dah lama benar aku tak update blog..
ni baru semangat semula.. hahaha..
ok kali ni aku nak cerita mengenai persiapan aku dan keluarga mentua ke Medan, Indonesia..
pertama sekali, aku ingatkan lambat la lagi nak gi Medan ni.. aku pun buat2 relek la..
rupanya hujung minggu ni dah nak berlepas.. pasport aku memang dah nak expired tak sampai 2 bulan lagi..
sah la kena renew.. (bagi yang tak tahu, pasport kena renew sebelum 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh.. kalau tak, memang tak lepas la ke luar negara)
nak renew tu satu hal.. kena beratur panjang.. maklum la KL.. kalau dulu aku buat kat Raub, sekejap je dah siap sebab orang tak ramai.. mula2 aku gi hari Isnin (9pagi).. angka giliran sampai 100 lebih.. sekolah Dayah cuti Isnin tu tapi aku tak cuti.. tak sempat nak tunggu sebab lepas tu nak masuk kerja plak..
Selasa tu cuti Hari Pekerja.. so tunggu Rabu.. Dayah gi buat kat Putrajaya.. kaunter nombor giliran dah tutup.. hahahaha pedih2.. aku memang la tak buat selagi Dayah tak berjaya nak buat.. maklum la kami kerja lain2 masa.. dayah keje pagi, aku keje petang.. berselisih waktu..
hari Khamis tu la hari terakhir sebab nak terbangnya hari jumaat 4 Mei..
Dayah plan nak gi keje lambat sikit.. so pukul 6.40 pagi lagi kami dah gerak ke Pejabat Imigresen Sri Rampai, Wangsa Maju.. nak beratur awal la ni.. dah lengkap dengan semua dokumen dan gambar bagai..
sampai je kat sana, memang dah dekat 10orang yang beratur.. adoiyaiiii.. tak awal jugak kami ni rupanya..
menunggu pintu opis tu nak buka punya la lambat rasanya..
dipendekkan cerita, pasport kami diterima pada pukul 9.10 pagi lebih kurang..
so lepas la juga kami nak ke Medan.. hahaha.. kalau tidak, memang aku tak pegi la jawabnya..
petang Khamis tu lepas aku balik keje, aku terus singgah di Midvalley.. tak, bukan nak shopping kasut.. lagipun aku tak pakai kasut untuk ke Medan nanti.. aku nak gi tukar duit.. khabarnya rate kat situ berbaloi juga.. kalau tukar kat LCCT nanti mesti dah mahal..
lepas je aku tukarkan RM1005, aku telah jadi jutawan.. 3 juta tuuuuu hahaha..
kayoooo pakcik! mula la rasa risau je kang ada orang ikut nak rompak jutawan baru ni kan..
bawa naik motor je pun.. hahaha
3 juta Rupiah |
Jumaatnya, aku ambil cuti..
kami berkemas untuk ke LCCT.. tapi untuk ke LCCT kena gi KL Sentral dulu.. naik bas dari situ..
tapi untuk ke KL Sentral, kami naik motor je.. hahaha.. sebab takde komuter atau LRT dari Cheras menghala ke KL Sentral.. kalau ada pun, leceh kena tukar2 LRT.. malas!
lagipun kami guna beg sandang je.. tak bawa banyak barang macam sebelum2 ni..
lepas aku hantar Dayah di KL Sentral tu, aku baru mencari tempat untuk parking motor ni..
nak parking kat tempat keje, tak boleh pulak.. sebab tempat parking tu akan digunakan untuk sambutan Hari Wesak.. aku cari punya cari punya cari, jumpa la tak jauh dari KL Sentral tu..
free dan berbumbung.. hahaha.. tapi aku tak pasti selamat ke tak tempat ni.. yang aku nampak, parking ni beroperasi 24jam.. kira selamat la tu sambil2 aku bertawakal.. kunci siap2 dan aku pun berjalan ke KL Sentral..
