Tuesday, May 15, 2012

Jalan ke Medan (Siri 3)

keesokan harinya, kami bangun awal.. untuk memulakan perjalanan ke Lake Toba, Tasik Toba, Danau Toba.. tempat yang sama cuma nama dia banyak pulak hahaha..

mula2, gi breakfast dulu.. 
sebelum tu tunggu pintu lift buka..

semangat untuk berjalan-jalan

lift kecik dan sempit..

di cermin lobi hotel.. fesyen aku..

alas pinggan di atas meja hotel cafe..
 kami bersarapan di cafe hotel saja.. disebabkan percuma untuk 2 orang setiap bilik.. tapi kami redah je masuk ramai2.. pekerja hotel tu tak halang pun.. jadi kami makan ramai2 secara percuma.. hahahaha 
aku tengok semua famili pun masuk je macam tu.. takde yang kena extra charge..

semua orang bersarapan
 aku tak makan lagi.. tunggu kak Suri makan bagi habis dulu.. sebab aku pegang si Hani comel ni.. hahaha tak dapat pegang Shin, pegang Hani pulak.. 

mengisi waktu lapang
 sambil2 tengok orang lain makan, aku ambil gambar..

Dayah seronok 1st time bersarapan di Medan

makanan yang biasa2 je..
ada nasi goreng kosong, mi goreng, tauhu goreng, sambal goreng, lontong, telur2 dan buah-buahan.. biasa je macam kat Malaysia jugak.. cuma tempat je berlainan ye tak.. air oren dia pun bukannya jus.. cuma kordial je.. manis sangat pulak tu.. sakit tekak aku.. air milonya cair yang amat.. hahahaha hotel apa ni..

aktiviti budak2 sambil tunggu kenderaan
selepas bersarapan, kami pun duduk la di lobi sambil menunggu van yang dikatakan akan datang pada jam 8pagi..

pemandu tengah menunggu.. sambil 2 orang sebelah van sana sedang menjual barang2nya seperti barangan kulit dan baju..
bila van dah sampai, kami terus masukkan beg2 kami yang sikit tu.. kononnya ketua rombongan cakap, bawa secukupnya je.. untuk tidak sendat sangat van tu nanti.. alahai.. besar sangat tempat letak beg dalam van ni.. tak terjejas pun kalau kami bawa kesemua beg yang kami ada.. tak pasal2 pakaian kami dicatu kat Lake Toba tu nanti..

ada 3 van kesemuanya jenis Isuzu Star Wagon..

memang besar dan selesa untuk kami sekeluarga
van ni cukup lengkap dengan aircond atas kepala ala2 bas juga.. cuma kerusinya kecik la sikit..
tapi akan jadi sempit lagi bila ada lagi 1famili yang baru sampai di airport pada pagi tu jugak..
tambah 6orang lagi..

beca guna kuasa motosikal.. x perlu kayuh2..

keadaan kami sebelum sempit hahaha..

bila tengok motor2 ni, teringat motor aku kat KL Sentral tu.. apa khabar agaknya kan..
tu pun dah sampai kat airport.. aduhai.. sempit la kami2 ni.. van2 lain tak penuh juga tapi dorang dah jalan dulu.. kami je yang kena singgah jemput dorang ni..
maka bila dorang dah naik, sempit la kami ni dah jadi tak selesa.. yeahhh!!

meneruskan perjalanan ke Lake Toba
ni pemandangan biasa di mana2.. aku nak ambil gambar mana2 je yang aku rasa perlu.. hehehe..

singgah di Pusat Jajanan UKM.. UKM? hehe
sehinggalah kami bertemu semula dengan van2 yang telah di depan tu.. dorang dah berjanji nak berhenti kat Pusat Jajanan UKM ni.. untuk membeli jajan la apa lagi kan..
aku tak turun pun.. takde mood nak turun bila kena himpit2 dengan orang dekat pintu..
van2 lain tu ada je kosong still taknak bergerak ke van lain.. kami ni jugak yang terseksa..
akhirnya abg.Rif dan kawannya beralah pergi ke van lain..

budak sekolah dengan bola sepaknya..

seronok bawa motor roda tiga ye bang? hehe
bila kita gi ke tempat orang ni, macam2 fesyen la kita nampak ye tak.. perkara yang kita tak biasa tengok, tu la yang kita cari..

lena mak tidur.. aku yang dah terjaga semula..

