Saturday, January 28, 2012

2012.. tak tunggu pun dah datang

tgh duduk2 cuti sekolah ujung tahun, cepat je dtg tahun 2012..
hehehe..
tapi dah puas cutii sebenarnya..

dan sebelum 2012 dah ada meeting macam2.. contohnya meeting guru, meeting panitia, meeting kelab guru.. dan pendaftaran pelajar tingkatan 1, pemberian buku teks.. walaupun aku tak btugas di bahagian tu, tapi aku ada la tolong sikit2..

ini la gaya aku di hari pertama persekolahan..
skang ni tengah sesi taklimat untuk pelajar tingkatan 1..
dan tahun ni aku ditugaskan mjadi guru disiplin sesi petang..
mmg payah la nak nampak aku senyum tahun ni hehehe..

plajar tingkatan 1 mmg nampak aku garang btol.. sampaikan dia bagitau cikgu sek rendah (cikgu Saadi) yg aku ni garang sgt.. hahaha.. aku kenal cikgu tu.. sama2 main bola utk bangsar..

dan tingkatan 2 juga jadi mangsa.. dorang dah takleh main2 dgn aku..
smua keje sekolah kena siap dan buku teks juga wajib bawa..
kerajaan dah bagi free buku teks tu, jadi bawa saja la ke sekolah.. bkn suh nenek dok umah yang baca..

ini bukan kat sekolah ye..
ini kat Stadium Mini Temerloh..
kami gi utk tengok perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja antara Pahang vs Melaka..
hehehe.. dah lama tak tengok Pahang main bola..
lagi2 kat Temerloh ni mmg tak penah pun aku tengok sebarang perlawanan bola sepak..

begitu ramai yg excited nk tengok..
sampaikan bersesak2 nak parking, nak masuk pintu, nak cari tempat duduk..
kami yg konon awal ni tak la awal mana pun, dah penuh suma tempat duduk..

yang ada pun, tempat duduk paling bawah.. ambik je la..

sesi memanaskan badan pemain.. tengok la kat ujung sana tu pun ada orang.. kat seberang sana cuma berdiri atau duduk atas trek je.. tiketnya rm5.. yg aku ni tiket rm7 kononnya dok grandstand hahaha..

yang atas bukit saaaaaana tu free.. untungnya.. kalo la aku tau awal2 hahahaha..

bila org berdiri depan aku ni, dah tak nampak padang.. adoiiiii..

menunggu ketibaan Tengku Mahkota Pahang..

sesak ooooooo.. org yang kat depan tu dah tak dapat tempat duduk la tu..
kami la yg jadi mangsa tak nampak bola..

ditambah lak mamat yg duduk atas pagar tu hadoiiiii..

smakin banyak org yg dok kat bukit tu.. heheeeee..
bendera fairplay pun dah masuk, jap lagi nak mula la plawanan..

pemain lak masuk.. smakin bkibar la bendera Pahang yang dok atas pagar tu..

kan dah terlindung dek bendera tu..

sesi bgambar sepasukan.. brader dok atas pagar ni glemer tul.. puiii!!!!


aksi perlawanan..

hahahaha itu la antara pengalaman aku tengok bola kat Temerloh ni..
komen: Pahang kena bina tempat duduk macam dalam stadium sebenar.. byk sokongan di Temerloh ni berbanding di Kuantan tu.. penyokong sini leh datang dari Jerantut, Triang, Bentong, Bera, Maran dan Jengka..

musim buah-buahan di kebun..
antaranya rambutan kuning, merah dan pulasan je..

