Wednesday, July 8, 2015

Anniversary ke-8

Assalamualaikum..
Genap 7/7/2015 dah jd 8tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri.. Tak seperti tahun2 lepas, kali ni aku tak ambil cuti untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami.. Selalunya memang ambil cuti sebab nak gi bercuti kat luar KL ni.. Memandangkan tahun ni dalam bulan puasa (tahun lepas dalam bulan puasa jugak ke?), aku pun malas pulak nak gi berjalan.. Hihihi..

Bergambar kat depan pintu lift waktu nak balik dah.. 

Aku taknak la macam takde sambutan apa2 langsung kan.. Jadinya pagi2 hari kejadian, aku cuba tanya2 kat cikgu azli untuk dapatkan diskaun kalau berbuka puasa kat hotel renaissance.. Kakak cikgu azli ni memang kerja kat hotel tu.. Wasap wasap wasap, pastu cikgu azli cakap kompem boleh dapat diskaun.. So aku putuskan petang nanti akan berbuka kat sana je..

Aku minta balik awal.. Pukul 5 aku dah start moto.. Balik dengan harapan dapat cepat sampai ke rumah.. Dayah dah bersiap.. Memang aku dah pesan awal2.. Kami gi dengan kereta.. Walaupun jem sebab semua orang berenut nak sampai rumah sebelum waktu berbuka, aku dah pikir awal2 nak lalu kat mana yang kurang jem.. 
Jem jugak hahaha..
Aku sampai kat hotel pukul 7malam..
Terus tuju ke restoran hotel..

Orang dah ramai kat restoran.. Ada yang cari nama yang dah booking, ada yang walk-in.. Tapi walk-in ni ikut nasib.. Ada yang tak dapat meja sebab dah penuh.. Bukan melayu je yang booking untuk berbuka puasa, kaum lain pun nak jugak merasa hidangan berbuka ni.. Hehe..

Makanan memang macam biasa la.. Sangatttttt banyakkk.. Aku ambil kambing bakar dulu.. Air kurma.. Air tebu.. Pastu baru la ambil sate, dan lain2 sampai la perut dah tak dapat terima makanan.. Hihihi..

Ni makanan permulaan semasa berbuka.. 

Dalam pukul 9lebih, aku pun mengalah.. Dah tak jalan.. Dah tak boleh masuk.. Pandang makanan pun dah tak lalu..

Aku gi kaunter untuk bayar bil..

Ni bil asal.. Huhuhu memang mahal la dan standard kot ikut bintang hotel ni..  Tapi bila diskaun, dapat la 50% hasil bantuan kakak cikgu azli tu tadi.. Tq ye.. Bulan selalu pun makan macam ni.. Untuk anniversary je.. Kan.. Orang lain punya anniversary berganda2 lagi grandnya.. 

Dan sekarang, rasa takde mood nak makan sahur esok.. Mungkin minum air milo je kot hahaha.. Perut rasa penuh lagi ni.. Alhamdulillah.. 



Thursday, April 9, 2015

Kalau Aku Tau Akan Mati Esok..

Kalau aku tau akan mati esok,
Akan aku sucikan diri aku
Akan aku basahkan tubuhku dengan wudhu
Akan aku bertaubat 
Akan aku berdoa
Akan aku langsaikan hutang2 
Akan aku mohon ampun maaf pada semua
Akan aku tatap puas2 muka orang yang aku sayang
Akan aku bersedekah selagi mampu
Dan akan.. Akan.. Akan..

Tapi,
Kenapa tunggu nak mati baru buat semua perkara kat atas tu?
Adakah sebab kita tau esok kita akan mati?
Jadi korang tau ke bila korang akan mati? 
Mungkin malam ni.. Mungkin petang ni.. Mungkin sekejap lagi..

Oleh itu, jangan menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.. Takut tak sempat je..

Ini sebenarnya adalah untuk peringatan diri aku sendiri.. Jangan lalai dan khayal dalam keseronokan hidup hingga lupa ajal tidak menunggu kita walau sesaat pun..
Wallahualam..

