Saturday, May 12, 2012

Jalan ke Medan (siri 2)


baru je aku rasa kapal terbang menaik.. tetiba je dah menurun pulak?
aiiii sekejapnya nak sampai dah? hahahaha
biasanya dulu naik kapal terbang lama sampai kematu punggung ni..
belum 30minit, kapal terbang dah menurun je.. ooooo lupa la ek.. dekat je Medan ni..
sebelah laut je..

bila dah landing, jam kat sana menunjukkan 5.20petang.. aik? tadi bertolak kat LCCT 5.20petang.. sampai pun 5.20petang? hahaha jangan panik.. waktu kat Medan memang lambat sejam daripada Malaysia..

jadi kat sana belum la gelap lagi..


baru menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia
 dalam flight tu takde pun dorang jual2 makanan.. tak sempat kot.. hahaha..
ini adalah percutian bajet bagi aku..
so mende2 remeh ni aku taknak la membazir lagi2 makan dalam flight..
bunyinya macam kedekut sangat ye tak..

melihat semula kapal terbang tadi.. ooooo besarrrr rupanya

pun baru menjejakkan kaki.. sama je rasanya hehehe..
 Dayah hepi sangat dapat naik kapal terbang lagi sekali.. hehehe
aku je tak berapa nak hepi bila teringatkan banyak perkara  yang terjadi di airport ni..
macam2 hal.. tau..
antara yang terdahsyat, tiket hari Khamis, aku boleh je check-in hari Jumaat..
dah rugi rm800 melayang terbang untuk beli tiket on the spot..
belum kisah aku kena tahan dengan polis airport lagi.. belum kena tinggal dengan kapal terbang lagi..
hahaha jadi aku dah serik dengan kejadian2 di airport..
selalu la aku belek2 tiket betul ke tak time.. betul ke tak nama & ic aku.. hahaha cuai!

sebelum memasuki ruang dalam lapangan terbang..
 bila dah keluar selepas mendapatkan cop pasport daripada pihak imigresen sana (aku kena cop 4 jari selain ibu jari, taktau la untuk apa), kami pun menunggu orang yang menguruskan kami kat sana.. iaitu kawan kak Suri sendiri.. kawan dia ni asalnya memang dari Indon tapi dari kecil dah ikut ayahnya ke Malaysia.. sekarang dia pun dah keje cikgu kat Temerloh..

di luar lapangan terbang
 lama gak kami menunggu dia tak sampai2.. sambil2 tu banyak la pemandu2 teksi dan sapu ni menegur aku.. sampaikan ada yang siap lepak dengan aku membincangkan bagaimana pandangan aku mengenai Piala FA antara Liverpool vs Chelsea.. hahaha mentang2 la hari tu aku pakai baju Liverpool.. layankan aje..

akhirnya Dayah telefon akak tu..(selepas dapat nombor fon dari kak Suri).. akak tu tunggu kat tempat lain rupanya.. ada ke tunggu kat ketibaan dalam negeri.. aishhhh.. kami ni kan ketibaan antarabangsa (cheeeee..!)

menuju ke tempat parking.. naik inova
 tak melengahkan masa, kami terus ke tempat letak keretanya tak jauh dari situ..
akak tu datang bersama adik iparnya dan kawan adik iparnya yang juga menguruskan hal2 kami di sana..

contoh sampah organik?

Xenia (Daihatsu) = Avanza (Toyota)

sambil menunggu kunci bilik
 dalam 20minit setibanya di hotel, kami menunggu untuk menerima kunci bilik.. dah penat dari rumah tadi, nak juga lurus2kan badan ni kan.. hahaha..

front office Hotel Garuda Plaza, Medan
 nampak mewah juga hotel ni.. tapi mungkin la 3bintang je agaknya.. tapi sewanya sebilik makan ratus ribuuuuu woooo.. hahahaha rupiah la tapinya..

keadaan dalam bilik
 moh masuk bilik pulak.. biliknya macam biasa.. lebih kurang Tang Dynasty Hotel kat Kota Kinabalu tu je..
masih guna tv biasa cuma siarannya banyak sangat.. puas la tekan satu2..  hahaha..

di luar tingkap
 kelihatan di luar hotel masih lagi cerah.. aku yang masih kekenyangan makan di LCCT tadi tak la sibuk sangat nak makan lagi.. 
aku belek2 info kat dalam bilik hotel ni, ada la harga2 makanan di cafe hotel tersebut.. ok la juga harganya dalam RM6-RM10 kalau mengikut duit kita.. kalau terdesak sangat, boleh je.. hotel ni ada memaparkan bahawa masakan di hotel ini adalah Halal dipintu masuk hotel tersebut.. wallahualam..

muka orang lapar
 dalam pukul 9malam (lebih kurang la) famili yang lain pun tiba.. terus ke bilik kami.. kami diperuntukkan 2 bilik.. tapi kunci 1 bilik lagi ada pada kami.. 
bila semua beg setel dah dimasukkan dalam bilik, kami pun gi ke kedai makan.. sebab budak2 dah lapar..
tak jauh, seberang jalan je..
mak tak ikut sebab menjaga Hani yang masih lagi tidur..

melintas dalam keadaan hujan renyai
 dalam keadaan hujan renyai, kami melintas jalan untuk ke seberang..
di tepi2 jalan ada juga gerai yang menyediakan masakan panas seperti nasi goreng, bakso, murtabak (pelbagai jenis) tapi kami tak pasti halal atau tidak..

semua restoran kat sini kebanyakannya ditulis rumah makan..
 kami ke sini.. Rumah Makan Famili.. hehehe.. menyediakan nasi padang.. tapi banyak lauk yang dah habis..

sebelum mengisi perut

kat mana nak duduk ni? meja banyak sangat kosong..
 kawan2 kak Suri yang telah sampai awal semalam dah pun ada dalam kedai.. dorang pun tengah tunggu masakan panas..

nombor meja
 di bawahnya kedai.. di atasnya hotel.. sama syarikat..

mau makan apa ya mas?
maka, malam tu, kami makan asing2.. ada yang makan masakan panas, mihun sup, nasi goreng.. aku cuma ambil lauk pauk yang berlebihan tu je.. sedap juga rasanya lagi2 sambal hijaunya.. memang pembuka selera selain tempenya..

kami bungkus makanan untuk mak..
dan malam itu, kami tidur nyenyak keletihan..

TAMAT SIRI 2

3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

ish..ish..dekat aje ye?? Mcm dari Bayan Lepas ke Langkawi ler cenggini..20 minit aje..
Kalo 1st time naik kapalterobang..mesti tak puas tu, hahaha..

DeLLas said...

lama la sikit dr naik kapal terbang kat funfair tu hahaha..
ada la 45min agaknya.. tapi x la rasa letih sgt dokkk je dlm flight tu.. bosan..

herrycutibajetmedan said...

Sambil2 blogwalking... Mintak izin tuan tanah promote kat sini.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je.
Hubungi:
Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp:
ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...