Sunday, March 31, 2013

Main badminton pulak dah..

Satu ketika, aku membaca iklan di FB.. 


macam menarikkan?
dah lama aku tak bertanding dalam mana2 kejohanan badminton.. apa lagi di KL ni..
dengan sepantas kilat aku mesej Shahir yang juga kawan 1 pasukan bola sepak TRSM..
aku tanya boleh masuk 2 acara tak..
Shahir jawab hanya dibenarkan 1 acara sahaja..
jadi acara apa yang aku nak join?
kalau beregu lelaki kena cari partner hebat sebab acara tu bukan calang2.. kalau salah ambil partner nanti tak seimbang.. dengan menggunakan kuasa veto yang ada, aku ajak Dayah main beregu campuran.. selalunya beregu campuran ni aku tengok bukan la acara yang jadi tumpuankan.. lagi2 nak cari pemain wanita yang boleh main  badminton dengan hebat.. kakakakakaka kikikikikiki..

dengan tiada persediaan rapi, aku dan dayah bergerak ke tempat pertandingan di PJ..
setelah selesai pendaftaran dan undian, kami berada dalam group B..

perlawanan pertama kami dah menang..
masuk perlawanan kedua, pun kami menang..
seperti biasa, aku suruh Dayah duduk di depan sahaja.. ambil bola yang termampu sahaja..kalau bola laju dan melintasi atas bahu, lepaskan sahaja untuk aku cover.. hahaha ceeeeee..

dan terus masuk separuh akhir secara automatiknya.. hehehe..
peringkat separuh akhir mencabar sikit, sebab dorang sama2 boleh bermain dengan baik..


jauh juga kami tinggalkan pasangan lawan.. dan selepas pertukaran gelanggang, pihak lawan bermain lebih agresif dan menyerang.. aku tak boleh la nak biarkan.. kena la juga smash.. hahaha.. aku jarang gunakan pukulan smash pada perlawanan terdahulu..


jumping smash ke apa ke? entah la.. seksi pulak tu terselak baju hahaha..


ini gaya menerkam servis pihak lawan..
akhirnya kami menang pada perlawanan separuh akhir ni..

lepas tu, kami akan menentang pasangan hebat pada peringkat akhir..
memang hebat lelaki dan perempuannya sama handal.. silap2 aku boleh kalah lawan perempuan tu.. atau pun memang aku akan kalah.. hahaha.. belum try belum tau.. kan..


perlawanan akhir.. amik gambar dulu.. sebelum berpenat lelah jap lagi.. kan..
perempuan ni katanya pernah wakil negeri dalam sukan badminton ni.. cara pukulannya pun memang hebat la setanding dengan statusnya.. 

lawan punya lawan,, kami tak mampu nak kalahkan pasukan tu.. sangat kuat.. aku smash 3-4 kali berturut2 tetap tak dapat mematikan bola.. malah dorang angkat lagi bola suruh aku smash.. 
mula la aku nampak bintang kat atas kepala.. hahaha..
Dayah tak banyak dapat bola pada perlawanan akhir ni..


yey!!! akhirnya kami jadi naib juara je.. jadilah tu.. kami tak letak harapan besar sangat.. kalah pun pada yang handal.. kan.. 


asalnya gambar ni sebelum kejohanan dimulakan.. lambat pulak aku upload.. takpe la kan.. tak jadi masalah..

gambar apa ni? hahaha.. ini gambar fenomena baru.. gambar di atas berbaju merah sebelah kiri adalah kawan sepasukan TRSM semasa lawatan di jepun.. so kami cuba tiru aksi ini.. yeah!!!

aku balik ke rumah dengan rasa penat sangat.. tapi takpe la ada juga rasa manisnya bila dapat hadiah.. hahaha macam budak2 ye tak.. suka dapat hadiah..

itu saja laporan yang ringkas daripada DELLAS 13..

Friday, March 15, 2013

Sekeping Gambar Seribu Makna

aku kata (bkn orang kata), dalam setiap gambar ada cerita..
dalam setiap cerita ada kenangan..
dalam setiap kenangan ada pahit manis kehidupan..
dalam pahit manis kehidupan ada pengajaran..
pengajaran diperoleh drp pengalaman..

gambar di bawah adalah gambar aku ketika menangis.. kaklong menggaru tengkuk yang tidak gatal.. arwah emak sedang mengangkat aku keluar drp kerusi sorong..


aku yang belum mengerti apa-apa waktu tu.. tidak dapat mengingat semasa kejadian tu.. 
cuma dapat melihat sekeping gambar..
yang banyak maksud tersirat..

masa yang lalu memang takkan kembali..

Al-Fatihah kepada arwah emak..
semoga rohnya sentiasa di sisi-Nya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...