Dayah bawa gunting nak memetik rambutan tu


ini aksi Raif makan eskrem cepat2 sebab taknak bkongsi dgn adiknya yg lain.. hahaha
siap suh aku bawa slow takut cepat sampai ke kedai Toknya..

aku dgn muka tension sebab nak tengok apa rosaknya paip umah aku tu.. bawa tangga naik myvi lagi tu.. hahaha.. tu pasal aku kena bersila dok belakang wpun 2org je naik kete..

anjing depan umah aku di Cheras.. sentiasa ada di depan pintu.. kkadang myalak, kkadang mcm kenal je..
aku gelarkannya Si Putih..

pelajar sesi petang 2012.. inilah sekolah 1Malaysia.. pelbagai kaum ada..
setiap kali sambut perayaan apa2pun, cuti seminggu hahaha..

ketika perhimpunan sebelum dorang masuk ke mesyuarat agong kelab dan persatuan..
aku tahun ni memegang jawatan penasihat Kelab Komputer, Kelab Olahraga dan Jurulatih Olahraga Sekolah.. knapa la olahraga.. takde permainan lain ke.. adeeehhhh..

myvi mberi pose istimewa di rumah mentua Ambran di Ayer Hitam, Johor..

mak dan ayah di Kajang.. di kedai Mee Bandung d'Muar.. 

di Batu Pahat, Johor..
Ambran kata best makanan kat sini..

dan kami pun makan alang2 dah ada kat sini kan.. hahaha..
ok la harganya.. rm10 sepinggan..



tau kan gambar apa di atas? yaaaaa ketika aku jaga SPM.. ada ekon tu..
nasib baik ada ekon.. sejuk je aku..
rasa nak terlelap plak hahahaha..

sempat merasa burger yg murah.. beli apa2 dan dapat set burger KFC free.. fuhhhh..
set double zinger tu.. hahahaha.. beli coleslow je..

di bawah ni gambar2 kat ramly stall plak..
di kilangnya jugak ni..
sbelah depan kilangnya ada la jualan runcit dgn harga istimewa..
ada juga jual burger dan produk2 yg telah dimasak..
so kita leh la rasa kualiti sebenar burger ramly ni hehehe..

harga bleh la tahan.. sbb kentang gorengnya pun sedap..

bmacam produk ada sperti naget ikan, tempura udang la sotong la.. mcm2 la..

aku pun makan la.. utk kali ke berapa ntah..

ni kat kolam renang di Cheras.. 
1st time aku berenang di Kuala Lumpur hehe..
masuk skali rm2 utk dewasa dan kanak2 rm1 je..

muka kepenatan.. sambil tggu Dayah selesai myalin pakaian..

hahahaha lawak btul gambar gini..
sambil2 tggu pelajar masuk ke kelas peperiksaan ni, leh la aku amik gambar sdiri dulu..


dalam 1 pagar ni ada 2 sekolah.. jadi ini bukan nama sekolah yg aku jaga untuk SPM.. aku cuma mengawas sekolah menengah biasa je.. nama sama tapi 'private' tu yg memisahkan dorang..

sekolah di tengah2 bandar..

begitu teliti melihat skrin laptop huhuhu..

di kaunter ekonsave.. aku baru terperasan.. apa yg korang perasan?
disetiap tiang tu ada penyapu lidi kecik..
hehehe knapa ek?
kalo yg aku tau, ini utk mengelakkan daripada terkena santau.. hoohohohoho.. ntah la yek!
hoh.. ini menunjuk2 tv baru kononnya.. 26inci jenis LG rm640.. cukup la stakat untuk rumah sewa aku yg x berapa nak luas tu.. ni beli pun sebab tv lama tu rosak.. kalo tak, jgn harap nak tv baru..

aksi Dayah di PTPTN KL Sentral..
untuk apa? nak pinjam lagi ke?

utk pembayaran rupanya.. huhuhuhu..

rupanya Dayah nak bayar habis suma pinjaman PTPTNnya..
maka setel la takde hutang lagi kat PTPTN tu..

jadinya, aku je la yg berhutang lagi.. adoi doi doi..

dan akhir skali, ini la dokumen penting aku untuk tahun 2012 ni..
setiap kelas setiap hari setiap minggu setiap bulan kena update sebelum kelas bermula..
ini la tugas guru yg paaaaaaaaaaaling penting iaitu menyiapkan buku rancangan mengajar..

yaw! abes kisah awal 2102..

