Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 1435H / 2014

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Kali ni aku beraya kat rumah mertua.. jadinya, kitorang dah decide untuk pakai baju bertemakan purple gelap.. hehe.. baju melayu beli dah siap kat kamdar.. baju ladies lak semuanya tempah mengikut selera jahitan daripada tukang jahit sendiri..

Tahun ni takde projek bakar lemang.. ditukar plan last minit.. jadinya mak terus la booking je lemang pada orang lain.. hmmm.. kurang la kerja aku.. so aku yang xde keje ni, aku buat la keje lain pulak.. membersihkan kawasan rumah.. cuci longkang, basuh lantai keliling rumah, sapu laman yang pernuh dengan rambutan, maggis gugur dan daun kering.. dari kul 10 sampai la 4 petang aku pulun.. pelik betul aritu tak rasa penat.. mungkin sahur tu makan shaklee kot.. hehehe.. 

hari raya pertama, kami solat aidilfitri kat surau kampung kandis.. tapi, kemera dah lupa nak bawa.. Dayah la lepas guna amik gambar kat umah pastu tertinggal kat atas sofa.. 


Sesi bersalaman dengan mak di pagi hari raya.. sebelum ke surau.. kali ni Rusydan beraya bersama famili mentua di Selama, Kedah.. selepas solat aidilfitri, kitorang gi beraya kat rumah pandak.. kat sana biasanya memang ada lemang.. lemang rebus kot.. musim durian pulak.. memang berbiji2 gugur sepanjang kitorang ada kat situ.. tapi perut aku dah penuh dengan lemang kat  umah mak sebelum gi surau.. isi perut, tapi terlebih isi..

lewat jugak kami balik ke rumah.. sampai kat rumah, suma berehat.. ada yg tengok tv.. ada yang kepenatan tidur depan tv dan merata tempat.. hihihi.. abg Tasyrif dan famili akan ke umah mentua di Terengganu petang tu.. kebiasaan setiap tahun memang akan beraya macam tu.. sebelum diorang bertolak, kami sekeluarga bergaya depan kamera dulu.. 


ada yang pakai tangan, ada yang guna tripod.. malangnya tapak kamera untuk tripod memang aku tertinggal kat kelumpo.. hmmm.. beralaskan kayu ranting je la untuk stabilkan kamera tu berdiri tegak hehehe..
 

 

selepas abang ipar bertolak, kitorang tinggal bertiga je la.. kami beraya kat Temerloh.. umah paklang mail.. ada lemang, ketupat, nasi impit.. makan lagi..



keluarga paklang yang ada masa tu.. Zaim dan isteri beraya di rumah nenek mentuanya kat Jengka.. dah gi umah paklang, gi plak ke umah pakcik Buntat dan makngah Mar (waris sebelah mak).. kat umah makngah Mar makan laksa lemak.. kat umah pakcik Buntat makan nasi ayam.. terbungkang kekenyangan la ari raya pertama.. kikikiki..

Raya kedua, ada jiran yang datang beraya.. dan dalam pukul3 petang, kami bertolak ke Terengganu.. kat sana ada juga sedara sebelah arwah abah.. dan juga beraya kat umah mentua abg Tasyrif kat sana.. sekali lalu..



Kami menginap kat sini.. Terengganu Equestrian Resort (TER).. rm100 semalaman untuk sebilik..
malam mula2 sampai tu terus ke rumah mentua abg Tasyrif.. pastu gi makan2 kat umah kak iparnya pulak.. ada la bakso dan nasi beriani.. hmmm.. hari raya kan..



Raya ketiga, kami beraya rumah waris abah.. biras mak.. adik abah dah meninggal lama dulu.. jadi tinggal biras dan keluarga je la.. kat sana makan nasi lemak sotong.. pagi lagi masa tu.. kan.. hehe.. tapi sebelum tu..,



sebenarnya kitorang dah saraoan kat kedai tepi Pantai Batu Buruk.. makan nasi lemak ikan.. pastu layan budak2 naik kereta kuda.. tak tau la berapa harga sekali naik.. tak beraya la kuda tahun ni.. hehehe..



