dah lama aku berangan..
bila kelibatnya di hiway, aku pun memandang tanpa berkelip mata..
agaknya bagaimana perasaan si penunggang..
mesti syok.. sebab dia laju.. roda dua..
kadang2 termimpi2 di dalam lena..
tapi cuma mimpi.. belum pernah merasa..
walaupun ada rakan yang telah memilikinya, aku tak berani nak cuba bawa apa lagi meminjam..
bukannya murah.. buatnya terjatuh, ada duit ke nak cekau.. kan kan..
ini adalah antara sebab utama aku pindah ke rumah teres daripada rumah flat..
aku memang dah lama berangan nak beli motor besar ni..
kalau tinggal di flat, memang aku tak percaya la nak parking kat bawah rumah tu.. budak2 kecik suka je naik motor mana yang dia suka.. pulas2 minyak, goyang2.. pehhhh tak sanggup aku nak biarkan motor jadi macam tu..
setelah menahan nafas untuk bertenang, serta nekad, aku ambil keputusan untuk membeli vroom vroom jugak.. ada kegunaan untuk aku sebenarnya..
pada 2/5/2013, aku dan tuan motor dah pun berjanji bertemu di Maju Junction Mall untuk membayar insuran (siap tukar nama insuran atas nama aku), memperbaharui cukai jalan, dan juga menukar nama di geran motor.. walhal aku belum pun membayar sesen pun pada si penjual.. namun dia sangat mempercayai diri aku ni.. hehehe.. terkejut kawan aku yang tahu pasal ni.. diorang cakap tuan motor ni kalau jumpa salah orang, senang2 kena tipu.. tapi aku memang tak berniatlah buat macam tu..
sebenarnya bukan mudah untuk membiayai sesebuah motor besar ni.. tengok memang syok.. yang menanggung beban adalah tuan punya motor.. hehe.. bayangkan motor ni..
650cc.. insurannya rm600++ untuk setahun..
cukai jalannya rm250 setahun..
tayarnya kalau beli baru dalam rm600 sebiji..
tapi sebab minat, apapun orang sanggup berkorbankan.. betul tak?
3/5/2013.. Iqbal (tuan motor) datang ke sekolah pada pukul 5.30ptg.. aku pun bayarlah tunai.. sebab Iqbal ni pun berjanji dengan owner motor di Shah Alam.. dia jual motor kuning ni sebab dia nak upgrade kepada moto cc yang lebih besar (Z750).. dia kata memang susah takde motor.. so lepas aku bayar, dia pun pergi ke Shah Alam untuk ambil motor yang diidamkannya kat sana..
malam tu juga, bila Iqbal dah selesai mendapatkan motornya, kami berjumpa di perkarangan rumahnya untuk sesi penyerahan motornya kepada aku pulak.. hehe.. tak sabar pulak aku nak berderum-derumm..
banyak juga tips dan penerangan Iqbal tentang motor ni.. setelah selesai, dia pun minta aku ambil gambar dia bersama motor kesayangannya yang terpaksa dilepaskan pergi.. chewahhh.. mungkin banyak kenangan dengan motor berkuasa tinggi pertamanya kot..
selepas tu, aku pun bermula la menunggang motor ni.. pehhhh.. anjakan ke depan tu memang mengagumkan.. jakun la sikit kan sebab tak pernah rasa pun sebelum ni..
nak dijadikan kisah, masa aku mengekori Dayah yang memandu myvi menghala ke rumah di Pandan Mewah, tetiba pulak ada roadblock (polis).. alahai.. aku belum ada lesen B penuh lagi.. aku ikut la lorong kereta yang sedang diperiksa.. tapi polis tu arahkan aku ke tepi untuk diperiksa..
mula2 dia suruh aku buka helmet fullface sebab tak nampak muka..
dia minta lesen.. aku memang tau lesen aku dalam myvi.. Dayah pula masa tu dah lepas dari pemeriksaan.. maka alasan aku takde lesen dan beg sebab terlupa nak ambil dalam kereta yang Dayah dah pandu tadi tu.. polis yang muda ni tak puas hati.. tapi polis yang berumur sikit tu bertimbang rasa dengan senyum melepaskan aku pergi.. hehehe.. terlepas daripada kena saman rm300.. syukur..
esok pagi (4/5/2013), aku bawa Dayah ke pejabat pos untuk mengambil kertas undi pos di Shamelin Perkasa.. vrooommm vrooommm..
dah setel di pejabat pos, aku dan Dayah ke kedai aksesori motor.. nak beli helmet fullface 1 lagi.. dan dapat la juga membeli selepas puas memilih..
gambar kat kedai tu takde ye.. lupa pulak nak ambil gambar.. dah dapat helmet, aku balik ke rumah ikut jalan jauh.. hehehe.. vrooom vroooomm.. orang dok perhati je bila aku lalu dengan motor yang bunyi kuat ni.. sama la macam aku sebelum ni..
maka, si biru dah ada kawan baru si kuning.. atas si biru tu ada la helmet yang baru dibeli.. tak la mahal sangat.. asal ada sudah la kan..
motor ni ada box di kiri dan kanan belakang motor.. boleh dibuka kalau taknak guna..
tayar pun saiz yang besar.. keyakinan tinggi la untuk membelok kikikikikiki..
macam2 dah ada depan rumah.. kotak la, besen la, plywood la, mesin basuh yg rosak pun ada..
itu je la cerita aku bab motor ni.. tak boleh cerita banyak sangat.. sebab pengalaman baru seco'et..
dulu (cerita lain), memang aku kekok menulis di papan putih menggunakan marker pen..
sampai sekarang pun masih kekok.. dan ini la hasilnya.. harap para pelajar dapat memahami apa yang aku tulis di papan putih ni ya.. kadang2 ada juga komplen dari pelajar.. bukan pasal ejaan salah atau tulisan buruk.. tapi berkenaan perkataan yang diorang ingat aku salah tulis.. contoh perkataan 'senantiasa', 'hujah', dan lain2 yang aku tak ingat.. kekadang kesian juga mereka ni tak faham kosa kata.. mungkin kerana tak rajin tengok kamus kot.. jarang aku tengok pelajar sekolah ni bawa kamus ke sekolah.. ada kot? tapi sikit sangat bilangannya..
akhir sekali,
selamat mengundi kepada yang layak mengundi..
saya pun mengundi..
[X] pada calon yang boleh berkhidmat untuk masyarakat..
('.')
--[]--
)(
1 comment:
semoga cepat dpt lesen...
baru rasa lebih konfiden di jln raya, hehe..
**muka awak tu muka baik2 jer. Alhamdulillah, laa ye..
Post a Comment