Friday, February 5, 2016

Kawasaki ER6-n Untuk Dijual

Gambar motor di atas.. Untuk dijual

-Warna kuning
-No plat menarik
-Tahun 2012
-Full aksesori
-Ekzos akrapovic full system 
-Box givi serta bracket disertakan dan mudah untuk dipasang..
-Mileage 35k
-Windshield Ermax
-Valve check done di Kawasaki Glenmarie
-Motor dijaga penuh kasih sayang
-Motor tak pernah ride keluar dari Malaysia
-Tayar belakang dan rantai baru
-Motor tidak pernah kemalangan
-Jual sebab nak beli kereta memandangkan anak semakin membesar
-Harga boleh runding..
-Hubungi Dell 0169399270 (whatsapp)

Terima kasih meluangkan masa membaca iklan ini..

Sunday, January 3, 2016

Belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya..

”Malla Syaikhah, fasysyaitanu syaikhah – Barang siapa yang tidak mempunyai guru (belajar tanpa guru, termasuk hanya baca dari buku saja), maka Syaitanlah gurunya….”

Seperti saran-ku di-atas…maka bagi kalangan awam, sedikit tambahan……karena seseorang yang beribadah kepada Allah SWT itu terbagi menjadi tiga bagian, yaitu….

1. ibadahnya orang-orang awam
2. ibadahnya orang-orang khusus dan
3. ibadahnya orang-orang Istimewa

Dan ilmu-pun terbagi menjadi tiga bagian juga, yaitu….

1. ilmu zhohir, ilmu yg harus disampaikan kepada ahli zhohir
2. ilmu bathin, ilmu yg tidak seharusnya disampaikan, kecuali kpd ahli bathin
3. ilmu antaranya dengan Allah SWT, yg tidak seorang pun yg dapat menzhohirkannya….

Kembali lagi….seperti saran-ku di-atas, bagi kalangan atau orang-orang awam, maka carilah seorang guru mursyid….yang akan mengajarkan bagaimana caranya dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT….dan sekaligus memberikan contoh serta suri tauladan yang baik kepada kita, bagaimana caranya berakhlak yang baik dan beribadah yang benar secara lahir dan batin….atau secara syari’at dan secara hakikat.

Seorang guru mursyid begitu penting keberadaannya….karena guru mursyid itu adalah seorang guru ruhani yang mengetahui benar akan anatomi ruhani kita dengan sangat jelas…dan akan menghadapkan diri kita ke hadirat Allah SWT….agar kita mengenal Allah SWT dengan sesungguhnya…..

Allah SWT berfirman :
“Dan demi jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu Dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Q.S. Asy-syams 91: 7-8).

Dalam Hadits Riwayat Bukhori dan Muslim di sebutkan :
“Sesungguhnya Jibril pernah datang kepada Nabi SAW dalam bentuk seorang Arab Badui, lalu ia bertanya kepadanya tentang Islam, maka Nabi SAW menjawab, “Islam itu ialah, hendaknya engkau bersaksi sesungguhnya tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan shalat, engkau keluarkan zakat, engkau puasa bulan Ramadhan dan engkau pergi haji ke Baitullah jika engkau mampu pergi ke sana”.

Lalu Jibril bertanya apakah Iman itu…? Nabi SAW menjawab, “Yaitu hendaknya engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya, kepada para Utusan-Nya, bangkit dari kubur sesudah mati, dan hendaknya engkau beriman kepada takdir baik dan tadir buruknya”.
Lalu Jibril bertanya lagi, apakah ihsan itu…? Nabi menjawab, “Hendaknya engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, sekalipun engkau tidak bisa melihat-Nya, tetapi Ia bisa melihat engkau”.

Kemudian dalam akhir Hadits itu dikatakan, Rasulullah SAW bersabda (kepada para sahabatnya) ; “Dia itu (Jibril), Ia datang kepadamu untuk mengajarkan tentang agamamu…..”.