Gitu la al-kisah hari raya pertama hingga ketiga.. lepas tu terus kami bertolak dari Terengganu ke Pahang semula.. sebabnya aku akan ke Bentong pulak beraya kat sana..


Gambar kat bawah ni adalah berkenaan dengan Majlis Pertunangan Nursyakirah Ismail.. sepupu Dayah.. aku pun sebok2kan diri je amik gambar ni.. suka2.. 

Sepupu belaka ni.. Lokman, Rusydan dan Ikhmal Hijat

To'ki Cu, Chik, abg Tasyrif

Gambar kami sekeluarga.. memang pakat pakai baju tema ni.. sebab kali ni baru leh berkumpul kesemuanya.. pendek kata, cukup 'korum' la kan ahahaha..

lagi gambar majlis pertunangan..



bersungguh betul berborak tu.. hehehe..



akhirnya, bila selesai majlis, dengan tunang2 orang pun melompat kegembiraan.. kikikikiki..



Paklang, Dayah, Raif dan abg Tasyrif



Athirah, Syakirah dah Syafikah..

dah penat menaip.. hehe.. tu je cerita raya versi rumah mentua..  akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. jangan kata zahir sahaja.. batin pun ada juga.. tauuuu..

Wednesday, July 23, 2014

Berbuka puasa

Ahad 20 Julai 2014

Aku, Dayah, Mak, Rosdan, Kak Suri dan anak2nya berbuka puasa bersama kat rumah rehat temerloh.. boleh dikatakan sekali dalam setahun la berbuka puasa kat situ..

Menu yg biasa ialah steamboat.. benda2 biasa je.. ada bahan2 seperti daging, ayam, isi ikan, udang, mee kasar, mee halus, telur ayam, tauhu2, sosej2, sayur2 dan sebagainya.. air jus epal, air sirap 2 jag, dan air kosong sejuk.. ada nasi goreng jugak.. harga utk 5 dewasa dan 2 kanak2 lebih kurang rm170.. abg ipar xde plak time ni.. last minit ubah plan sebab YB hantar mesej suruh datang ke majlis berbuka di rumahnya.. hmmm.. kena la jugak pegi..

Lepas berbuka tu, lebih kurang sebelum pukul10 aku bertolak balik ke Kelumpo..

Menunggu waktu berbuka.. seminit bagaikan sepuluh minit..

Friday, March 15, 2013

Sekeping Gambar Seribu Makna

aku kata (bkn orang kata), dalam setiap gambar ada cerita..
dalam setiap cerita ada kenangan..
dalam setiap kenangan ada pahit manis kehidupan..
dalam pahit manis kehidupan ada pengajaran..
pengajaran diperoleh drp pengalaman..

gambar di bawah adalah gambar aku ketika menangis.. kaklong menggaru tengkuk yang tidak gatal.. arwah emak sedang mengangkat aku keluar drp kerusi sorong..


aku yang belum mengerti apa-apa waktu tu.. tidak dapat mengingat semasa kejadian tu.. 
cuma dapat melihat sekeping gambar..
yang banyak maksud tersirat..

masa yang lalu memang takkan kembali..

Al-Fatihah kepada arwah emak..
semoga rohnya sentiasa di sisi-Nya..

