Thursday, January 26, 2012

cerita tahun lepas lagi

pada tahun 2011 kemarin, aku ni adalah salah sorang cikgu penasihat bola sepak pompuan skolah..
so aku ni ada la ditugaskan tengok2 budak ni berlatih bersama coach yang telah dilantik iaitu dari FAM..

jadi dipendekkan cerita, pemain bola sepak sekolah aku ni telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Australia.. mungkin bawah 15tahun.. aku pun tak berapa pasti tapi pemain2 dari sekolah aku ni paling tua pun 14tahun je.. ada la 4orang yang terpilih..


tengok la saiz2 dorang ni.. tak gaya budak 15tahun macam budak Malaysia hehehe..
dorang lawan kat SMK Sri Aman, PJ..

aku ditugaskan untuk mengiringi dorang ni je.. tolong tengok2 je.. bukan jadi coach pun..
belum ada kelayakan..
dalam ati, pelik aku napa la minah2 saleh ni pilih lawan Malaysia?

tu dia pemain Malaysia.. hehehehe kenit2 je..
yang paling besar pun penjaga gol yang pakai baju hitam tu..

pemain dari sekolah aku yang pakai nombor 6 dan 7 tu la.. 2orang lagi reserve..
sonok dapat pakai jersi Malaysia ek? kalo aku punnnn.. hehehe..

bersedia untuk masuk ke padang..

bersalaman dulu.. sengih2 dulu.. hehehe

antara penonton..  dan coach yang baju biru ni bernama jerry.. orang Sabah bah!
2orang yang duduk rapat2 ni la pelajar aku yang jadi simpanan.. hehe

aksi di padang.. koja yop koja.. eh silap! kejor yop kejor..

taklimat coach ketik separuh masa pertama tamat.. senget2 kepala coach sorang lagi tu bagi peneranga.. hehehehe..

ada 'coach' tambahan plak yg pakai baju kemeja tu bapak salah seorang pemain dari sekolah aku..
dia lak menokok tambah pasal taktik.. aishhhh.. tak boleh la macam tu..
kita kena hormat coach.. dia yang latih.. dia yang tau..
kalo nak komen, aku pun boleh.. tapi itu bukan urusan kita.. kita bukan yg dilantik..

dah tamat perlawanan.. keputusan Malaysia 0-3 Australia.. yeyeh!

pemain2 ni adalah campuran daripada projek2 sekolah untuk bola sepak wanita di seluruh Malaysia.. ada yang dari Pahang, Selangor, Negeri 9 dan K.Lumpur.. kata coach, itu yg aktif buat masa skarang ni.. negeri lain belum lagi aktif disebabkan kekangan budaya kita.. mungkin di Sabah Sarawak ada tapi mungkin akan dikumpulkan untuk projek yang lebih besar..

lepas tamat match, kami berkumpul di dewan sebelah padang sekolah tu je..
dorang berkenalan dan bertukar2 email untuk add fesbuk dornag nanti hahaha..
sambil2 tu ada makanan..

ini dia makanannya.. pizza entah berapa puluh kotak untuk dihabiskan..
aku yg lapar dari tadi pun tak larat nak makan banyak2.. 
bukan sebab malu, muak la plak.. orang lain pun sampai dah tak lalu pandang pizza hehehe..
itu je kisahnya..
tahun ni aku dah tak pegang jawatan penasihat bola sepak wanita ni.. 
dah pass kat orang lain.. sebab tak manis dipandang orang, cikgu laki dok tengok budak pempuan pakai suar pendek tendang bola.. kuikuikui!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...