Thursday, January 26, 2012

cerita tahun lepas lagi

pada tahun 2011 kemarin, aku ni adalah salah sorang cikgu penasihat bola sepak pompuan skolah..
so aku ni ada la ditugaskan tengok2 budak ni berlatih bersama coach yang telah dilantik iaitu dari FAM..

jadi dipendekkan cerita, pemain bola sepak sekolah aku ni telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Australia.. mungkin bawah 15tahun.. aku pun tak berapa pasti tapi pemain2 dari sekolah aku ni paling tua pun 14tahun je.. ada la 4orang yang terpilih..


tengok la saiz2 dorang ni.. tak gaya budak 15tahun macam budak Malaysia hehehe..
dorang lawan kat SMK Sri Aman, PJ..

aku ditugaskan untuk mengiringi dorang ni je.. tolong tengok2 je.. bukan jadi coach pun..
belum ada kelayakan..
dalam ati, pelik aku napa la minah2 saleh ni pilih lawan Malaysia?

tu dia pemain Malaysia.. hehehehe kenit2 je..
yang paling besar pun penjaga gol yang pakai baju hitam tu..

pemain dari sekolah aku yang pakai nombor 6 dan 7 tu la.. 2orang lagi reserve..
sonok dapat pakai jersi Malaysia ek? kalo aku punnnn.. hehehe..

bersedia untuk masuk ke padang..

bersalaman dulu.. sengih2 dulu.. hehehe

antara penonton..  dan coach yang baju biru ni bernama jerry.. orang Sabah bah!
2orang yang duduk rapat2 ni la pelajar aku yang jadi simpanan.. hehe

aksi di padang.. koja yop koja.. eh silap! kejor yop kejor..

taklimat coach ketik separuh masa pertama tamat.. senget2 kepala coach sorang lagi tu bagi peneranga.. hehehehe..

ada 'coach' tambahan plak yg pakai baju kemeja tu bapak salah seorang pemain dari sekolah aku..
dia lak menokok tambah pasal taktik.. aishhhh.. tak boleh la macam tu..
kita kena hormat coach.. dia yang latih.. dia yang tau..
kalo nak komen, aku pun boleh.. tapi itu bukan urusan kita.. kita bukan yg dilantik..

dah tamat perlawanan.. keputusan Malaysia 0-3 Australia.. yeyeh!

pemain2 ni adalah campuran daripada projek2 sekolah untuk bola sepak wanita di seluruh Malaysia.. ada yang dari Pahang, Selangor, Negeri 9 dan K.Lumpur.. kata coach, itu yg aktif buat masa skarang ni.. negeri lain belum lagi aktif disebabkan kekangan budaya kita.. mungkin di Sabah Sarawak ada tapi mungkin akan dikumpulkan untuk projek yang lebih besar..

lepas tamat match, kami berkumpul di dewan sebelah padang sekolah tu je..
dorang berkenalan dan bertukar2 email untuk add fesbuk dornag nanti hahaha..
sambil2 tu ada makanan..

ini dia makanannya.. pizza entah berapa puluh kotak untuk dihabiskan..
aku yg lapar dari tadi pun tak larat nak makan banyak2.. 
bukan sebab malu, muak la plak.. orang lain pun sampai dah tak lalu pandang pizza hehehe..
itu je kisahnya..
tahun ni aku dah tak pegang jawatan penasihat bola sepak wanita ni.. 
dah pass kat orang lain.. sebab tak manis dipandang orang, cikgu laki dok tengok budak pempuan pakai suar pendek tendang bola.. kuikuikui!

Thursday, January 19, 2012

cerita campur baur

cerita tahun lepas..
2011..
hahaha..
exam akhir tahun yg x brapa nk best sbb hadiah suma dah bg mgikut result exam tgh tahun aritu..

hah yg ko ni napa dok luar? hahahaha masa exam bcakap.. tu la pasalnya rupanya.. amik ubat...
lenkali jgn bcakap masa exam.. leh mdatangkn fitnah haha..

time exam bahasa tamil, budak2 melayu ni buat keje sendiri.. tapi susah la nak tegur..
susah tul nak diam.. tak rasa hormat kat org nk jawab exam ke?

ni la murtabak megi.. dayah yg buat.. sedap jugak.. hehehe.. rasa mcm x cukup je.. nak lagi!

ini plak jawapan sivik.. apa yg anda pikir? cikgu la yg salah ye tak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...