Wednesday, October 3, 2012

Perginya Insan Tersayang (4.10.2012 Selamat Hari Lahir Mak.. al-Fatihah)

salam..
setiap orang mempunyai ibu..
setiap ibu mempunyai naluri kasih sayang yang tiada tandingan..
begitu juga ibu saya..

ibu saya sangat menyayangi keluarganya..
keluarga didahulukan, keluarga diutamakan..
ibu diibarat penasihat keluarga..
merangkap guru, ustazah, kaunter pertanyaan, mesin atm, pakar motivasi serta apa yang difikirkan logik..

ibu yang menjaga makan minum saya..
ibu yang cuba menunaikan permintaan saya..
ibu tempat saya mengadu..
ibu yang cuba memberi keselesaan keluarganya..

ketika hari raya aidilfitri 2009

ni la permulaan kisah aku dan mak yang baru je meninggalkan kami sekeluarga pada 7 Jun 2012..

masa aku kecik2 dulu, mak suka ajar aku mengeja, mengaji.. serta mengira..
walaupun mak tak sekolah tinggi, dia tetap guru aku yg terbaik..
setiap inci pakaian aku ke sekolah, memang mak amik berat.. mak tak suka naaknya tak kemas..
tapi mak keje.. mak takde masa nak anta aku ke sekolah.. mak cuma mengingatkn aku pentingnya blaja.. mak kata, jangan aku jadi macam ayah dan mak yg tak belajar tinggi disebabkan keluarga ayah dan mak tak mampu.. orang dulu2 susah nak cari duit..

masa aku kecik2 jugak, aku tak dibenarkan gi main jauh2.. mesti balik umah skejap2 untuk lapor diri bahawa aku tak gi jalan jauh2.. mak sangat jaga keselamatan aku.. mak cuba kawal aku supaya jgn bkawan dengan budak2 jahat.. aku juga hanya dibenarkan keluar rumah untuk bermain sebaik je selepas pukul 5 petang.. kalau sebelum tu, aku kena baca buku dan buat kerja rumah..
hasilnya, darjah 1 aku dah dapat nombor 1 dalam exam tengah tahun.. mak yang dah berjanji kalau aku dapat nombor 1, mak akan bawa aku ke zoo negara.. jadi aku bawa berita gembira tu pada mak.. masa tu aku taktau mak dan ayah tak ada banyak duit.. tapi dibawa juga aku dan kaklong ke zoo negara.. hepi sangat aku waktu tu dapat bjalan2 sambil tengok binatang2..

mak juga rajin beli jam tangan untuk aku.. mak memang suka tengok anak2nya pakai jam.. sampai skarang aku suka pakai jam.. bila aku sarung jam, teringat kat mak..

bila hari ahad, ada pasar minggu kat bandar bentong.. mak, kaklong dan aku selalu ke sana naik basikal je.. mula2 aku tumpang mak atau kaklong.. tapi lama kelamaan mak belikan aku 1 basikal dan suruh aku kayuh sendiri basikal bsama2 mak dan kaklong ke bandar.. mula2 aku memang takut..lagi2 bila lalu kat jambatan kecil.. menangis aku takut nak lalu.. mak yakinkan aku.. lama2 aku dah biasa dengan jambatan tu..

mak adalah jenis insan yang mendahulukan anak dan keluarganya.. selalunya, apa yg aku mintak memang akan dapat.. cuma cepat lambat je nak dapat.. terutama bila hari jadi aku.. aku pernah mintak tv game (mmg popular dulu2), basikal leRun.. tu je yg aku ingat.. betul2 dulu aku taktau yg cari duit ni memang susah..

mak juga merupakan ustazah.. apa saja hal ehwal agama, aku akan rujuk pada mak.. mak memang rajin membaca buku2 ilmiah.. banyak buku2 di rumah sampai sekarang masih lagi ada.. mak banyak berpesan dan nasihat.. mak tak suka aku buat benda2 tak elok..

tapi aku pernah buat mak aku menangis.. mak menangis sebab aku ponteng sekolah.. mak menangis sebab aku curi duit mak.. mak menangis bila aku taknak buat apa yang mak suruh.. bila mak menangis, mak akan menangis di sinki.. sambil2 mak basuh pinggan.. aku sedih, tapi tak reti nak pujuk.. cara mak menangis tu sampai skarang masih lagi terngiang2 di telinga aku..