Monday, March 30, 2015

Aktiviti Eduriders@KL di SK Taman Maluri

12 Mac 2015 kot.. lupa lah.. ada la aktiviti Eduriders@KL bersama dgn pelajar2 pendidikan khas sempena dengan Hari Pendidikan Khas 2015 di SK Taman Maluri. 
Bagi ahli yg berkesempatan tu dapat la jugak menghadirkan diri.. tapi aku lewat sikit sampai.. program bermula pukul9.. tapi aku sampai dalam pukul 10 lebih.. pukul 8-10 aku bawa budak sekolah training bola sepak.. tournament pun tak lama lagi.. 
sampai2 je kat SK Taman Maluri tu, dorang dah nak mulakan dengan aktiviti bawa pelajar darjah 1 untuk ronda2 kat kawasan sekitar.. hmmm..

tak nampak plak budak kenit kat belakang aku ni hehehe.. peace apa2pun..


nasib baik la ada jurukamera pakar dok kat tang corner ni.. ada la jugak kenangan kat sini kan.. ada skali tu, aku bawa budak kenit ni lalu kat perumahan, sekali atuk dia panggil2 cucu dia.. aku tanya budak tu, sapa yg panggil? "atuk", kata dia hehehe.. tapi dia tak menyahut pun atuk dia panggil.. hmmm..

ni kiranya aktiviti kedua aku follow.. aritu kat SK Segambut kot.. sama la jugak program pendidikan khas.. kat bawah ni banyak lagi gambar2 yg aku dapat uploadkan guna wifi sekolah.. nasib baik la boleh buka blog kat sekolah.. facebook memang dah lama kena block hahaha.. bagus jugak.. takde la asyik membelek fb je kan.. terganggu keje..

bersama pegawai2 yang terlibat dalam penganjuran aktiviti ini.. termasuk la guru besar sekolah dan juga Ketua Unit Pendidikan Khas JPWP..

selepas aktiviti, kami berhenti minum di salah sebuah kedai mamak kat kawasan kg. pandan..



hah.. yg ni peminat2 yg dorang sendiri tak kenal aku.. artis ke, pemain bola sepak ke, rider MotoGP ke.. sampai2 je aku kat sekolah terus kena serbu dengan pen dan kertas dorang hulurkan.. suh sign.. nak mintak nama penuh dan no. telepon bagai.. hahaha.. ni semua kena pedajal dengan ahli eduriders yg lain ni.. helmet pun tak sempat bukak.. panasnya..

sonoknya budak kenit ni.. hehe..

ni tempat ambik dan hantar pelajar.. cikgu dorang yg tentukan naik motor mana..


ni gambar waktu sama yg tadi.. cuma angle lain plak..

masing2 tunggu turn ni.. guru besar (bertudung kuning) pun turut serta.. dia bimbang kot2 terjadi apa2, baik berjaga2 kan.. maklum la bawa budak tak pakai helmet pulak tu.. haiyoooo..

uiihhhh.. ada lagi.. bila nak habis peminat2 ni.. kikikiki..

dah turun motor pun kena serbu.. ingatkan tadi tertipu sebab pakai helmet.. ni dah bukak helmet terang2 bukan artis la dikkkk..



kepenatan selepas banyak trip bawa budak.. berehat tengok wasap dulu.. update hehehe..

ucapan guru besar..

ucapan wakil eduriders@KL


bersama rakan group yg lain..

nak lipat konon.. 


gitu la serba ringkas aktiviti yang telah berlangsung hari tu.. semoga lepas ni banyak lagi aktiviti yang boleh kami sertai.. seronok juga jumpa kawan2 dan jumpa orang lain.. kannnn..
























Tuesday, March 24, 2015

Bercuti sehari kat Awana Genting

18 Februari 2015

entah tetiba aku rasa nak gi bercuti je hehe.. bajet memang la takde.. aku gatal2 pulak buka website trivago dan mencari destinasi percutian.. selak dan belek2, aku rasa taknak gi jauh2.. sbb penat je nanti.. mudahnya, aku pilih kat genting je.. waktu ni, mmg ptengahan minggu untuk sambutan CNY.. aku naik ke genting awal sehari sebab taknak bersesak nanti..

aku tempah sebuah bilik kat awana genting.. tak penah pun ke sini sebelum ni.. selalunya naik terus ke genting.. aku nak berehat kali ni sambil bawa set golf.. nak main kat driving range je pun..


walaupun sejuk, kat sini ada juga sediakan kemudahan aircond dan kipas di dalam bilik..



gayat juga la bila berdiri kat anjung bilik ni.. tapi dari sini boleh nampak kebanyakan kawasan di awana genting.. 


dah nampak tempat driving range nya.. hahaha tapi ni permandangan masa takde kabus.. jelas la kan.. boleh nampak clear..


petang tu, aku dan dayah turun untuk usha nengok2 apa yg ada lagi kat awana ni.. jenjalan je la.. orang pun masa ni dah ramai yg sampai untuk check-in.. ada jugak yg baru balik dr main golf.. sini takde tempat permainan sangat utk budak2.. tak seronok sangat.. budak2 kena bawak ke genting highlands jgk baru dorang rasa syok.. cuma kolam mandi tu macam best je aku tengok.. tapi tak bawa plak pakaian mandi.. hehe.. 


