Saturday, April 20, 2013

Aku jatuh cinta lagi..

Owww.. jatuh cinta ke? bahaya ni hahaha..
apa boleh buat.. cinta tu kan buta.. tapi dalam buta2 tu pun, hati kena celik..
kena celik dalam segala hal.. hati tak boleh buta tau.. kalau hati buta, tertutup la semuanya..
betul ke tak eh? fikirkan la sendiri ye..

jatuh cinta pasal apa eh? haha.. alah, setiap manusia pernah merasai perasaan jatuh cinta.. cuma perasaan tu berbeza2.. nak jelaskan tu kena amik masa pulak kan..
al-kisahnya, dah lama aku mengidamkan satu mesin yang dapat membawa aku memecut laju untuk sampai ke destinasi.. tapi, apa benda tu.. jeng jeng jeng!!!!
meh skroll kat bawah..

 Yamaha R1

ni yang aku minat.. tapi minat saja la.. nak beli tu tak mungkin.. (buat masa sekarang, masa depan siapa yang tahu kan?) tapi nanti dah tua, dah takde mood kot nak bawa motor ni.. laju sangat.. haha..

 HONDA CBR 600

yang ni pun boleh tahan.. aku suka.. harganya melampau sangat.. untuk golongan elit boleh la.. duit dorang letak bawah bantal berkepuk2.. aku ni ada duit bawah katil.. tapi duit syiling la kan.. mana boleh beli motor gedabak gini..

YAMAHA RXZ

aik? ni pun idaman aku? hahaha.. satu ketika dulu, motor rxz sebeginilah yang membawa aku dari uitm shah alam ke bentong ulang alik.. motor rxz macam ni jugak la yang membawa aku dari bentong ke utm skudai.. akhirnya apabila mak & ayah membeli kereta kancil untuk kegunaan harian aku, motor rxz ni terpaksa aku lepaskan.. aku jual di kedai motor skudai dengan harga rm2400 sahaja.. murahnya la kedai tu beli.. harga lebih dari separuh harga sebenar waktu tu.. ceh!!! 

KAWASAKI Z800

ni la motor yang paling aku minat buat masa sekarang ni.. yang paling murah dalam kelasnya.. bunyinya pun sedap membingit telinga hehe.. tapi apakan daya.. harganya nak cecah RM53k.. mampu ke? puas nak membayar bulanan nanti..

akhirnya, kawan aku nak jual motornya yang dah guna genap setahun.. aku pun cuba tanya2 kalau dia nak jual murah kat aku.. boleh tahan juga la harga dia.. kalau yang baru, harga motor ni dalam RM36k.. 
meh tengok gambar yang dia post untuk dijual.. aku rembat gambar ni kat fesbuk dia la.. haha..

KAWASAKI ER6-N

motor ni berkapasiti 600cc.. kalau nak pakai motor ni mesti ada lesen B penuh.. hahaha.. maklumnya, aku belum ada lesen B full.. so aku cadang untuk beli dulu baru ambil lesen.. hahaha.. 


aku harap motor ni dalam keadaan baik.. warnanya pun garang.. bunyi ekzosnya pun mantap sebab dah tukar kepada ekzos yang berharga RM2.8k.. aksesori box kiri dan kanan diberi.. jaket 2 helai diberi juga.. helmet fullface pun ada.. tayar baru.. kiri kanan tayar tu dipanggil 'slider' kot, pun ada.. fungsinya untuk megelak daripada terkana body motor tu jika terjatuh.. kurang la kesan kat cover body tu kan..


tapi kalau beli motor 2nd hand ni xde la bleh pilih nombor plat motorkan.. amik je la apa yang ada.. 
harap2 aku mampu beli motor ni dalam masa terdekat ni.. aku nak beli motor ni bukan saja nak berlagak.. ada kegunaannya.. memudahkan aku untuk pergi ke satu 'tempat'.. dah lama aku tak pergi ke sana..
lagipun, kegunaan yang lain adalah mudah aku nak pergi ke tempat yang jauh dengan cepat dan tanpa membayar tol.. heheheh!!!


tu dia.. kalau hantar motor ni pergi basuh kat kedai, sampai 4 orang bangla menghadap dia saja.. agaknya berapa la kos hantar motor ni mandi kat kedaikan?

walau bagaimanapun, motor ni belum menjadi hak aku.. aku cuma impikan sahaja.. dapat beli atau tak, keadaan yang menentukan.. 

setiap kemahuan, di situ ada jalan.. di mana ada jalan, di situ ada laluan.. di mana ada laluan, di situ ada tujuan.. di mana ada tujuan, di situ ada harapan.. ok tak?

doakanlah untuk aku.. semoga aku berjaya mendapat apa yang aku impikan sejak arwah mak ada lagi.. pernah arwah mak tanya, berapa harga muka motor tu? aku tak terjawab.. tapi masa tu arwah mak dengan penuh berharap akan dapat merasai duit pencennya yang hakikatnya tidak tercapai pun.. :(

AL-FATIHAH untuk emak..


1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

wah...impian ye..
Dh dapat nanti...leh ler nyanyi lagu memburu impian...hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...