Tergerak hati aku nak komen berkenaan ulasan pakar motivasi keluarga ni..
nah baca dulu.. lepas ni baru aku komen..
rasanya tidak wajar letakkan beban kepada guru dan ibu bapa sahaja terhadap masalah disiplin pelajar dewasa ini.. ada juga pelajar yang terdedah kepada pengaruh rakan sebaya..
apa yang saya perhatikan, pelajar tidak berminat untuk pulang ke rumah selepas bunyi loceng pada pukul 1.05 petang.. tak tahu la apa puncanya.. saya pernah juga bertanya kepada pelajar, kenapa tidak terus pulang ke rumah.. jawapan yang selalu diberikan adalah disebabkan di rumah tiada sesiapa.. bosan.. tak seronok.. jadi pelajar suka berkeliaran di sekitar sekolah.. bagi yang mempunyai modal lebih, mereka ke pusat internet.. antara jawapan lain adalah disebabkan pelajar rimas duduk di rumah yang tidak mempunyai kemudahan bilik yang cukup.. katanya, 1 bilik untuk ibu bapa, 1 bilik untuk adik beradik perempuan.. maka mereka tiada tempat untuk berehat selain di ruang tamu.. takde tempat privasi..
mereka semua bukan datang daripada keluarga yang senang.. jadi saya juga faham.. saya juga pernah tinggal di kuarters kerajaan yang hanya mempunyai 2 bilik sahaja.. itu pun nasib baik kakak saya tinggal di asrama masa tu.. jadi ada juga la bilik untuk saya.. :)
balik kepada topik asal, hehehe..
saya juga berpendapat yang sama seperti di dalam gambar ini.. saya bantah.. saya nak tahu juga dari mana fakta, dapatan, atau kajian yang telah dibuat oleh pakar motivasi keluarga ini, sehinggakan boleh mengeluarkan kenyataan yang sebegini..
jika pelajar didapati bermasalah, adakah pendidik yang sebenarnya bermasalah?
adakah pakar ini menyelami jiwa dan tugas harian guru? adakah ini semata2 kenyataan berasaskan emosi? dan bagaimana pula ulasan guru berkenaan dengan pakar motivasi ini? kenapa hanya sehari, pakar motivasi keluarga ini dah tak boleh tahan dengan perangai dan ragam pelajar?
bagaimana kami yang setiap hari ni berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar daripada kelas A hingga G?
saya guru yang mengajar 3 subjek..
setiap waktu loceng berbunyi, saya masuk ke kelas dengan membawa ilmu yang berlainan untuk pelajar..
bayangkan pelajar di kelas hujung.. bagaimana saya nak mengajar sedangkan pelajar terkial2 nak membaca, nak memahami setiap perkataan, nak memahami setiap ayat, dan menyelesaikan permasalahan?
jadi dalam masa 35-70 minit itu apa yang sempat saya buat?
jika saya hanya menumpukan dengan kemahiran membaca, bila saya nak ajar silibus2 yang telah disediakan hingga akhir tahun?
pernahkah pakar motivasi ini terfikir masalah ini? pakar motivasi ingat guru2 datang ke sekolah seperti pegawai tentera dan menjaga disiplin pelajar setiap masa? guru perlu juga menanda buku latihan, buku nota, menulis rancangan pengajaran di waktu senggang guru.. kami ada jadual waktu yang perlu dipatuhi..
kerja kami bukan ada masa rehat minum pagi, minum pukul 10pagi, makan tengahari, minum petang..
tak perlu salahkan orang lain.. sebagai pakar motivasi, anda tahu apa yang anda perlu buat.. jika dibaca komen guru2 yang pernah menjemput anda untuk berceramah, amatlah mendukacitakan saya sebagai seorang yang minat dalam bidang psikologi.. anda pakar motivasi, anda sepatutnya mempunyai tahap kekuatan mental yang baik.. anda tahu cara bagaimana untuk mengatasi setiap konflik.. tapi, anda juga manusia.. manusia tidak sempurna dalam semua bidang..
itu yang saya pasti :)
banyak lagi yang saya ingin kongsikan mengenai permasalahan guru.. tapi saya bukan nak dedahkan kesemuanya.. sebab saya sebagai guru ada cara untuk mengatasi masalah setiap pelajar, walaupun saya bukan seorang doktor pakar motivasi.. hokey..!!!