Saturday, November 29, 2014

Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini;

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya, dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

3.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.



Diantara kebaikkan yang lain ialah :-


1.Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

2.Kata Iman al-Dainuri, " sesiapa yang kekal membaca selawat ini selepas setiap solat fardhu sebanyak 11 kali, rezekinya tidak akan putus serta meraih suatu kedudukan yang baik dan tinggi".

3. Sesiapa yang kekal mengamalkan selawat ini selepas setiap kali solat subuh sebanyak 41 kali, Allah akan menyampaikan segala hajat dan cita-citanya.

4. Sesiapa yang sanggup mengamalkan sebanyak 100 kali setiap hari, akan mendapat apa yang diinginkan serta meraih semua daripada apa yang dia hajati dan kehendaki.

5. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini sebanyak 313 kali (bil para rasul) setiap hari, sesungguhnya dia akan dapat melihat segala sesuatu yang dikehendakinya.

6. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini dengan kekal sebanyak 1000 kali setiap hari, maka dia akan memperolehi segala apa yang dihajatkan jugak mendapat sesuatu yang belum pernah dia terfikir sebelum ini.




Wallahualam..










Copy&Paste..

1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

Dh print ari tu...tp tak terhafal2 betul2 lagi. Adoii...otak dh berkarat tul laa. Kena polish betul2 laa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...