tengok la kunci tayar depan belakang.. rantai kapal lagi tu.. |
maka tinggal la motor yang banyak jasanya pada kami untuk 3malam berikutnya.. |
kami akhirnya naik la bas shuttle ke LCCT yang berwarna kuning tu.. RM8 sehala.. bukan aku taknak naik kereta ke LCCT.. tapi parking tu yang tak tahan.. kalau ramai, ok la juga.. tapi ni kami berdua je.. banyak ruginya untuk bayar parking rm39 sehari..
untuk sampai ke LCCT, sempat la mulut aku keluarkan belon hahaha.. cuai!
kali ni kami tak terlambat.. malah terlebih awal..
aku yang kelaparan melainkan Dayah yang dah makan kat tempat keje tadi (ops lupa nak bagitau, Dayah gi keje gak tapi balik awal dalam kul 11pagi).. aku memilih untuk makan kat MarryBrown berbanding McDonalds.. sebab ramai sangat orang beratur.. hahaha
disebabkan kami dah berpengalaman ke luar negara ni (cheeee...!), maka kami tak la sesat bila nak masuk ke laluan perlepasan antarabangsa..
awal sejam kami dari waktu penerbangan iaitu 5.20 petang..
bila dah dipanggil, kami pun beratur tak berebut lagi sebab kan AirAsia dah ada nombor tempat duduk..
dayah nak naik.. tak sabar2 dah haha |
meh tangkap gambar dulu.. |
kena tunggu kat sini.. agaknya masih belum bersedia untuk bagi kami naik.. |
akhirnya.. dibenarkan naik.. hahaha.. |
ikut pintu belakang la sebab duduk pun barisan 5 dari belakang kot.. |
dayah berdebar rasanya macam tak pernah naik kapal terbang la tu.. |
tukar tempat pulak dah.. |
aku lak duduk tempat Dayah.. |
pada mulanya tempat kami berlainan.. tak dapat tempat sebelah menyebelah tapi ok la jugak sebab sebaris..
sebelah Dayah semua lelaki dan sebelah aku semua perempuan..
jadi Dayah ajak tukar sebab jeles perempuan sebelah aku seksi agaknya hahaha..
tapi bila banyak tempat kosong, orang sebelah aku pun memahami yang kami ni berpasangan, diorang pun beralih kerusi di belakang.. lagipun kawan dia sorang2 je kat belakang tu..
akhirnya kami duduk macam biasa, sebelah menyebelah..
*walaupun rombongan sefamili, tapi waktu penerbangan lain2 untuk mendapat tiket yang murah.. kami je yang awal manakala mak, abg rif sekeluarga akan berangkat lebih kurang pukul 8malam..
kami akan berjumpa di hotel je nanti..
selesai bahagian pertama..
5 comments:
Mujur ler cepat proses nk wat pacepot skang, ye...kalo berminggu2 utk siap..naye ler..
kalo dulu, 3 hari baru siap.. waktu bekerja.. skg ni ok la nak buat 1jam (dr masa pembayaran rm100 tu, bkn dr waktu beratur hahaha).. kena la cari imigresen kat raub yg kurang org tu.. lg cepat.. skg ni kn dh leh buat online..
nak tanya sikit boleh tak?
kalu pasport mati bln 6 2013, kira nya bln 12 2012 kena renew kan...kalu nak beli tiket flight bln 1 2013 mcm mana?kena renew dulu ke boleh beli dulu tiket flight?tolong saya...saya tak tahu sangat....terima ksih
bleh bli tiket dulu.. pasport tu kemudian.. jnji masa naik flight nnti dh ada pasport baru..
Assalamualaikum
Fadly ada pakej muslim di medan.pakej sudah termasuk hotel,makan,transport,sarapan,dan tiket kunjungan.harta family bisa di rundingkan,dan bila nak transport saja pun boleh hanya rm 200/day tergantung kesepakatan program bersama.pm to whatsapp langsung+6281376455045 email:julfad julfadlysiagian@gma
Terima kasih
Wassalam
Post a Comment