapun, apa saja berita yg gembira, aku akan kongsi dgn mak terlebih dahulu.. tapi kalo berita yg kurang menyenangkan, aku akan simpan dan akan bcerita pada mak bila segalanya dah selesai..

bila bulan ramadhan ni, biasanya mak kerja shif tak tentu.. kadang2 sahur kat rumah.. kadang2 x.. kadang2 bbuka kat umah.. kadang2 x.. mak sangat kuat bekerja.. tapi gaji yang mak dapat bukan untuk mak.. kebanyakannya untuk barang2 rumah, belanja aku.. bayangkan la kalau bangun lewat ketika sahur, mak sanggup terkejar2 untuk siapkan makanan sekeluarga padahal mak sendiri belum makan walaupun imsak dah semakin hampir.. aku tak tau mak makan atau tidak waktu sahur.. kesian  mak.. walaupun beberapa kali aku minta mak supaya makan, tinggalkan je keje2 dapur tu, mak tetap sebok bancuh air, goreng telur.. ish..

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

kalau diikutkan, byk lagi kisah untuk aku ceritakan ketika bersama mak.. tapi apakan daya, cerita aku bersama emak sepanjang 32 tahun tak dapat nak diulas kesemuanya.. mungkin lain kali.. tu pun jika ada masa.. semoga emak bahagia di sana bersama2 orang yang beriman.. aku dan keluarga sentiasa mengingati saat2 manis ketika kami sekeluarga bersama..

selamat hari lahir mak.. sungguh pilu mengenangkan mak yang tak sempat menyambut hari jadinya yang ke 55tahun iaitu hari pencen emak daripada bekerja..

menyambut ulang tahun hari lahirnya buat kali terakhir pada tahun lepas 4.10.2011 di wad hospital.. tak sangka ini kali terakhir mak menyambut hari jadinya..
  al-Fatihah untuk arwah ibuku.. walaupun perit untuk terima kenyataan, namun aku redha.. sudah ketentuan Ilahi.. lama juga aku tidak menulis blog ni.. rindu pada emak masih mendalam.. rasa sedih kehilangan emak masih menebal.. di kala ini, air mataku menitis.. makkk..



4 comments:

zette said...

al-fatihah..

ALoNa CintamaniszLite said...

terima kasih kerana berkongsi cerita....
Semuanya masih segar dlm ingatan. Walaupun ada citer antara awak dan emak yg along tak tau sebab dh dok asrama, dok KL dan kemudian kawennn...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...