Tuesday, September 23, 2014

Eduriders@KL ke Cherating, Pahang


19-20 September 2014

Assalamualaikum
Rasanya ini pertama kali la aku ceritakan hal konvoi2 ni kat blog.. sebelum ni tak pernah pun kan.. masa konvoi2 yg lepas aku tak aktif untuk menulis dalam blog.. masa tu blog pun bersawang.. jadi yg lepas tu biar la berlalu.. aku cerita benda yang baru.. panas lagi ni hehe..

Pada cuti sekolah selama seminggu termasuk cuti Hari Malaysia tu, Eduriders@KL telahpun menganjurkan 1st Anniversary Ride sempena menyambut ulang tahun pertama penubuhan kelab ni.. ahli kelab ni terdiri daripada penjawat2 awam di Jabatan Pelajaran Wilayah KL.. tak kira la cikgu ke, pentadbir sekolah ke, pentadbir jabatan ke.. semua sekali termasuk ahli sokongan daripada orang perseorangan yg sudi..
   
Pada pagi 19/9 tu, kami pun berkumpul di kedai motosikal terkenal iaitu S4M Motorsport.. kalau tak silap ada sejumlah 27buah motosikal pelbagai cc yang terlibat.. drp 250cc - 1400cc kot.. hihihihi.. peserta lebih drp 30org.. benda ni dah dibincangkan sejak bulan 6 lagi rasanya..

mendengar amanat tuan presiden kelab, Encik Azizi
Selepas kami bersarapan nasi lemak, ada sedikit taklimat daripada presiden kelab dan tuan tanah S4M iaitu abang Sham.. dan kemudiannya bacaan doa daripada Ust. Wan memohon kepada-Nya supaya perjalanan kami berjalan dengan lancar..


semua menggigil dah tangan nak pulas throttle tu.. hehe
Apa2 hal, kami bergambar dahulu untuk kenang2an sebelum memulakan perjalan di depan S4M Motorsports..

di perkarangan kedai
aktiviti memanaskan enjin kuda memasing
dan keluar dengan giliran.. jangan berebut2..
waktu pagi gini, jalan genting klang memang jem.. jadi pergerakan kami slow la sikit..

Setelah berlepas, kami mengikut jalan ke arah Ampang, Bukit Ampang, Hulu Langat, Semenyih, Kuala Kelawang.. jalan yang mencabar bermula selepas Semenyih.. aku belum pernah lalu di jalan ni.. jadi setiap selekohnya perlu diberi perhatian.. sejauh 40km rasanya panjang jalan yang berselekoh tu.. mula2 seronok.. lama2 penat pulak melayan corner ni hahaha.. bila la nak habis corner.. bagi motor yg memang dicipta khas untuk melalui jalan macam ni, seronok la kan!

Sampai je kat Jelebu, kami berhenti minum dulu.. kedai ni memang popular kot di kalangan bikers2 yang memang setiap minggu melayan corner kat sini untuk berhenti berehat.. 

motor rehat, rider pun berehat..
masing2 sembang pengalaman melalui corner2 tadi, sambil gelak ketawa ada perkara lucu yg dibangkitkan
selesai minum, bersiap untuk berlepas
perjalanan bersambung.. 
Perjalanan kemudian diteruskan.. pit stop kemudiannya di Bandar Baru Jempol.. di petronas.. untuk mengisi penuh tangki minyak.. dari Ampang sampai ke Jempol, dah separuh tangki aku guna.. isi semula dalam rm15..

dah sampai Jempol..
masih menunggu yang belum selesai mengisi minyak..
Pit stop kemudiannya di Keratong 6,7.. rumah seorang ahli kelab, Kimi.. dia dah minta maknya sediakan makanan di sana.. kami lunch kat sana la.. hehe.. jauh juga perjalanan dari Jempol ke Keratong 6,7..

yey dah sampai.. cuaca panas.. berpeluh baju dalam jaket
kedatangan kami disambut meriah oleh tuan rumah dan jiran berdekatan.. ada yg mengambil gambar motor dan ada juga merakamkan dalam bentuk video.. hehe.. hidangan yang spesel bagi aku.. 

nasi putih
ikan bakar
pisang muda masak lemak daging salai
gulai asam keladi
kerabu tauge
sambal belacan

pengat labu
agar-agar milo santan
agar-agar hijau
kuih cara berlauk
kek

air kosong
oren jus

berselera tak? hehe.. sedap.. aku makan bertambah nasi dan lauk la terutamanya pisang muda tu.. feveret alltime.. kikiki..

menunggu giliran amik nasi.. aku depan skali..
selesai makan.. burpppp Alhamdulillah kenyang..
bila dah kenyang, aku pun terbanggggg!!!
setelah cukup berehat, kami pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan.. amik gambar dulu.. bukti kami di Keratong.. hehe

bagaikan angkasawan.. Armageddon.. hohohoho
perasan tak ada model rmabut kat belakang tu? wahahahaha.. puiiii!!!