pengetua sekolah masa tu kenal mak.. dan apa saja berlaku di sekolah, pengetua akan maklumkan pada mak.. dan aku tak boleh nak sorok2 lagi perkara di sekolah.. semua mak dah tau.. dan aku tau mak malu bila anaknya buat perkara yang tak disukainya kat sekolah..

mak galakkan aku ambil lesen memandu awal2.. mak suka bila keperluan anaknya terjaga.. mak beri aku bawa motor rxz pada awalnya ayah beli untuk diri ayah.. mak selalu pastikan anaknya dapat keperluan yang mencukupi.. mak selalu menyediakan aku dengan peralatan sukan apabila aku mintak.. contohnya raket.. mak dan ayah berkongsi duit semata2 untuk membeli raket aku yang berharga rm100.. mak juga berkira2 duit untuk membelikan aku sepasang but bola yang berharga rm60.. semuanya mak pastikan ada semata2 untuk kepuasan anaknya..

pasal makan, mak memang tak kedekut.. sebut saja nak makan apa, mak sedia untuk membelinya.. mak kata, jangan jadi macam mak yang tak makan ayam, udang, sotong, ketam dan lain2 apa lagi western.. mak suka kalau anak2nya dapat makan semua makanan halal yang ada.. mak kata, makan selagi berselera, nanti bila Allah dah tarik balik nikmat makan, apa pun tak boleh dah..

mak selalu cerita kisah masa mak kecik2 dulu.. macam mana keadaan mak dan adik beradik, keadaan mak ke sekolah, kehebatan mak dalam pelajaran, kesusahan keluarga mak.. semua tu aku jadikan iktibar.. memang ada betulnya.. mak memang terang hati.. mak pandai dlm ilmu mencongak.. mak pandai menulis.. tulisan mak cantik.. mak selalu suruh aku tulis setiap huruf tu bulat2.. sampai sekarang tulisan aku buruk, kecik pulak tu.. tak macam tulisan mak besar2 dan jelas.. mak juga pandai mengaji..

aku seumur hidup tak pernah tuisyen.. aku pun taktau kenapa.. mungkin mak ayah takde bajet lebih.. ataupun mak dah ajar aku.. tapi aku sebenarnya lega juga tak dihantar gi tuisyen.. sebab aku tengok kawan2 aku tuisyen time kami main bola, memang la tak best.. terjenguk2 kawan aku dari dalam rumah yang tengah tuisyen dengan aunty sebaris rumahnya depan padang hehehe.. mungkin sebab tu, pelajaran aku tak berapa nak menjadi di sekolah rendah.. boleh dikatakan tak berapa nak bijak la aku kat sekolah rendah dulu..

jika pihak sekolah ada menganjurkan rombongan, pasti aku tak ketinggalan.. itu pn kalo aku bawa balik surat pemberitahuan tu ke rumah la.. mak memang bagi aku ikut rombongan walaupun aku baru berumur 10tahun ke kelantan.. mak pesan jaga duit baik2.. tolong beli jeruk anggur, jeruk itu jeruk ini.. memang aku belikan.. dan cikgu kata, aku macam orang tua beli jeruk2 bekas besar camtu.. hehehe.. tak lupa aku ada belikan bekas air basuh tangan cap buaya..

mak juga suka aku bersukan dan sertai aktiviti contohnya perkhemahan.. waktu malam, mak datang ke sekolah dan bawa 2keping roti canai  ke tapak perkhemahan pengakap takut2 kalau aku tak cukup makan.. kadang2 aku segan dengan kawan yg lain sebab mak sangat2 jaga aku.. ada juga yang kata aku ni anak manja, anak mak.. apa aku peduli.. aku ada mak.. kalau mak berkesempatan juga, mak akan datang ke sekolah kalau aku ada menyertai pertandingan bola sepak atau bola baling.. pasti di tangan mak ada makanan.. sehinggalah aku dah berumur 18thn, mak tetap datang bawa jus oren (masa tu main bola kat sekolah teknik bentong - sebelah kilang tempat mak kerja)

masa aku menduduki spm, baru aku sedar yang aku perlu membuat mak aku bangga dengan anaknya.. bermacam telah diberi, takkan 1 pun aku tak balas.. aku tak sanggup mak aku diketawakan dan diperli oleh orang2 sekeliling.. sebab benda tu pernah terjadi.. kesian dengan mak..