-copy-

Wednesday, July 8, 2015

Anniversary ke-8

Assalamualaikum..
Genap 7/7/2015 dah jd 8tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri.. Tak seperti tahun2 lepas, kali ni aku tak ambil cuti untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami.. Selalunya memang ambil cuti sebab nak gi bercuti kat luar KL ni.. Memandangkan tahun ni dalam bulan puasa (tahun lepas dalam bulan puasa jugak ke?), aku pun malas pulak nak gi berjalan.. Hihihi..

Bergambar kat depan pintu lift waktu nak balik dah.. 

Aku taknak la macam takde sambutan apa2 langsung kan.. Jadinya pagi2 hari kejadian, aku cuba tanya2 kat cikgu azli untuk dapatkan diskaun kalau berbuka puasa kat hotel renaissance.. Kakak cikgu azli ni memang kerja kat hotel tu.. Wasap wasap wasap, pastu cikgu azli cakap kompem boleh dapat diskaun.. So aku putuskan petang nanti akan berbuka kat sana je..

Aku minta balik awal.. Pukul 5 aku dah start moto.. Balik dengan harapan dapat cepat sampai ke rumah.. Dayah dah bersiap.. Memang aku dah pesan awal2.. Kami gi dengan kereta.. Walaupun jem sebab semua orang berenut nak sampai rumah sebelum waktu berbuka, aku dah pikir awal2 nak lalu kat mana yang kurang jem.. 
Jem jugak hahaha..
Aku sampai kat hotel pukul 7malam..
Terus tuju ke restoran hotel..

Orang dah ramai kat restoran.. Ada yang cari nama yang dah booking, ada yang walk-in.. Tapi walk-in ni ikut nasib.. Ada yang tak dapat meja sebab dah penuh.. Bukan melayu je yang booking untuk berbuka puasa, kaum lain pun nak jugak merasa hidangan berbuka ni.. Hehe..

Makanan memang macam biasa la.. Sangatttttt banyakkk.. Aku ambil kambing bakar dulu.. Air kurma.. Air tebu.. Pastu baru la ambil sate, dan lain2 sampai la perut dah tak dapat terima makanan.. Hihihi..

Ni makanan permulaan semasa berbuka.. 

Dalam pukul 9lebih, aku pun mengalah.. Dah tak jalan.. Dah tak boleh masuk.. Pandang makanan pun dah tak lalu..

Aku gi kaunter untuk bayar bil..

Ni bil asal.. Huhuhu memang mahal la dan standard kot ikut bintang hotel ni..  Tapi bila diskaun, dapat la 50% hasil bantuan kakak cikgu azli tu tadi.. Tq ye.. Bulan selalu pun makan macam ni.. Untuk anniversary je.. Kan.. Orang lain punya anniversary berganda2 lagi grandnya.. 

Dan sekarang, rasa takde mood nak makan sahur esok.. Mungkin minum air milo je kot hahaha.. Perut rasa penuh lagi ni.. Alhamdulillah.. 



Thursday, April 9, 2015

Kalau Aku Tau Akan Mati Esok..

Kalau aku tau akan mati esok,
Akan aku sucikan diri aku
Akan aku basahkan tubuhku dengan wudhu
Akan aku bertaubat 
Akan aku berdoa
Akan aku langsaikan hutang2 
Akan aku mohon ampun maaf pada semua
Akan aku tatap puas2 muka orang yang aku sayang
Akan aku bersedekah selagi mampu
Dan akan.. Akan.. Akan..

Tapi,
Kenapa tunggu nak mati baru buat semua perkara kat atas tu?
Adakah sebab kita tau esok kita akan mati?
Jadi korang tau ke bila korang akan mati? 
Mungkin malam ni.. Mungkin petang ni.. Mungkin sekejap lagi..

Oleh itu, jangan menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.. Takut tak sempat je..