bergambar dengan tuan rumah iaitu mak kepada Kimi.. thanx makcik.. sedap masakan makcik..
memanaskan enjin
bersedia
tunggu arahan..
nak bergerak dah.. hmmmm.. panasnya hari..
Seterusnya melalui Muazdam Shah, Pekan dan Kuantan, akhirnya kami tiba di Suria Cherating Beach Resort seingat aku pukul 4petang.. kami check-in.. dan berehat.. pukul 6 semua ajak turun main bola tampar pantai.. aku pun bangun la daripada lena.. dan bersiap.. dah ramai rupanya kat sana.. 

baju merah tu la aku.. senang nak kenal lain daripada baju orang lain hahaha
bila main ramai2 ni seronok.. dapat lupa pasal sakit punggung dan lenguh pinggang atas motor sepanjang perjalanan tadi.. kannn..
tu diaaaaa... servis ceduk power.. nak tunjuk bicep sebenarnya.. ngeeeeeh3..
macam2 aksi dengan penuh semangat..
Waktu maghrib, kami bersiap diri untuk solat dan bersiap untuk makan malam pulak.. memang semuanya dah ditempah khas untuk kami.. sebelum makan, kami diberi taklimat dan pesanan daripada presiden berkenaan dengan kelab.. seterusnya bacaan doa dan makannnnnnn..

kusyuk..
makan.. makan.. makan.. hidangan ikan, ayam, kambing dan sayur serta ulam-ulaman dan kuih-muih..
dah makan, kami berborak.. ada yang ratah kari kambing tu.. aku tak makan banyak.. sebab dah banyak makan siangnya tadi..
lepas ni ada aktiviti karaoke pulak.. dah ditempah bilik untuk 3jam.. menyanyi lah mereka sepuas2nya.. aku tak ambik bahagian.. 

permandangan waktu malam menghala ke pantai
bilik karaoke
lena tidur dalam kekenyangan dan alunan suara rakan2
taman astakona - farouq
kawasan senggang hotel.. 
aku masuk bilik awal la jugak kul 12.. tak tahan mata ni tambah lak penatnya siang tadi.. hehehe.. aku sebilik dengan Amir, ahli sokongan dari Tan Chong Motor.. kami berborak sebelum dia mula berdengkur tetiba.. haha.. wisel penamat..

keesokannya, aku bangun pukul 6,30, bersiap dan kejut Amir untuk sama2 gi cafe untuk bersarapan.. 

pantai waktu pagi..
pandangan dari pantai..



ini la cafe nye.. sarapan biasa2 je
sarapan pagi tu, ada nasi goreng, kue tiaw goreng, telo separuh masak, roti2,.. tu je.. biasa la kan.. xde yg luar biasanya hihihi.. lrpas makan, aku balik sambung tidur.. hihiihihi.. lepas tu kena bersiap sebelum pukul 11pagi..

Dah kemas2 barang, aku dan Amir keluar bilik dan gi check-out kat kaunter..

ni dah semestinya.. 
freestyle.. bicepppp..
Perjalanan bermula.. selamat tinggal Cherating.. hihihi.. tak mandi laut pun.. adoiii..

gemoknya aku haha.. banyak makan ni..
dari Cherating, kami ke Petronas Jalan Semambu.. tuan tanah nak sponsor makanan untuk tengahari kami.. hehehe.. tima kasih tuan tanah..

bersusun rapi
makan di halaman Petronas Jalan Semambu
masa untuk meninggalkan Kuantan..
Perjalanan ke KL ada sedikit halangan.. namun kami anggap itu ujian dan ketentuan dari-Nya.. 
seterusnya kami sentiasa bergerak dalam hujan yang lebat.. ada yang tangan dah sejuk beku menggigil.. hmmm.. ni lagi 1 ujian.. akhirnya kami selamat sampau di tol Gombak pada pukul 10malam.. 

Diharap ada lagi aktiviti sebegini oleh kelab Eduriders@KL pada masa akan datang.. ia aktiviti mengeratkan sillaturrahim sesama ahli kelab.. semuanya terrrrrrrbaikkk!!!!

gambar semua adalah daripada:
www.sop.name.my

4 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Nampak mcm best...tp rasa mcm penat jer takleh nak bersandar, hihi..

gnesop said...

Wah. ada blog rupanya :)
selamat berkennalan :) hahahah

DeLLas said...

newbies kubis je abam sop hahaha..

Wak Lat said...

Salam. Hee sungguh meriah semua bikers. Mungkin boleh bergabung dengan tim Tayargolek.com itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...