Wednesday, June 5, 2013

Henpon Masuk Wad

adoiii.. benda ni bukan baru rosak.. cuma aku tak perasan je.. slot memori kad untuk samsung sIII aku rosak plak.. walaupun aku cuba masukkan kad memori yang lain, tetap tak dapat baca jugak..

dan dengan cara yang paling berkesan, aku gi hantar ke pusat servis samsung kat plaza low yat.. tingkat 4.. kat situ banyak juga pusat servis jenama lain macam toshiba, acer dan apa entah lagi.. mungkin tak lama lagi akan wujud pusat servis setempat.. senang.. tak payah cari merata.. aku pun nasib baik dok kl.. dekat la juga nak ulang-alik ke plaza low yat ni..

sebabnya, pukul11 pagi tadi aku dah gi.. dah amik nombor.. tapi pihak samsung suh aku backup semua data sebab dorang mungkin akan tukar mainboard kat dalam fon tu.. nanti data hilang.. so aku pun balik semula ke rumah dan pindahkan semua data aku ke dalam laptop.. aku gi semula ke plaza low yat pukul 5 petang selepas hujan berhenti.. aku gi sana naik honda wave je.. senang parking.. kan..

dan selesai la tugas aku pada hari ni.. pihak samsung kata akan beri tempoh 5hari.. kalau lebih 5hari, call no. customer servis tu.. samsung sIII aku tu masih dalam warranty.. aku beli bulan 7 tahun lepas..

kali ni, aku guna semula nokia e72 yang sebelum ni aku guna untuk nombor celcom aku tu.. hmmm.. taktau la bila nak siap sIII aku ni.. hehehe.. harap2 takde masalah lain yang buat aku keluarkan duit utk repair dia..

2 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

harap2 lepas repair...leh tahan 10 tahun lagi, hahaha...
mgkn kalo tak tahan pun...tuan dia ler tak tahan nk beli hp model terbaru pulak, ngee

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...