Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Video Kursus Kejurulatihan Olahraga Tahap 1


Video klip ni dah diedit oleh salah seorang peserta untuk majlis penutup kursus..
ada la jugak gambar aku.. tu pun kalo mata korang tajam hehehe..


Friday, August 29, 2014

Kursus Kejurulatihan Olahraga Tahap 1

Walaupun aku masih bertugas dalam tender2 tu, aku juga terlibat dengan kursus ni dalam masa yg bertindih.. jadi aku rasa serba salah.. kursus ni aku dah lama nak.. dan aku sendiri yg pohon.. bukan pohon kayu ataupun pohon ampun dan maaf ye hehehe..
Dan dengan susah payah, dapat juga aku mencari pengganti untuk menggantikan aku sebagai petugas dalam membuka tender tu..
Aku dapat hadir pada hari kedua kursus.. itupun pada sesi petang.. hari pertama aku dah minta pelepasan daripada coach sebab nak setelkan tugas2 aku sebelum boleh diganti dengan cikgu lain.. semua peserta dah kenal antara mereka sebab hari pertama dah ada sesi suai kenal.. aku je yg masih lagi tak dapat membiasakan diri.. para peserta terdiri daripada cikgu2, atlet dan bekas atlet yg berprestasi tinggi..
Perlunya hadir kursus ini bukan semata2 sijil jurulatih tu.. aku sendiri memang perlukan ilmu ni untuk pelajar2 di sekolah.. selama ni aku jalankan latihan mengikut pengalaman yg tak seberapa ni.. jadi, bila dah tau selok belok yg betul, maka aku lebih berkeyakinan untuk melatih.. lebih bersemangat.. harap2 bukan la konon2.. kennnn..
Peserta didedahkan dengan semua 44 acara di dalam olahraga.. lebih kepada sebagai seorang jurulatih daripada memanaskan badan, teknik2 larian pecut, berganti, lari berpagar, lompatan dan juga balingan.. sebelum ni aku dah ada sijil kepegawaian olahraga gred 3.. tapi aku tak guna sangat sijil tu.. beku macam tu je dalam fail..
Kursus ini ada lulus gagal.. peserta dinilai disiplin, praktikal sebagai jurulatih dan juga peperiksaan.. baru je petang tadi aku exam.. susah juga soalannya.. semuanya dalam bahasa inggeris.. istilah2 tu kekadang buat aku confuse.. hehe.. harap2 lulus la ye.. masa praktikal di padang, aku diundi untuk mengajar dalam acara rejam lembing.. aku kena siapkan rancangan mengajar sebelum mengajar.. murid2 aku terdiri daripada peserta2 tu sendiri.. leboh kurang macam kerja aku sekarang ni la ajar pjk kat sekolah.. takde masalah sangat.. yang penting kita titikberatkan keselamatan peralatan dan keselamatan semasa menggunakan lembing.. maklum saja la benda tajam kan..
Moh la belek2 gambar aktiviti sepanjang kursus.. kebanyakannya aku pilih yang ada gambar aku je.. rajin diorang amik gambar.. aku copy dari wasap je hehehe..
Dan.. aku bukan atlet olahraga.. paham2 la kalau nampak pelik je cara aku melakukan aktiviti2 dalam gambar tu hahaha..
latihan reaction 

latihan lari berpagar.. salah lagi cara tu..

latihan lompat jauh.. coach yg cangkul, aku sebagai mando hehe..

berjalan dengan melangkah pagar2.. proses untuk membiasakan diri.. ini bukan kursus untuk menjadikan kami atlet.. latihan ini yang akan kami lakukan untuk atlet muda nanti..

lontar peluru.. ansur maju..

masuk bab rejam lembing

yeahhh.. warming up..

masih lagi warming up

burnnnnnn kulit aku..

taklimat sebelum memulakan latihan teknikal..

bersama semua peserta kursus..

coach menunjukkan apa yg perlu kami buat sekejap lagi..

ini la asas untuk acara lompat bergalah.. cara pegang galah..

yeahhhh lompat2.. lompat setinggi mana tetap akan ke bawah juga.. kan...

Sunday, March 31, 2013

Main badminton pulak dah..

