Saturday, November 29, 2014

Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini;

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya, dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

3.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.



Diantara kebaikkan yang lain ialah :-


1.Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

2.Kata Iman al-Dainuri, " sesiapa yang kekal membaca selawat ini selepas setiap solat fardhu sebanyak 11 kali, rezekinya tidak akan putus serta meraih suatu kedudukan yang baik dan tinggi".

3. Sesiapa yang kekal mengamalkan selawat ini selepas setiap kali solat subuh sebanyak 41 kali, Allah akan menyampaikan segala hajat dan cita-citanya.

4. Sesiapa yang sanggup mengamalkan sebanyak 100 kali setiap hari, akan mendapat apa yang diinginkan serta meraih semua daripada apa yang dia hajati dan kehendaki.

5. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini sebanyak 313 kali (bil para rasul) setiap hari, sesungguhnya dia akan dapat melihat segala sesuatu yang dikehendakinya.

6. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini dengan kekal sebanyak 1000 kali setiap hari, maka dia akan memperolehi segala apa yang dihajatkan jugak mendapat sesuatu yang belum pernah dia terfikir sebelum ini.




Wallahualam..










Copy&Paste..

Tuesday, November 11, 2014

Masuk bengkel 2

Asal start je enjin, motor kuar bunyi psss psss psss pss pss kat bawah tank.. aku hulur tangan ada rasa angin keluar mengikut ritma pss pss pss pss tu.. apa la pulak yang rosak ni..

Aku dapat rasa macam ada hose yang bocor.. bila ada masa terluang,  aku gi ke area Sentul.. kat situ pomen tu kata hose kena tukar lain.. dia cek pulak air filter.. dah tersumbat katanya.. takde cara lain dah.. kena tukar.. hemmmm.. berapa ye? Brand DNA kalau tak silap,  rm300 siap pasang.. apa boleh buat,  tukar je lah daripada rosak camtu je kang..

Esoknya aku beli spare parts untuk servis myvi.. harga air filer myvi dalam rm25 je hehehe.. jauhnya beza kan.. tanggung je lah.. hihihi..

Masuk bengkel

Kali ni aku rasa lain macam motor ni.. enjin cepat panas, air coolen menggelegak.. aduiii kekadang melimpah.. aku rasa dah lama angin kipas motor ni.. kalau tak, biasanya kaki aku ni terasa kepanasan haba hasil sedutan kipas tu..

Aku pun bawa motor ke kedai Kangkang.. suh dia cek kipas.. ternyata memang tak bergerak.. motor kipas tu rosak.. so, tukar motornya je lah.. aku tanya berapa? Dia jawab siap semua rm280.. aduhai.. pasang je la tokey.. hehe.. alah membeli menang memakai..

Bila dah repair, lega.. takde lagi kerisauan.. rupanya aku main bedal je selama ni sampai ke cherating dengan kipas yg rosak.. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...