Saturday, December 5, 2009

Hari2 Terakhir di sekolah pada sesi 2009 dan terbang ke KL..


Salam 1 Malaysia..

ni cerita lama.. aku ni malas nak update asik main fb je skg ni.. hahaha..
ok la.. ni kisah pjalanan aku untuk bercuti hujung tahun..


sebelum bercuti, sekolah telah adakan perhimpunan terakhir sekolah sesi 2009.. tak ramai yg datang disebabkan pelajar tidak menghiraukan kehadiran ke sekolah kerana peperiksaan akhir tahun telahpun mendudukinya..


ini pula kisah gambar drp henfon aku yg tidak sempat aku upload.. keadaan padang yg aman damai dengan pemandangan yg indah.. gambar ni kalau yg belum tahu adalah di Stadium Temburong (Brunei kecil)


aku bertolak ke KK pada 21/11/2009 (sabtu) disebabkan aku akan terbang keesokan harinya.. aku ni x suka jenis terkejar2.. lagipun nak jalan2 enjoy sebelum pulang ke tempat asal.. nih gambar gelang atau dipanggil rantai tangan yg kawan sekerja mak tempah.. alang2 aku pun beli la sikit2 untuk dijual pada kwn2 mak yg lain.. laku rupanya hahaha..


ketika di KKIA.. ketika ni aku sedang menunggu kehadiran kapal terbang MAS Boeing 737 (ye ke eja camtu?) yg lewat hampir 30minit.. dah la flight kali ni transit di Labuan dulu.. alahai.. dr KK ke Labuan cuma 20minit.. tu pun ramai yg naik untuk ke Labuan je.. padahal naik Feri Express lagi bganda2 murah..


gambar ni sbenarnya adalah kejadian sblm gambar di atas tapi xpe la.. ni konon2 bukti la kami betul2 berada di KKIA hahaha...


haaa.. tu dia dah sampai dah.. lambat betul burung kali ni..



dayah seronok kerana semakin hampir untuk kembali ke tempat asal.. wahahahah.. asik gambar dia je tau..



gini je la kelebaran Boeing 737.. sempit gak..
cuma ruang kaki aku rasa lebih luas drp AirAsia..



kami duduk kat belakang sikit drp sayapnya.. kiranya goyang2 sayap tu leh nampak dgn jelas la.. hehehe ngeri gak kalo pikir jauh..



ni ketika di berhenti di Labuan.. dayah sempat on FB untuk meng'harvest'kan BarnBuddy kitorang yg dah masak waktu tu hahahaha...


haaa.. tu dia pramugari.. apsal pramugari MAS skg x cantik pun ha.. agaknya dah pupus org cantik2 ni.. ataupun suma dah jadi artis kot.. hahaha.. mekap je tebal dorang ni.. kalo x mekap kompem x lawa pun...

ni aksi ayah.. dan mak juga.. yg tengah memilih lauk pauk di restoran kegemaran ayah.. di mana? hahaha.. Restoran Haslam di Jalan Pahang.. tepi Hospital Tawakal KL je..


dan kami sampai betul2 di rumah Desa Damai pada jam 1 pagi..
ok? dah habes.. hehehe..

Thursday, November 12, 2009

Central FC vs Temburong (Brunei)

Salam..

11/11/2009

aku dgn pasukan Central FC pergi ke Temburong (Brunei Kecik) untuk menentang pasukan kerajaan kat sana..
aku gi dgn avanza aku je.. sebabnya Dayah nak ikot.. cikgu Herawati pun nak ikot.. Maradona juga naik dengan aku..

aku menunggu geng2 lain kat depan SK Pusat Lawas.. takde orang pun.. patut la rupanya suma dah bertolak.. aku bertolak jam 3ptg.. dapat juga kejar diorang kat feri trusan..

ari mendung je tapi ok la tu.. x la panas sangat masa aku main kang..


ni sesi menunggu dan beratur la kat sempadan Brunei yang kecik.. depan2 tu kebanyakannya kete geng2 pasukan Central FC gak..

sampai kat sana lebih kurang 3.40ptg kot.. x jauh sbenarnya.. dekat je.. cuma leceh nak cop2 ni je hehehe..


bila dah sampai stadium ni, manager, cikgu Maidan (yg berdiri baju oren tu) memberi kami set jersi yang baru.. hehehe.. lawa la tu.. manager bagi jersi mengikut no. jersi lama kami.. aku seperti biasa la no 13..


kat Brunei kecik ni ibarat macam kat kampung yang aman damai je.. takde pencemaran udara.. tenang je.. lembu pun xde.. hahaha.. apa lagi taik lembu lagi la xde kan.. padangnya cantik plak tu.. teruja aku.. hahaha..