Satu ketika, aku membaca iklan di FB.. 


macam menarikkan?
dah lama aku tak bertanding dalam mana2 kejohanan badminton.. apa lagi di KL ni..
dengan sepantas kilat aku mesej Shahir yang juga kawan 1 pasukan bola sepak TRSM..
aku tanya boleh masuk 2 acara tak..
Shahir jawab hanya dibenarkan 1 acara sahaja..
jadi acara apa yang aku nak join?
kalau beregu lelaki kena cari partner hebat sebab acara tu bukan calang2.. kalau salah ambil partner nanti tak seimbang.. dengan menggunakan kuasa veto yang ada, aku ajak Dayah main beregu campuran.. selalunya beregu campuran ni aku tengok bukan la acara yang jadi tumpuankan.. lagi2 nak cari pemain wanita yang boleh main  badminton dengan hebat.. kakakakakaka kikikikikiki..

dengan tiada persediaan rapi, aku dan dayah bergerak ke tempat pertandingan di PJ..
setelah selesai pendaftaran dan undian, kami berada dalam group B..

perlawanan pertama kami dah menang..
masuk perlawanan kedua, pun kami menang..
seperti biasa, aku suruh Dayah duduk di depan sahaja.. ambil bola yang termampu sahaja..kalau bola laju dan melintasi atas bahu, lepaskan sahaja untuk aku cover.. hahaha ceeeeee..

dan terus masuk separuh akhir secara automatiknya.. hehehe..
peringkat separuh akhir mencabar sikit, sebab dorang sama2 boleh bermain dengan baik..


jauh juga kami tinggalkan pasangan lawan.. dan selepas pertukaran gelanggang, pihak lawan bermain lebih agresif dan menyerang.. aku tak boleh la nak biarkan.. kena la juga smash.. hahaha.. aku jarang gunakan pukulan smash pada perlawanan terdahulu..


jumping smash ke apa ke? entah la.. seksi pulak tu terselak baju hahaha..


ini gaya menerkam servis pihak lawan..
akhirnya kami menang pada perlawanan separuh akhir ni..

lepas tu, kami akan menentang pasangan hebat pada peringkat akhir..
memang hebat lelaki dan perempuannya sama handal.. silap2 aku boleh kalah lawan perempuan tu.. atau pun memang aku akan kalah.. hahaha.. belum try belum tau.. kan..


perlawanan akhir.. amik gambar dulu.. sebelum berpenat lelah jap lagi.. kan..
perempuan ni katanya pernah wakil negeri dalam sukan badminton ni.. cara pukulannya pun memang hebat la setanding dengan statusnya.. 

lawan punya lawan,, kami tak mampu nak kalahkan pasukan tu.. sangat kuat.. aku smash 3-4 kali berturut2 tetap tak dapat mematikan bola.. malah dorang angkat lagi bola suruh aku smash.. 
mula la aku nampak bintang kat atas kepala.. hahaha..
Dayah tak banyak dapat bola pada perlawanan akhir ni..


yey!!! akhirnya kami jadi naib juara je.. jadilah tu.. kami tak letak harapan besar sangat.. kalah pun pada yang handal.. kan.. 


asalnya gambar ni sebelum kejohanan dimulakan.. lambat pulak aku upload.. takpe la kan.. tak jadi masalah..

gambar apa ni? hahaha.. ini gambar fenomena baru.. gambar di atas berbaju merah sebelah kiri adalah kawan sepasukan TRSM semasa lawatan di jepun.. so kami cuba tiru aksi ini.. yeah!!!

aku balik ke rumah dengan rasa penat sangat.. tapi takpe la ada juga rasa manisnya bila dapat hadiah.. hahaha macam budak2 ye tak.. suka dapat hadiah..

itu saja laporan yang ringkas daripada DELLAS 13..

Monday, March 26, 2012

pasal bola sepak lagi..

sekali lagi aku tepilih..
untuk bermain dengan team TRSM..
kali ini bertempat di Setia Alam..
menentang Kelab Penyokong Real Madrid Malaysia..
kali ni kami semua telah sepakat untuk menyediakan baju merah, seluar merah, stokin merah dan jersi bernombor..
memandangkan aku ahli baru, tak banyak nombor yang boleh aku pilih.. jadi ini la nombor aku..
sempena tarikh lahir aku.. hahaha


jadi bukan itu saja.. speselnya pada 25 Mac 2012 ni adalah ulang tahun hari kelahiran Dayah.. tapi Dayah dah tua.. dah berapa ek umur adik manis aku ni? hahaha
hahahaha.. ada la gak aku bawa dia gi restoran Ali Baba Kebab Iranian Food.. kat Jalan Ampang pada malam ambang 25hb tu..

opsss sambung pasal bola sepak hehe..
setelah kami bersiap untuk keluar rumah dan pergi ke restoran Anis Puteri  kat Pantai Dalam untuk makan tengahari, kami terus ke Setia Alam supaya lebih awal sampai sebab aku pun belum pasti kawasan padang tu kat mana..

bila dah sampai, ada la 2-3 orang yang dah menunggu..
hari ni bukan je kami yang bermain, ada 8 team kesemuanya termasuk kami..
macam jadual post aku sebelum ni..

maka bergambarlah kami untuk pertama kalinya dengan baju seragam.. hahaha..
nampak ke tak aku kat mana? tuuuuuu berdiri nombor 4 dari kiri..
aku memang suka tangkap gambar berdiri.. wahahaha..

