Monday, March 30, 2015

Aktiviti Eduriders@KL di SK Taman Maluri

12 Mac 2015 kot.. lupa lah.. ada la aktiviti Eduriders@KL bersama dgn pelajar2 pendidikan khas sempena dengan Hari Pendidikan Khas 2015 di SK Taman Maluri. 
Bagi ahli yg berkesempatan tu dapat la jugak menghadirkan diri.. tapi aku lewat sikit sampai.. program bermula pukul9.. tapi aku sampai dalam pukul 10 lebih.. pukul 8-10 aku bawa budak sekolah training bola sepak.. tournament pun tak lama lagi.. 
sampai2 je kat SK Taman Maluri tu, dorang dah nak mulakan dengan aktiviti bawa pelajar darjah 1 untuk ronda2 kat kawasan sekitar.. hmmm..

tak nampak plak budak kenit kat belakang aku ni hehehe.. peace apa2pun..


nasib baik la ada jurukamera pakar dok kat tang corner ni.. ada la jugak kenangan kat sini kan.. ada skali tu, aku bawa budak kenit ni lalu kat perumahan, sekali atuk dia panggil2 cucu dia.. aku tanya budak tu, sapa yg panggil? "atuk", kata dia hehehe.. tapi dia tak menyahut pun atuk dia panggil.. hmmm..

ni kiranya aktiviti kedua aku follow.. aritu kat SK Segambut kot.. sama la jugak program pendidikan khas.. kat bawah ni banyak lagi gambar2 yg aku dapat uploadkan guna wifi sekolah.. nasib baik la boleh buka blog kat sekolah.. facebook memang dah lama kena block hahaha.. bagus jugak.. takde la asyik membelek fb je kan.. terganggu keje..

bersama pegawai2 yang terlibat dalam penganjuran aktiviti ini.. termasuk la guru besar sekolah dan juga Ketua Unit Pendidikan Khas JPWP..

selepas aktiviti, kami berhenti minum di salah sebuah kedai mamak kat kawasan kg. pandan..



hah.. yg ni peminat2 yg dorang sendiri tak kenal aku.. artis ke, pemain bola sepak ke, rider MotoGP ke.. sampai2 je aku kat sekolah terus kena serbu dengan pen dan kertas dorang hulurkan.. suh sign.. nak mintak nama penuh dan no. telepon bagai.. hahaha.. ni semua kena pedajal dengan ahli eduriders yg lain ni.. helmet pun tak sempat bukak.. panasnya..

sonoknya budak kenit ni.. hehe..

ni tempat ambik dan hantar pelajar.. cikgu dorang yg tentukan naik motor mana..


ni gambar waktu sama yg tadi.. cuma angle lain plak..

masing2 tunggu turn ni.. guru besar (bertudung kuning) pun turut serta.. dia bimbang kot2 terjadi apa2, baik berjaga2 kan.. maklum la bawa budak tak pakai helmet pulak tu.. haiyoooo..

uiihhhh.. ada lagi.. bila nak habis peminat2 ni.. kikikiki..

dah turun motor pun kena serbu.. ingatkan tadi tertipu sebab pakai helmet.. ni dah bukak helmet terang2 bukan artis la dikkkk..



kepenatan selepas banyak trip bawa budak.. berehat tengok wasap dulu.. update hehehe..

ucapan guru besar..

ucapan wakil eduriders@KL


bersama rakan group yg lain..

nak lipat konon.. 


gitu la serba ringkas aktiviti yang telah berlangsung hari tu.. semoga lepas ni banyak lagi aktiviti yang boleh kami sertai.. seronok juga jumpa kawan2 dan jumpa orang lain.. kannnn..
























2 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

hahahaha...
Mmg kena bawak budak2 tu sampai abes giliran laa ye..sabar dorang tunggu turn, ye..

DeLLas said...

Sabar menanti.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...