Wednesday, May 16, 2012

Jalan ke Medan (siri 4)

sementara menunggu dapat kunci bilik hotel, kami duduk je kat ruang legar sambil menikmati pemandangan yang baru pertama kali kami lihat di Tasik Toba ni..
terasa seperti berada di tepian pantai.. anginnya kuat.. tapi udara dingin..
mesti airnya pun sejuk..

Dayah dengan muka puas hati bila dah sampai di Tasik Toba ni hehe
pemandangan yang luas ni memang aku tak dapat bayangkan Tasik Toba ni adalah sebuah tasik.. kalau Tasik Bukit Merah tu nampak juga tasiknya.. yang ini lain.. luuuuuuuuuuuas sangat..

Dayah bersama anak2 sedara..
ada juga kelihatan orang yang bermandi-manda di kawasan hotel sebelah sana.. macamb dalam je.. tak selamat untuk budak2.. sebab takde kelihatan kawasan cetek..

menunggu orang lain
ops.. macam lain je gambar ni.. ooooo silap2.. bukan menunggu untuk dapatkan kunci bilik.. rupanya menunggu orang lain bersiap untuk menaiki kapal.. kapal la kot.. nak panggil feri macam bukan feri.. hahaha.. tongkang ke? ahhhh kapal je la kan senang..

masih lagi mood menunggu orang..
pemandangan di kawasan hotel.. di sebelah sana tu cafe hotel.. kat sini ada juga perkhidmatan yang biasa di taman air seperti jet ski, bot dan perahu bentuk itik.. taktau la berapa cas yang dorang ambil..

petang di Tasik Toba
air tasik yang sentiasa bergelora..  ada yang memancing.. ada yang bakar-membakar.. ada yang duduk2 saja tepi tasik ni.. bukan orang Malaysia je yang datang berjalan ke sini, orang sana pun ada buat rombongan.. macam kita juga kat Malaysia ni.. sama2 berjalan2..

agak2 lama tak kami tunggu yang lain?
maka bila dah semua bersiap sedia, kami pun naik la kapal ni.. teduh la sikit sebab beratap.. kalau hujan pun tak basah kan..

kapal sedang dipenuhkan
aku awal2 lagi naik dan duduk belakang sekali.. hahaha teringat dulu2 kalau naik bas mesti nak duduk belakang sekali.. tak tau la sebab apa.. rock agaknya kalau duduk belakang ni kot?
tapi aku rasa budak nakal je yang duduk belakang skali ni hahaha..

kapal dah mula berlayar meninggalkan hotel

pemandangan di kawasan hotel
katanya kedalaman tepian Tasik Toba ni dalam 30meter.. aku tak pasti tapi itu la yang dikhabarkan budak kapal ni..

sepetang ni Tasik Toba

kapal2 lain yang sedang berlabuh

hotel2 lain

aku dan Dayah..

gelagat orang tak tak banyak gelagat
mungkin ketika ni angin kuat.. maka bot2 pun terumbang-ambing.. sesiapa yang ada kemera, menangkap gambar sana sini macam aku jugak hehehe.. 

bukit apa pun tak tau nama hehe
kelihatan bukit yang cantik licin dan juga kedai2 di lereng bukit.. kedai2 makan la tu di tepi2 jalan menghala ke Parapat ni.. ada dalam post aku sebelum ni..

batu gantung?
yang mana 1 batu tergantung pun taktau.. aku puas pandang yang mana 1 ye? agaknya la kalau keadaan batu yang macam ni dipanggil batu tergantung la ye.. hahaha hentam saja la.. budak kapal ni la yang bagitau..

muka mencari batu gantung hehehe..

terik.. silau..

muka silau..

ada persembahan dari artis indon
tengah2 dalam perjalanan ke sekitar tasik ni, agak2 lambat lagi nak sampai ke Pulau Samosir, boleh pulak dorang ni mendendangkan pelbagai lagu tempatan.. dan yang paling aku ingat lagu kumpulan Wali Band Cari Jodoh tu hahaha.. kalau nyanyi sambil tepuk tangan boleh dipanggil acapella ke? hehehe..
lepas habis buat persembahan, pastu tadah topi.. minta duit sumbangan ikhlas pulak dah! amboih! cari duit sampingan rupanya.. hahahaha.. boleh la.. isi la jugak  kebosanan duduk lama2 atas kapal ni hahaha..

Dayah nak beralih tempat
lepas je dorang buat persembahan, aku dan Dayah naik ke tingkat atas pulak.. tapi kat atas takde atap.. open air la.. hahaha.. sejuk je..

tiba ke Samosir Island
lama la juga duduk atas kapal ni, baru la sampai kat Pulau Samosir.. cantik la juga tempat ni.. ada la minah saleh dok berenang2 kat tepian tasik ni.. di tingkat atas tu adalah tempat urutan refleksiologi..