ni cara membelakangi pulak.. hihihihi.. macam2 hal la..
saja nak show nombor la tu..
macam2 cara cangkung leh kita tengok..

masa untuk memanaskan badan.. 
padang agak cantik kat sini.. ada 4 padang semuanya..
rata dan rumput pendek..

bergambar bersama pemain yang hadir tapi tidak dapat bermain atas faktor kesihatan.. dan anak2 mereka..
aku? 6 dari kiri.. haha

aik? nk ke mana? salah padang ke? hahaha

rupanya ada sesi bergambar dengan semua team yang bermain pada hari tu..
dari kiri Liverpool, Chelsea, Arsenal, Man City, Barcelona (duduk) dan hujung skali Man Utd.. Juventus dan Real Madrid baru sampai waktu tu..
aku? duduk 9 dari kiri.. sebelah baju oren tu hehehe..

bila dah abes sesi bergambar, kami ke padang D semula..

antara yang duduk tepi padang..  uik sapa baju biru tu?

hahahaha sian orang ni.. menyambut hari jadi di padang bola? apa perasaan? syok tak?

dengan yang tersayang.. hepi besday!
berposing dengan jersi serba merah.. 

sambil mendengar sepatah dua kata dan pengumuman untuk kesebelasan utama..
aku masih lagi diberi kepercayaan untuk bermain di bek kiri..

pemain2 lain menunggu pengumumkan untuk kesebelasan utama..

sesudah penat bermain.. (takde gambar dalam padang tau) hehehe.. kembang2 idung..
kami menang dengan bergaya 8-1 membelasah pasukan lawan..

macam2 cara dorang ni nak tangkap gambar.. susun je la jersi tu hahaha..

masing2 kepenatan dan aku melakukan penyejukkan badan..
semua hepi dapat menang besar hari tu.. hehehe
tidur pun lena la katakan..
cuma badan terasa sengal2 selepas memaksa badan untuk bergerak dengan lebih agresif..

pastu aku dan dayah ke SACC Shah Alam untuk cari makan..
sampai ke rumah dalam 10malam la jugak..

sekian laporan..

Saturday, March 24, 2012

geng bola di kelumpo

salam..
sejak aku berpindah ke kelumpo ni, jarang benar aku bersukan..
sebabnya kalau di tempat lama dulu, memang la aktif sangat aku bersukan..
paginya main bola dengan budak2..
petangnya main bola dengan geng sebaya..
malamnya main badminton..
sampaikan Dayah pun pening kepala, aku selalu sangat beraktiviti di luar.. hehehe

jadinya, aku aktif juga mencari kawan2 di kelumpo ni yang mana ada team bolanya, geng badmintonnya..
tahun lepas, ada la aku jumpa geng2 liverpool yang rajin buat friendly match di sekitar kawasan sini..
aku sempat join 1 match je sebab kaki aku masih belum pulih sepenuhnya akibat 1insiden masa main bola kat Lawas dulu.. lama juga nak sembuh.. ambik masa 2tahun juga baru selesa nak berlari macam sekarang ni..

pasal geng badminton, cerita tu aku akan cover kemudian..
sekarang ni aku nak cakap pasal bola je.. 
aku ada juga join team Cekodok Duku FC tahun lepas..
tapi team ni jarang buat friendly match tahun 2012 ni..
aku cari alternatif lain pulak..
mencuba pula dengan geng2 liverpool yang lain..

aku try2 risik menerusi facebook, jumpa la geng2 yang selalu buat game tiap2 minggu..
geng ni sangat aktif dan dah 2 kali gambarnya masuk dalam harian metro..
hahaha..
tahun lepas aku penah join team ni tapi dalam futsal..
sekali je aku datang, pastu segan la nak datang lepas tu sebab dorang ni sebenarnya dah mengenali dengan yang lain.. aku je baru nak masuk line..

tapi kali ni, aku tekad la.. tak peduli.. nak join gak main bola padang..
dah lama tak menendang bola hahaha..

tapi sebelum tu geng2 ni ada bagi info untuk match yang akan datang..
aku tanya la sama ada boleh join ke tak..
dorang jawab, tak boleh join sebab pemain telah pun dipilih menerusi latihan yang diadakan setiap minggu..
kalau aku nak main, kena datang latihan seterusnya..

tapi, ada pulak keluar status baru dalam facebook yang mengatakan, dorang memerlukan beberapa pemain di sekian sekian posisi.. aku terus la bagitau aku berminat..
dan dapat la juga aku masuk dalam skuad sementara ni disebabkan banyak pemain mereka menarik diri disaat akhir..

vanue perlawanan: Stadium Klang 
waktu: 8.30 malam
jersi: putih

tak silap aku hari Jumaat.. jadi lepas je sekolah, aku terus balik ke rumah.. siap2.. amik Dayah..
kami gi naik kereta menuju Klang..
hujan turun.. lebat gak..
aku dah sampai lewat.. tapi belum dimulakan lagi rupanya sebab padangg ditakungi air..