apapun, apa saja berita yg gembira, aku akan kongsi dgn mak terlebih dahulu.. tapi kalo berita yg kurang menyenangkan, aku akan simpan dan akan bcerita pada mak bila segalanya dah selesai..

bila bulan ramadhan ni, biasanya mak kerja shif tak tentu.. kadang2 sahur kat rumah.. kadang2 x.. kadang2 bbuka kat umah.. kadang2 x.. mak sangat kuat bekerja.. tapi gaji yang mak dapat bukan untuk mak.. kebanyakannya untuk barang2 rumah, belanja aku.. bayangkan la kalau bangun lewat ketika sahur, mak sanggup terkejar2 untuk siapkan makanan sekeluarga padahal mak sendiri belum makan walaupun imsak dah semakin hampir.. aku tak tau mak makan atau tidak waktu sahur.. kesian  mak.. walaupun beberapa kali aku minta mak supaya makan, tinggalkan je keje2 dapur tu, mak tetap sebok bancuh air, goreng telur.. ish..

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

kalau diikutkan, byk lagi kisah untuk aku ceritakan ketika bersama mak.. tapi apakan daya, cerita aku bersama emak sepanjang 32 tahun tak dapat nak diulas kesemuanya.. mungkin lain kali.. tu pun jika ada masa.. semoga emak bahagia di sana bersama2 orang yang beriman.. aku dan keluarga sentiasa mengingati saat2 manis ketika kami sekeluarga bersama..

selamat hari lahir mak.. sungguh pilu mengenangkan mak yang tak sempat menyambut hari jadinya yang ke 55tahun iaitu hari pencen emak daripada bekerja..

menyambut ulang tahun hari lahirnya buat kali terakhir pada tahun lepas 4.10.2011 di wad hospital.. tak sangka ini kali terakhir mak menyambut hari jadinya..
  al-Fatihah untuk arwah ibuku.. walaupun perit untuk terima kenyataan, namun aku redha.. sudah ketentuan Ilahi.. lama juga aku tidak menulis blog ni.. rindu pada emak masih mendalam.. rasa sedih kehilangan emak masih menebal.. di kala ini, air mataku menitis.. makkk..



Saturday, April 30, 2011

keliling tempat ada kenduri kawen

hmm.. ni post saja2.. xde apa2 pun..
nk tnjuk la kat barisan umah mak ayah ni ada kenduri kahwin.. anak makcik nor meran yg kawin..


kete parking dpn umah je la kan.. kena la awal2 kuarkan kete kami2 ni takut jem x dpt kuar lak kalo tetiba ada hal..

org pegi dan balik..

ohhhh siapakah ini? ini kawan lama aku.. sama umur.. kawan kat rumah kuarters dulu.. dia dok kuarters hospital.. aku dok kuarters jkr.. so kami mbesar bsama.. main bola sama2.. namanya fadzri.. tp kami panggil dia pakedi..

dan ini kluarga pakcik zubaini (ayah pakedi).. hehehe.. masih sama muka pakcik dan makcik ni.. kalo jumpa mesti kenal la.. tp dulu penah aku jumpa pakcik zubaini ni kat dlm terowong di hiway utara.. wahhhh naik motor lg tu.. btoi ke? hahaha

Wednesday, April 27, 2011

Kebun Ayah

Inilah kebun getah ayah yg byk mberikn sumber rezeki pada ayah dan mak..
kebun ni seluas lbh kurg 6ekar..
aku penah jugak dulu bkeje dgn ayah menanam getah ni.. dulu2 panas xde pokok.. puas la aku mbawa anak getah naik ke atas teres2 dan ayah yg sedang gali lubang tu pun tanam anak getah tu..

