Assalamualaikum..
Genap 7/7/2015 dah jd 8tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri.. Tak seperti tahun2 lepas, kali ni aku tak ambil cuti untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami.. Selalunya memang ambil cuti sebab nak gi bercuti kat luar KL ni.. Memandangkan tahun ni dalam bulan puasa (tahun lepas dalam bulan puasa jugak ke?), aku pun malas pulak nak gi berjalan.. Hihihi..
Bergambar kat depan pintu lift waktu nak balik dah..
Aku taknak la macam takde sambutan apa2 langsung kan.. Jadinya pagi2 hari kejadian, aku cuba tanya2 kat cikgu azli untuk dapatkan diskaun kalau berbuka puasa kat hotel renaissance.. Kakak cikgu azli ni memang kerja kat hotel tu.. Wasap wasap wasap, pastu cikgu azli cakap kompem boleh dapat diskaun.. So aku putuskan petang nanti akan berbuka kat sana je..
Aku minta balik awal.. Pukul 5 aku dah start moto.. Balik dengan harapan dapat cepat sampai ke rumah.. Dayah dah bersiap.. Memang aku dah pesan awal2.. Kami gi dengan kereta.. Walaupun jem sebab semua orang berenut nak sampai rumah sebelum waktu berbuka, aku dah pikir awal2 nak lalu kat mana yang kurang jem..
Jem jugak hahaha..
Aku sampai kat hotel pukul 7malam..
Terus tuju ke restoran hotel..
Orang dah ramai kat restoran.. Ada yang cari nama yang dah booking, ada yang walk-in.. Tapi walk-in ni ikut nasib.. Ada yang tak dapat meja sebab dah penuh.. Bukan melayu je yang booking untuk berbuka puasa, kaum lain pun nak jugak merasa hidangan berbuka ni.. Hehe..
Makanan memang macam biasa la.. Sangatttttt banyakkk.. Aku ambil kambing bakar dulu.. Air kurma.. Air tebu.. Pastu baru la ambil sate, dan lain2 sampai la perut dah tak dapat terima makanan.. Hihihi..
Ni makanan permulaan semasa berbuka..
Dalam pukul 9lebih, aku pun mengalah.. Dah tak jalan.. Dah tak boleh masuk.. Pandang makanan pun dah tak lalu..
Aku gi kaunter untuk bayar bil..
Ni bil asal.. Huhuhu memang mahal la dan standard kot ikut bintang hotel ni.. Tapi bila diskaun, dapat la 50% hasil bantuan kakak cikgu azli tu tadi.. Tq ye.. Bulan selalu pun makan macam ni.. Untuk anniversary je.. Kan.. Orang lain punya anniversary berganda2 lagi grandnya..
Dan sekarang, rasa takde mood nak makan sahur esok.. Mungkin minum air milo je kot hahaha.. Perut rasa penuh lagi ni.. Alhamdulillah..