dalam kul 4.30, mula la kami berlawan.. diorang guna jersi hijau.. jersi yg biasa pasukan bola sepak Brunei guna.. lelah jugak aku ngejar player dorang ni.. laju pulak winger dia pueh aku kejor..

akhirnya kami menang la 5-1.. aku main posisi bek kiri dan kekadang tukar ke bek kanan.. kaki bhgn ankle aku masih sakit.. tu yg x dpt main bek tengah.. ada skali tu aku ditolak masa tgh memecut, srrrrrruuuuuuuuu terbang aku kat atas rumput tu xnk berhenti hahaha.. waktu tu pulak hujan renyai.. padang basah.. syoknya.. hahaha..

aku balik ke umah dalam jam 8.40mlm sebab manager belanja makan dulu kat open air Lawas..


ok.. cerita dah habis.. sekian sajeee.. hehehe..

Monday, November 9, 2009

Garis Padang Bola..

Salam..

5-6 Nov09

Ari Khamis dan Jumaat kami AJK Koko telah berbincang untuk meggaris padang bola sekolah.. sebabnya adalah kerana padang sekolah kami la yg satu2nya tinggal di Lawas yang masih boleh digunakan untuk permainan bola sepak.. jadi jika kami menggariskan padang, maka berbaloi la juga orang awam yang datang menyewa padang..
hahaha.. ayat skema..


dan pada malamnya GPK Koko telah pun belanja kami makan di Warung Anita.. hahaha
so kenyang la kami kat sana..


tu je cerita pendek aku.. xde dah.. bye..

Thursday, November 5, 2009

Kerja Luar di Sekolah..

Salam..

ni cerita saja2 buang masa je ni.. huhuhu..
4/11/2009 (besday ayah), aku dan kawan2 sekerjaku telah di arahkan membaikpulih gelanggang untuk pertandingan futsal PIBG sekolah aku ni..
jadi kami beberapa orang dah bsiap sedia pagi tu dgn baju biasa, untuk melaksanakan tugas tersebut..


tapi yang di atas ni bukan gambar pada ari tsebut.. tapi 3/11/2009 (hari sebelumnya) saja aku masukkan utk nampak byk la gambar nih hehehe.. so ini la aktiviti kami iaitu sarapan di kantin hehehe..


ok.. ni baru gambarnya.. kerja dimulakan selepas kami brekfas dulu di kantin.. muka2 dah kenyang la ni.. kami mula buat keje pun lambat dalam kul8 baru start.. dah panas pun masa tu.. hahaha.. keje kami kali ni menyimen je lubang2 dan kawasan x rata tu..

byk pakar bancuh simen so aku ikut je la mana yg betul hehehe.. aku pun join membancuh..
simen tu puas cari 1 lawas baru jumpa.. tu pun stok lama dan satu2nya beg yg x koyak..

simen abes di serata kedai kerana dikatakan pembangunan rancak dijalankan selepas dpt bajet..
xtau la pembangunan tang mana tu.. hehehe..


lepas siap je bancuh simen, terus je kami menampal di mana2 lubang yang berlubang hahahaha.. klaka lak ayat aku tu..

cuaca dah panas.. tu yg buat keje jadi laju.. tapi sempat lagi pandang kamera hehehe..


ni bukanbancuh simen kali kedua tapi gambar yg salah susun.. hahaha.. mcm mando lak bila tgk gambar aku kali ni.. padahal bagi peluang pada pakar yang gaul dulu.. kang kena marah lak kaco dorang kan..

akhirnya siap la gelanggang tu ditampal.. sabtu ni la bakal berlangsungnya pertandingan futsal tu.. aku ditugaskan jadi pegawai teknikal, referee dan penempah baju utk penganjur yg bektugas.. hahahaha.. nasib baik bukan pakai duit aku je.. apapun, ni je cerita aku..

TAMMAT

Tuesday, October 27, 2009

Futsal tingkatan 3..

Salam..

Isnin 26/10/09

kali ni aku saja nak masukkan cerita pasal futsal ting.3
aku dan cikgu Maradona memang ditugaskan utk handle futsal budak2 ting3 sbbnya dorg dah abes PMR..
rupa2nya ada 3 team je yg dtg..
so lagi memudahkan keje aku..
aku dan Maradona jadi pengadil..
kami habis program dalam jam 9.40 pagi..

lepas program ni, aku tgk skala kulit aku smakin gelap sebab aku jadi pengadil menghadap matahari.. adeiii deiii deiiii panasnya.. silau lak tu.. hehehehe..

tu je cerita aku..
xde dahhhhhhhhhhh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...