RM = Rumah Makan
jam dah dekat pukul 12.. kami  berhenti makan tengah hari di rumah makan Pelangi..
asalnya rumah makan ni menyediakan nasi padang tapi sebab semuanya telah diuruskan, takde la makan nasi padang banyak2 lauk tu.. hehehe

gambar ke-2 di rumah makan ke-2

kotak kasut di kedai makan?
makanan kami telah pun dibungkuskan oleh pihak kedai.. jadi terpulang sama ada kami nak makan  dulu atau bawa je dalam van kalau2 la masih kenyang lagi kan..
aku taknak la makan dalam van.. nanti susah macam2.. nak cari air basuh tangan la, tumpah la, goyang2 la, berbau la.. baik makan kat sini je kan..

Dayah dah ambil makanan aku sekali

Mak..Nyoos..= baguuuuuus (aku agak2 versi sengau hehehe)
apa la ada dalam kotak ni ek? pom pom pommmmm!!!

ini la isinya.. ayam goreng, sambal goreng, sambal hijau, kuah kari

makan dalam kotak
selepas makan, kami bergerak semula.. penat tu usah kira.. sendiri yang cari penatkan.. belum lagi cerita banyak kali di stesen2 minyak untuk buang air.. sekejap orang ni buang,  orang yang lain simpan dulu.. kang orang lain pulak terasa nak kencing, orang ni simpan pulak.. adoiii.. apa salahnya turun sekali buang bagi habis?

jalan baru turap
dari bandar ke pekan,dari pekan ke kampung2.. dah nampak pokok2 je pulak.. kat sini minta maaf la  ye takde tempat berhenti kencing hahahaha..

tapi ada juga lubang2.. kat sini tak nampak la kan..
puas dah aku melambung masa tidur.. rasa2 dah tak boleh tidur, aku bangun.. tuuuuu dia dah nampak tasik.. hahahaha adakah itu Tasik Toba?

takkan la besar sangat?
aku rasa dia la tu.. takkan ada tasik lain lagi..

kawasan selekoh berjambatan

warung kopi Batu Gantung
sini banyak juga terdapat warung2 kopi di lereng tebing tasik ni.. tapi ada lambang arak, ada anjing, memang la macam tak halal je kan.. kalau halal pun tak berani la kami nak makan minum hehe..

pakcik kencing ke? hehe syiuuuuuuuuu terus ke dalam tasik, ikan dah tunggu nak minum.. hihihi

dah nak sampai di Parapat
puas dah selekoh sana selekoh sini..
baru la nampak ada bandar atau pekan kat sini.. nama tempat ni Parapat.. pekan kecil kot..
banyak la juga kedai2 kat sini..

pintu gerbang.. memasuki kawasan tepian tasik.. 
kena bayar tol pulak kat sini.. taktau la tol apa.. kereta pelancong atau tol untuk individu.. tapi pemandu je yang bayar.. kami tak perlu bayar apa2 sebabnya awal2 dah bayar sejuta rupiah (rm330 +-) setiap 2orang (kalau tak silap) untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan dan hotel..

akhirnya sampai juga kami di Toba Hotel..
huh hilang sakit pinggang duduk lama2 dalam van.. 

aktiviti angkut beg..
akak sebelah ni pun nak amik view macam aku ambil gambar ni la tu.. tapi dia kemera mahal.. hahaha.. sebok je..
tiba kat hotel, rupanya pihak hotel belum bersedia untuk menerima kami sebagai tetamu.. dorang baru je bersihkan bilik2.. alahai.. menunggu lagi.. kami sampai dalam pukul 2.30petang kalau tak silap..

..Tamat siri 3..

3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Mmm...baca pun dh dpt rasa kepenatannya, hehe..
Kul 2.30 pun tak siap2 bilik lg? ish..ish..bkn kul 12.30...

Tu takpe ler lg...bab singgah kencing ni..takde sape ke nk tegur. Berenti 2 tempat udah ler..ni lebih dari 2 tempat...ish..ish..
Dorang sendiri tak boring ke nk berenti2 byk kali?? alahaii..

DeLLas said...

mesti la boring.. tp jenis mcm tu.. ikut dan nak kencing, mintak brenti.. time org gi kencing, dia buat xtau huhuhu

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...