akuu pun menebalkan muka dan bersalam dengan orang yang aku kontek tu..
dia mula2 tak perasan dengan aku.. pastu aku salam sekali lagi..
baru dia cam.. sebab dia penah uruskan team futsal yang aku pernah datang dulu tu.. kan aku dah cerita tadi..

aku yang tak dikenali ni, sememangnya la duduk reserve dulu..
aku faham la situasi ni.. biasa kat mana2 pun macam tu..

 nampak tak aku? yang mana? hahahah yang dok warm-up kiri sekali tu.. yang duduk tepi padang ni reserve2 belaka la ni..

rajinnya aku buat regangan wakakakak..

 ni waktu menyepak2 bola kat luar sebelum masuk.. aku nuuuu ujung sekali..

 hah.. aku tengah tunggu nak masuk pulak.. nak tunjukkan bakat yang tak seberapa ni..
yang mana aku ek? jap.. dari sebelah kanan no5.. macam tengah garu kepala menunjukkan takde keyakinan diri hahaha..

ini la yang dorang kata kembar.. eh ada sama ke? entah la.. tu yang dorang nak jugak tangkap gambar kami tu.. hahahaha.. mungkin tengok dari tepi la kot.. 
bezanya aku ni gelap.. huhuhuhu..

perlawanan tu kami menang dengan 3-1 kalau tak silap..
hahaha.. dapat juga aku bermain..
di kelumpo ni aku lebih banyak bermain di bek kiri..

minggu depannya selepas game tu, aku ikut dorang training kat Presint 8, Putrajaya.. 
sebabnya, yang datang training saja akan terpilih untuk game seterusnya..
huhuhu..

hasilnya, aku dipilih untuk perlawanan persahabatan sekali lagi..
kali ni bukan Dayah je yang datang, tapi kaklong, abglong, anak2 sedara semua ada..
sebabnya dorang datang bercuti di kelumpo ni..
jadi aku baru jemput dorang kat KL Sentral, terus aku bawa ke sini..
alang2..

ni la team aku sekarang..
bangga pun ada sebab pakai jersi Liverpool FC..
dah tu nama pun The Reds Suppoter Malaysia ye tak.. hahaha


di bawah ni antara aksi2 yang sempat dirakam jurugambar.. aku pun cilok je gambar ni.. wahahah..
sila la tengok2 ye.. asalkan yang pakai seluar hitam dan stokin gelap tu, aku la tu!




 hoh.. kembar aku ni? team biru tu team dia gak.. team kami ni pun dia main gak.. hahaha..

 hadoi penat sampai kembang2 hidung aku..


dorang main sampai tergolek2 tu.. hahaha.. 


 kejar Padel kejar!!!!
nampak je macam laju, tapi tak laju punnnnn..








 cedera pulak si Firdaus tu.. diterjah pemain lawan.. kalau perlawanan sebenar tu, memang sepatutnya pemain tu kena kad merah.. memang bahaya betul!




 haha.. nampak kat ujung padang sana? Dayah, kaklong dan anak2 tengah boring dok tengok perlawanan entah apa2 ni hahaha..

 kat belakang gol tu, abglong pulak tengah menembak2 dengan kameranya.. eh.. ada angah, Akis dan along gak ke?



 bola entah ke mana.. aku tackle mende pun tak tau? korang agak2 la kat man abola berada sekarang ni? hehehehehe..

gitu la.. kejar bola tak berkesudahan sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat..
dan itu la hidup aku sekarang di kelumpo ni.. nak bersukan dan nak mencari kawan..
kalau malu bergaul jadi kera sumbang..
hihihi..

 di atas ni adalah jadual perlawanan berikutnya..
jadi aku dah pergi training minggu lepas di Putrajaya.. sekali lagi aku terpilih..
hihihi.. sebenarnya SCLM ni adalah pertandingan untuk kelab2 penyokong di Malaysia..
team kami baru je nak masuk pertandingan pada sesi hadapan..
jadi inilah persediaan kami untuk bertanding..
tengok kat jadual tu, kami adalah TRSM.. hehehe

dan ini pula persediaan pemain.. sebelum ni aku pakai seluar kaler hitam dan setoking biru gelap..
dengan disiplin tinggi pemain2 TRSM akan memakai 1set jersi yang dibeli sendiri dan bubuh nombor atas perbelanjaan sendiri.. seluar tu beli kat downtown je RM10 hehe.. kalau beli yang original RM80 belum dapat lagi kot? stokin pun beli kat sana dengan harga rm10.. yang ori memang la RM50..

jadi tunggu la aku ceritakan perlawanan yang akan berlangsung tu nanti.. YEYEH! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...