Friday, April 12, 2013

Daging

hai..
apa nak cerita pun tak tau.. nak mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..
aku nak cakap pasal daging.. banyak perihal daging kan? darah daging, duri dalam daging, daging busuk, daging segar, daging korban, dan macam2 lagi yang biasa kita dengar..

kalau dari sudut makanan, aku paling suka daging.. kalau ada daging goreng contohnya, memang bertambah2 la nasi aku di pinggan.. mungkin lepas makan dah tak boleh bangun macam ular sawa.. hehehe..

daging bakar.. memang syok kalau ada dalam hidangan.. yang pasti, gigi aku mesti melekat dengan daging2 ni semasa menyiat guna gigi.. ishhhh.. tu yg x bestnya..

dulu, kami tak biasa sangat dengan daging lembu atau kerbau ni.. dalam setiap bulan tu kami merasa juga makan daging landak, kijang, pelanduk, kancil dan selalunya ayam hutan la kan.. kekadang ayah bawa bawa balik burung juga dari hasil pemburuannya di hutan..


biasanya kalau landak, akan dibuat kari.. kalau ayam, akan dimasak gulai lemak.. kalau kancil, akan digoreng kunyit.. hehehe.. memang sedap.. aku dah biasa makan sejak kecil jadi tiada masalah untuk aku makan kesemua jenis binatang hutan yang ayah biasa bawa balik.. 


kalau daging korban, memang aku la yang biasa menghabiskan daging dengan memanggang setiap ketulan daging di atas dapur gas.. dengan menggunakan alat pemanggang yang mak beli dulu, memang itu sajalah makanan yang boleh membuka selera aku.. ditambah pulak cicah kicap pedas.. pehhhh.. terangkat..

tapi daging adalah isu sensitif di tempat kerja aku.. tempat kerja aku ramai penganut hindu.. jadi atas rasa hormat kami, kami tidak membawa sebarang jenis makanan berunsurkan daging di tempat kerja kecuali daging kambing..

kalau daging goreng kunyit, aku suka hasil kerja tangan ayah.. mungkin kalau orang yang tak biasa mungkin akan rasa biasa2 je.. tapi sebab aku dah makan dari kecil, jadi memang rasa sedap ditambah ayah goreng daging bersama bawang putih yang garing2.. sedap makan bawang tu jugak..

di rumah, aku jarang dapat makan ayam.. mak saya tak makan ayam.. jadi mungkin untuk adil, rumah kami jarang ada daging ayam.. atau mungkin gaji ayah tak cukup untuk beli ayam selalu..
serius, kalau ada daging, aku akan berselera makan.. ada pulak sambal belacan.. adoiii sampai perut senak pun tak akan berhenti.. 

aku pun jenis makan yang simple2 je.. tak perlu ada rendang ayam/daging.. tak perlu ada masak lemak, kari, kurma.. cukup la daging goreng atau telor goreng atau tempe goreng sahaja.. aku akan makan juga.. mudah je nak bela aku ni.. haha..

bila dah kerja ni, dah ada duit sendiri ni, ada la juga pergi ke kedai2 yang menawarkan makanan steak.. 
mahal tu mahal juga.. sebab tu tak pergi selalu..
kekadang ada tempat yang menyediakan steak mengikut kehendak kita.. contohnya yang masak sikit, masak medium ataupun yang kering..
contohnya kat bawah ni untuk mudah faham..


selera aku hanya di medium well.. sedap ooooooo.. tapi time bayar bil tu yang tak sedap.. haha..
steak ni kena plak dengan blackpepper yang sesuai dengan rasanya.. huh.. setiap gigitan daging tu aku rasakan kenikmatan dan kemanisannya.. benda mahal kena makan perlahan.. baru la berbaloi lambat habis..

kalau beli burger pun, memang kebiasaannya saya order burger daging.. kalau beli hotdog pun amik daging.. aiiiii gila btul kat daging.. kalau kat pasar malam, nampak daging cantik, memang aku beli..
oh daging, kau penyeri waktu makanku.. heheh!!!


1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

dh lama tak merasa daging2 eksotik tu, hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...