ni musim luruh.. daun2 pun x byk..

aku dan ayah ke sini dgn hajat nak amik pucuk2 ulam yg leh di makan.. utk org kenduri di barisan umah ayah.. saja la utk bg tambah2 hidangan umah kenduri kannnn..

yg ayah tgh petik tu adalah pucuk serai kayu.. 

yg ni pulak pucuk asam gelugor.. ye ke? eh x pasti la pucuk apa.. ye la kot??


masa ni durian belum gugur.. tp skg ni dah abes dh kami makan.. cuma 2 pokok ni je yg bbuah.. tu pun syukur sgt sbb kami leh merasa buah durian kali ni..

pokok getah dan susunya.. 

anak sungai.. airnya mgalir tenang.. time ni x ujan, so air pun kecik je la.. tp sejuk..!!

ikan2 di dalam kolam ayah.. ikan talapia merah..

dan ayah bsama bunga kantannya.. hehehe.. kami ni kalo stakat bunga kantan dan pucuk2 ulam ni x payah beli.. rasa rugi je gi beli.. sbbnya leh dpt free.. kn?

Sunday, April 17, 2011

gambar-gambar mak pergi umrah..

salam..
hmmm xde apa yg aku nak upload..
so letak la gambar mak aku gi umrah aritu 15 Mac 2011..
mak gi sorang je sbb ayah dah gi sblm ni..
maybe bila ada rezeki lebih nanti, leh la mak dan ayah gi mnunaikan fardu haji sama2 nnti.. InsyaAllah.. doa2kn la ye..

di bawah ni gambar yg aku cilok dari henpon mak.. kualiti x sberapa tapi lebih baik drp xde langsung kenangan mak kat sana..

 mak kat imigresen di Jeddah.. 
mak antara awal yg kluar dr imigresen.. tu yg sempat relek2 dulu..

di Masjid Nabawi, Madinah


 di luar Masjid Nabawi, Madinah..

 mak kata, ni kat makam Baqi'.. makan isteri nabi dan sahabat2 nabi..


 di tempat bertahlul (bgunting) selepas habis 7 kali berlari2 dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

 di depan Hotel Toyibah, Madinah
50m dr Masjid Nabawi


di Bukit Uhud..

 mak di Bukit Uhud

kawan mak yang bernama Hasnah (Ampang Hilir)

di Masjid Nabawi (sebelah belakang)



leader rombongan Hjh Fatimah Yaakob (Bangi)



 mak akhirnya sampai ke Baitullah, Masjidil Haram, Mekah.. alhamdulillah..




org yg mbantu mak utk mencium Hajar Aswad.. Hjh Syarihad (org Indonesia)



di Jabbal Rahmah

di belakang Masjidil Haram menghala ke rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW..

mak dan Hasnah di ladang unta

 di Muzium yg mgimbau kembali gambar2 lama keadaan di Mekah..

mak bsama Laila, pegawai bank OCBC Ampang.. mak Laila ni org Paya Rumput kat kubo.. tp mak x kenal..


org Manjung (Rohaya) yg keje pembantu tadbir kat sek Manjung.. dia ada bagi mak cerek comel.. hehe




kat depan Masjidil Haram

bangunan kat belakang Masjidil Haram.. hotel2 yg kian membangun..


mak di airport Bahrain utk menunggu flight kembali ke Kuala Lumpur..

begitu la serba sedikit penerangan yg bleh aku bagi.. sbb aku pun x penah gi sana.. xleh la nak cerita dgn lebih lanjut hehehe..

mak selamat kembali ke KLIA dgn mbawa sdikit cendera mata utk keluarga yg tdekat.. TQ..
aku juga bharap 1 hari nnti, aku juga akan ke sana.. InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...