Ini sebenarnya adalah untuk peringatan diri aku sendiri.. Jangan lalai dan khayal dalam keseronokan hidup hingga lupa ajal tidak menunggu kita walau sesaat pun..
Wallahualam..

Monday, March 30, 2015

Aktiviti Eduriders@KL di SK Taman Maluri

12 Mac 2015 kot.. lupa lah.. ada la aktiviti Eduriders@KL bersama dgn pelajar2 pendidikan khas sempena dengan Hari Pendidikan Khas 2015 di SK Taman Maluri. 
Bagi ahli yg berkesempatan tu dapat la jugak menghadirkan diri.. tapi aku lewat sikit sampai.. program bermula pukul9.. tapi aku sampai dalam pukul 10 lebih.. pukul 8-10 aku bawa budak sekolah training bola sepak.. tournament pun tak lama lagi.. 
sampai2 je kat SK Taman Maluri tu, dorang dah nak mulakan dengan aktiviti bawa pelajar darjah 1 untuk ronda2 kat kawasan sekitar.. hmmm..

tak nampak plak budak kenit kat belakang aku ni hehehe.. peace apa2pun..


nasib baik la ada jurukamera pakar dok kat tang corner ni.. ada la jugak kenangan kat sini kan.. ada skali tu, aku bawa budak kenit ni lalu kat perumahan, sekali atuk dia panggil2 cucu dia.. aku tanya budak tu, sapa yg panggil? "atuk", kata dia hehehe.. tapi dia tak menyahut pun atuk dia panggil.. hmmm..

ni kiranya aktiviti kedua aku follow.. aritu kat SK Segambut kot.. sama la jugak program pendidikan khas.. kat bawah ni banyak lagi gambar2 yg aku dapat uploadkan guna wifi sekolah.. nasib baik la boleh buka blog kat sekolah.. facebook memang dah lama kena block hahaha.. bagus jugak.. takde la asyik membelek fb je kan.. terganggu keje..

bersama pegawai2 yang terlibat dalam penganjuran aktiviti ini.. termasuk la guru besar sekolah dan juga Ketua Unit Pendidikan Khas JPWP..

selepas aktiviti, kami berhenti minum di salah sebuah kedai mamak kat kawasan kg. pandan..



hah.. yg ni peminat2 yg dorang sendiri tak kenal aku.. artis ke, pemain bola sepak ke, rider MotoGP ke.. sampai2 je aku kat sekolah terus kena serbu dengan pen dan kertas dorang hulurkan.. suh sign.. nak mintak nama penuh dan no. telepon bagai.. hahaha.. ni semua kena pedajal dengan ahli eduriders yg lain ni.. helmet pun tak sempat bukak.. panasnya..

sonoknya budak kenit ni.. hehe..

ni tempat ambik dan hantar pelajar.. cikgu dorang yg tentukan naik motor mana..


ni gambar waktu sama yg tadi.. cuma angle lain plak..

masing2 tunggu turn ni.. guru besar (bertudung kuning) pun turut serta.. dia bimbang kot2 terjadi apa2, baik berjaga2 kan.. maklum la bawa budak tak pakai helmet pulak tu.. haiyoooo..

uiihhhh.. ada lagi.. bila nak habis peminat2 ni.. kikikiki..

dah turun motor pun kena serbu.. ingatkan tadi tertipu sebab pakai helmet.. ni dah bukak helmet terang2 bukan artis la dikkkk..



kepenatan selepas banyak trip bawa budak.. berehat tengok wasap dulu.. update hehehe..

ucapan guru besar..

ucapan wakil eduriders@KL


bersama rakan group yg lain..

nak lipat konon.. 


gitu la serba ringkas aktiviti yang telah berlangsung hari tu.. semoga lepas ni banyak lagi aktiviti yang boleh kami sertai.. seronok juga jumpa kawan2 dan jumpa orang lain.. kannnn..
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...