belakang tu la mercu tanda awana genting ni kot.. 


ngetest bergambo kat sini..


kat sini..


kat sini..


kat sini jugak..


dah penat, berehat pulak kat bilik.. kebetulan ada ebab si kawan aku dok kat awana ni, aku pun mintak la tolong dia belikan makan malam untuk kami berdua yg kelaparan ni.. mujur la si ebab ada.. kalau nak harapkan makanan sini, harganya mak aiiii.. buffet rm63++ untuk seorang.. haha menangis nak membayarnya nanti oi..



di waktu pagi.. sejuk..


sebelum main pukul2 bola golf tu, ngambik le gambo dulu.. hmmmm boringnya dok awana ni.. haha..

bila dah puas memukul lebih 100biji bola golf yg ditemani suami ebab, aku yg dah lenguh2 lengan ni drive la kete ke kelumpo semula.. masa ni la org ramai mula nak balik kampung cuti panjang CNY.. aku jugak yg tak ke mana..


syoknya jalan aku yg lengang..










Friday, February 20, 2015

Kasut baru

18 Februari 2015 aritu, aku gi ke Genting Highlands.. Saja je la berjalan habiskan masa sebelum kul 3pm untuk check-in kat Awana.. Memang faveret aku kalau gi Genting mesti pergi kat Nike Factory Store.. Kat situ leh dapat kasut dengan harga yg lebih murah daripada kedai lain kat KL tu.. Tapi outdated la kan.. Bukan keluaran terbaru.. Aku pun lama dah tak membeli kasut sukan ni..


Aku berkenan yang macam ni.. Nama dia Nike Lunarglide +5.. Kalau harga baru keluar dulu lebih rm400.. 


Ni lah antara pilihan warna masa baru2 keluar dulu.. Tapi kat Genting ni xde lanpilihan warna macam2.. Apa yg ada je la..


Kot lawa ke tak lawa ke aku xtau la.. Tapi banyak lagi warna dan jenis yg aku suka.. Dalam banyak2 tu, yg ni la paling berbaloi sbb harga asal memang tak terjangkau kalau nak beli hahaha..


Gambar kat atas ni la antara kasut2 yg dijual kat sana.. Semuanya dalam kotak.. Dia susun pon ngikut saiz.. So senang nak cari kasut ada saiz atau takde saiz.. Kalau takde kat rak saiz 8 tu, takde lah.. Pilih la kasut lain.. Bukan kasut sukan je, kasut bola, kasut futsal, kasut wat jalan pon ada.. Ni kali kedua la aku beli kasut kat sini..


Mula2 pening dah nak pilih merah atau itam ni.. Haha.. Dayah kata merah sgt kasut merah ni.. Yg merah tu rm179 jenis Nike Free 3.0.. Harga asal taktau lah berapa.. Yg hitam tu Nike Lunarglide +5 aku dapat dengan harga rm169.. Biarpun keluaran tahun lepas aku tak kisah.. Aku tak payah keluarkan duit lebih rm400 utk beli kasut yg sama jenis.. Hehe.. Sesapa nak beli kasut meh la ke Genting Highlands ni.. Kedainya sebelah bowling alley je..

Saturday, January 24, 2015

Kucing Sesat


Ni la kucing yg datang ke rumah aku semalam.. Betina.. Dok depan pagar bila aku balik ke rumah selepas makan malam.. Pastu dia ikut masuk pagar masa pintu pagar ditutup.. Comellll pulak tu.. Entah mana la rumah tuan dia..


Warna bulu yg lembut.. Ada rantai.. Manja pulak bila kita panggil dia datang.. Kalau usap lagi la dia menggeliat.. Ikut je ke mana aku pegi..


Masao tak semang sangat masa kucing ni ada.. Bengis je muka.. Tapi tak lah sampai bergaduh.. Masao ni penakut.. Kalau orang yg tak kenal datang rumah, memang masao menyorok je lah..


Emmm.. Tapi kucing ni boleh keluar pagar sendiri.. Pertama kali dia keluar, dia datang semula bila aku bula pagar petang tadi.. Malam ni dah keluar lagi.. Mungkin tak datang dah kot.. Kucing ni banyak kutu.. Anak kutu belambak celah kaki.. Sayangnya la kucing comel ni..


Aksi masao setelah kucing tu takde.. Hehehe buat aksi manja gitu.. Dah lega la tu pesaing dah takde selepas kematian michi.. 


Ni je lah sekor2nya kucing yg stay kat rumah.. Shin si jantan memang bebas pergi dan balik rumah.. Balik untuk mengiau minta makanan je.. Pastu gi cari  pasal kat luar.. Harap2 tak menyusahlan jiran lain lah ye.. 😬





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...