Wednesday, July 23, 2014

Berbuka puasa

Ahad 20 Julai 2014

Aku, Dayah, Mak, Rosdan, Kak Suri dan anak2nya berbuka puasa bersama kat rumah rehat temerloh.. boleh dikatakan sekali dalam setahun la berbuka puasa kat situ..

Menu yg biasa ialah steamboat.. benda2 biasa je.. ada bahan2 seperti daging, ayam, isi ikan, udang, mee kasar, mee halus, telur ayam, tauhu2, sosej2, sayur2 dan sebagainya.. air jus epal, air sirap 2 jag, dan air kosong sejuk.. ada nasi goreng jugak.. harga utk 5 dewasa dan 2 kanak2 lebih kurang rm170.. abg ipar xde plak time ni.. last minit ubah plan sebab YB hantar mesej suruh datang ke majlis berbuka di rumahnya.. hmmm.. kena la jugak pegi..

Lepas berbuka tu, lebih kurang sebelum pukul10 aku bertolak balik ke Kelumpo..

Menunggu waktu berbuka.. seminit bagaikan sepuluh minit..

Thursday, July 17, 2014

Tak pernah sekolah

Kat mana tanggung jawab ibu bapa ye kalau tak sekolahkan anak bila anak dah berumur 7tahun.. ada kes pelajar yg tak pernah jejakkan kaki ke sekolah sehingga dia berumur 12tahun, tetiba umur 13 tahun ibunya mendaftar anak di sekolah menengah.. tak ke janggal budak tu nak biasakan diri.. ke mana budak tu selama ni? Cukup ke kalau alasan saya sibuk atau saya banyak kerja utk membenarkan perbuatan tidak hantar anak ke sekolah rendah.. siapa jadi mangsa? Tentunya pelajar tu sendiri.. dan juga jgn lupa guru yg bakal mengajarnya nanti.. bila ditanya dimana tahap pengetahuan anaknya, ibunya menjawab anaknya dah diajar dirumah olehnya dan boleh membaca wpn tak lancar.. aik? Sempat pulak dia mengajar? Kata sibuk sgt..

Dalam kes lain tadi, aku terdengar ada pelajar perempuan meminta kawannya utk tolong ambil beg dan bukunya di dalam kelas.. kawannya tanya sebab apa.. jawab pelajar tadi, mak dia datang menjemputnya utk beli baju raya.. aduhai.. kalo la benar perkara ni, apa yg saya nak cakapkan.. takde masa lain ke nak beli? Cuti hujung minggu sibuk jugak? Hmmm.. fikirkan yg positif je la ye.. moga2 ada hikmah disebaliknya..

Gambar sewaktu acara raptai utk pelantikan pengawas baru tingkatan 1..



Tuesday, July 15, 2014

Bermula semula..

Assalamu'alaikum..

Dari mana aku nak mula..
Blog dah lama sepi..
Nanti la aku mulakan..
Skarang ni masih bz lagi..

Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam..
Jadikan hari2 kita dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling.. In Shaa Allah..

Thursday, July 18, 2013

Kata Kesat

assalamualaikum..

kata kesat (mencarut) mudah sangat pelajar kita hamburkan.. sikit2 ejek nama bapak.. sikit2 cakap kata lucah.. murah sgt dosa yang dorang nak buat tu.. semudah menyebut ABC.. bagi diorang takde masalah jika berkata lucah dan mencarut kepada rakan2..

tapi bagi aku, sgt susah aku nak mengeluarkan kata2 tu.. apa lagi nak tnjuk isyarat lucah/ mencarut.. ini bukan budaya aku.. aku teringat sorang kawan aku tu, suka mencarut isyarat tangan.. nak jadi cerita, dia eksiden.. patah jari hantu.. letak besi katanya dlm jari tu.. lepas dr hari tu, dia sentiasa menunjukkan isyarat lucah kat org ramai (bila dia tunggang motosikal, basikal, pegang stereng kereta) sebab jari hantu dia dah tak boleh bengkok.. kesiankan?

jadi, kalau korang seorang yg berpelajaran, yang ada harga diri, jangan mengeluarkan kata kesat kepada orang lain.. tengok diri sendiri dulu sempurna atau tidak.. sebenarnya aku berpesan kepada diri sendiri.. dan yang penting, jika korang pernah terkena daripada mulut aku sendiri, ada la something wrong kat situ.. aku takkan mengeluarkan kata2 sebegitu.. mak dah ajar, "anak, jangan sekali keluarkan benda tak elok dari mulut tu".. sampai skang aku ingat.. dan aku takkan mencarut dan menyakitkan hati orang secara sengaja.. dan harap takkan terkeluar drp mulut ni secara tidak sengaja.. kepada kawan2 dan kenalan aku sejak kecik lagi, jika terbaca blog ni dan mengenali aku, maafkan la aku.. (lambat raya lagi hehehehe..)

walaupun orang buat jahat kat kita, walaupun payah, doakan orang tu berubah menjadi insan yang lebih baik.. :)

yang buruk datangnya daripada aku..









Wednesday, June 5, 2013

Henpon Masuk Wad

adoiii.. benda ni bukan baru rosak.. cuma aku tak perasan je.. slot memori kad untuk samsung sIII aku rosak plak.. walaupun aku cuba masukkan kad memori yang lain, tetap tak dapat baca jugak..

dan dengan cara yang paling berkesan, aku gi hantar ke pusat servis samsung kat plaza low yat.. tingkat 4.. kat situ banyak juga pusat servis jenama lain macam toshiba, acer dan apa entah lagi.. mungkin tak lama lagi akan wujud pusat servis setempat.. senang.. tak payah cari merata.. aku pun nasib baik dok kl.. dekat la juga nak ulang-alik ke plaza low yat ni..

sebabnya, pukul11 pagi tadi aku dah gi.. dah amik nombor.. tapi pihak samsung suh aku backup semua data sebab dorang mungkin akan tukar mainboard kat dalam fon tu.. nanti data hilang.. so aku pun balik semula ke rumah dan pindahkan semua data aku ke dalam laptop.. aku gi semula ke plaza low yat pukul 5 petang selepas hujan berhenti.. aku gi sana naik honda wave je.. senang parking.. kan..

dan selesai la tugas aku pada hari ni.. pihak samsung kata akan beri tempoh 5hari.. kalau lebih 5hari, call no. customer servis tu.. samsung sIII aku tu masih dalam warranty.. aku beli bulan 7 tahun lepas..

kali ni, aku guna semula nokia e72 yang sebelum ni aku guna untuk nombor celcom aku tu.. hmmm.. taktau la bila nak siap sIII aku ni.. hehehe.. harap2 takde masalah lain yang buat aku keluarkan duit utk repair dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...