Kapal Toba Cruise 3..
ini la kapal yang aku naik tu.. kalau nak gi ke tingkat atas, kena berjalan kat tepi2 kapal tu hahaha.. kalau yang penakut, jangan lalu.. takut jatuh je.. hahaha..

hepi ke dah sampai sini?
bila sampai sini, aku taktau nak buat apa.. apa nak buat? apa yang boleh aku buat? hahahaha..
tak tau la.. 
jadi memusing2 takat ni je la.. tak gi jauh.. takut kena tinggal kapal lak nanti..

bersama famili
hari ni takde tema baju ke? atau ambil warna hijau sebagai tema? hehehe..
mungkin la kot.. ada garis2 hijau pun jadi la..


orang lain pun sama taktau nak pergi mana..
dah rasa bosan la pula kat sini lama2.. perut dah lapar ni.. hahaha..
perjalanan nak balik mesti lama lagi..
atas kapal takde pulak jual makanan.. kat sini pun macam takde kedai je..

sesi buang masa tak tau nak buat apa

akhirnya, naik semula ke kapal
bila kapal dah hidupkan enjin, kami pun naik la kapal tuuuuu..
kali ni aku dah taknak duduk bahagian atas.. duduk di bawah tapi bahagian depan.. duduk kat belakang dah mabuk asik bau asap kapal je..

antara pemandangan Pulau Samosir
selamat tinggal pulau.. penghuni hotel ni mesti boring takde apa2 yang berlaku.. sunyi je.. hehehe
sesiapa yang sukakan kedamaian, memang sesuai la.. macam duduk kat kampung je..
bajet tinggi kot kalau tinggal kat sini.. tu sebab kami duduk di hotel murah je..

ketika perjalanan pulang ke Parapat, aku terlelap.. sedap sangat dibuai ombak.. hehehe.. ngantuk pulak jadinya.. aku tengok beberapa orang pun tewas dengan alunan ombak ni.. campur dengan kepenatan perjalanan bermula pagi tadi..

akhirnya sampai juga ke tanah besar..

dah sampai pun.. lega..
masa nak naik kapal tak sabar2.. nak turun pun tak sabar2.. biasa la tu kan..
hari semakin petang.. dah jam berapa pun tak tau..
cuaca semakin dingin.. tapi tak perlu pakai baju sejuk.. 

syoknya dia mandi
setelah turun dari kapal, aku nampak la beberapa budak dan bapanya (kot) sedang membasahkan diri di tepian tasik tu.. eh tak dalam ke.. bapa dia siap berenang lagi.. aku perhati betul2 kat dasar tasik ni.. laaaa ada batu rupanya.. kalau masuk tu dalam 1.5meter la kot.. tapi dalam juga la tu.. kot2 la air tarik aku ke tengah, puas la aku nak ke tepi semula.. hahaha.. syoknya dorang mandi air sejuk!
kami ni nak mandi apanya.. baju pun bawa cukup2.. teruk betul.. padahal orang yang kami ambil dari airport tu bawa baju berguni2, untung laaaaaa.. kami pula yang kena catu pakaian.. puii!!!

lepak2 di tepi tasik
aku dan Dayah duduk di tepi tasik sambil menghirup udara segar sebelum masuk ke bilik hotel dan mandi.. 

hani dah mandi yeee!
ketika menunggu turn masuk bilik air, aku menonton tv macam biasa mencari channel sukan.. hampa betul takde rupanya.. cuma dapat siaran tempatan je.. dah la lewat malam nanti ada live Liverpool vs Chelsea untuk final Piala FA.. melepassssssss!!! konon2 nak tengok kat kedai yang buka 24jam.. memang ada.. 

petugas membakar ikan
siap2 mandi semua, aku pun keluar dari bilik.. tengok2 kot2 makanan malam dah disiapkan..
ohhhh ada orang tengah membakar ikan.. sedappp gayanya ni.. perut pun dah lapar..
apa? dah boleh makan? hahahaha aku antara yang terawal mengisi nasi ke dalam pinggan..

ikan Danau Toba
dipanggil ikan danau toba.. sebab dia hidup di dalam tasik ni kot.. hahaha aku tengok macam ikan talapia yang pernah Pak Itam bela kat Lebu dulu hehehe.. ye la kot ikan talapia hitam

lauk untuk malam tu cuma la ikan inii disertakan dengan hirisan timun dan kicap ikan bakar.. sedap.. 3ekor aku bedal.. hahaha.. lapar kot.. tu sebab rasa sedap..

semua dah kenyang
bila dah kenyang apa kami buat? 
dengan sejuk yang ala kadar sesuai untuk tidak berkipas (memang dalam bilik takde kipas apa lagi aircond)
aku pun membaringkan diri setelah perut penuh sesak telah 'diredakan'..


dengan kisah bola pun tak dapat membuatkan aku terjaga dari tidur... zzzzzzzzzzz hingga ke pagi.. adoiiii..
bangun je pagi tu terus buka tv nak tengok berita.. alahai.. kalah la pulak Liverpool.. nasib baik tak bangun malam tadi.. kalau tak, rugi masa tidur aku.. hahahahaha goodnight! eh.. goodnight apanya.. aku dah cerita pasal pagi kan.. cuai..


TAMAT SIRI 4

3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Sumber air kat sini pun mesti lah dari tasik ni jgk, kot?? yelah, yg dh dirawat lah, hehe..

DeLLas said...

agaknya.. air pun jernih..

Julfadly siagian MUHIBAH TOUR said...

ASSALAMUALAIKUM
FADLY MEDAN TRANSPORT MENYEDIAKAN FAKEJ MUSLIM,MURAH,BERBALOI FAKEJ 4D3N 3D2N TRANSPORT PERSENDIRIAN,BERSIH,DRIVER TOUR GUIDE MUSLIM,MAKAN HALLALLAN THOIBAH
SILA CALL TO WHATSAPP :+6281376455045
EMAIL:julfadlysiagian@gmail.com
NO AGENT NO PAYMENT
TANPA ORANG TENGAH
""FADLY AKAN BUAT YG TERBAIK DARI YH BAIK""

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...